Setiap wanita hamil perlu mendapatkan nutrisi yang secukupnya demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung.
Selain daripada pengambilan makanan seharian yang biasa kita amalkan sebelum ni, ada beberapa sumber yang perlu kita tambah sepanjang kehamilan.
Cara yang paling mudah untuk memperolehi nutrisi yang saya maksudkan nanti adalah melalui pengambilan makanan tambahan atau supplemen.
Antara sebab mengapa wanita hamil perlu mengamalkan supplemen adalah;
- mengurangkan risiko kecacatan, bayi pramatang, masalah kekurangan berat badan ketika dilahirkan.
- membantu ibu untuk lebih bertenaga
Boleh ke ibu yang hamil cuma mengambil vitamin biasa seperti sebelum hamil?
Bagi Atiey, ketika hamil seseorang wanita tu memerlukan supplemen yang memang diformulasikan khusus untuk mereka. Kalau nak jugak tak ada masalah cuma pastika mengikut dos yang betul dan sesuai untuk ibu hamil.
Vitamin Untuk Ibu Hamil
1. Asid Folik
Ia perlu mula diambil seawal ingin merancang kehamilan lagi untuk mencegah risiko kecacatan neural tube pada bayi. Asid folik juga membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain.
Sememangnya asid folik sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi.
Sebaiknya amalkan 400 mcg sehari untuk wanita yang ingin hamil dan 1000 mcg sehari bagi ibu yang sedang hamil.
2. Zat besi ( Iron)
Menyokong pembentukan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh, selain mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.
Hanya 27 mg untuk ibu yang hamil. Sesetengah sumber iron boleh menyebabkan madalah sembelit.
Kalau boleh, elakkan pengambilan iron bersama kalsium kerana ia boleh mengganggu penyerapannya.
3. Kalsium
Ibu yang mengandung jangan abaikan pengambilan kalsium untuk memastikan tulang dan gigi kekal kuat. Ketika hamil, kalsium diperlukan dalam kadar yang lebih berbanding ketika tidak hamil.
Kalsium boleh membantu mencegah ibu hamil daripada risiko pra eklampsia.
Selain tu, ia juga boleh mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi ketika hamil.
Cukup untuk diamalkan 1000 - 1300 mg setiap hari.
4. Omega 3
Dapatkan sumber omega 3 sepanjang tempoh kehamilan untuk menyokong perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik.
Hati-hati kerana di pasaran banyak terdapat minyak hati ikan. Pastikan anda pilih minyak ikan.
Suka untuk saya nasihatkan supaya anda lebih cerewet untuk dapatkan yang semula jadi, tiada pewarna, tiada perisa tambahan, tiada bahan pengawet, tiada logam toksik dan mudah diserap oleh badan.
Saya cadangkan Set Hamil Shaklee iaitu
B-Complex ( Asid Folik) |
Vita-lea ( Iron) |
Ostematrix (Kalsium) |
Omega Guard. ( Omega 3) |
Produk-produk dalam set hamil ni inshaaAllah boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Hubungi saya (Atiey) segera untuk mencuba set ini tau. Sekitar Shah Alam saya cod. Pos ke seluruh Malaysia.
Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey : 0139218084
No comments:
Post a Comment