Biasalah bila pertama kali, kita tak tahu macam mana tanda-tanda dia dan ragu-ragu camana nak handle.
Tonsil ni adalah 2 nodus limfa yang terletak di bahagian belakang tekak kita. Fungsinya adalah untuk menghalang bakteria masuk ke dalam tubuh kita. Tetapi bila tonsil ni sendiri dijangkiti bakteria, ia akan merah dan bengkak. Masa tu ia dikenali sebagai tonsilitis.
Sebelum ni Attiey ingat tonsilitis ni kena kat orang dewasa je tapi rupanya tak. Benda ni tak kita jantina, tak kira umur. Sesiapa boleh kena.
Simptom penyakit ni adalah gatal tekak, pedih dan sakit tekak dan demam.
Bahaya tak tonsil ni? Tak, ia tak bahaya sebab tonsilitis ni menunjukkan sistem imun kita sedang berfungsi dengan baik.
Kenapa tonsil membengkak?
Tonsil menghasilkan sel darah putih untuk melawan bakteria, kuman, virus yang dah masuk melalui mulut tu. Bagi kanak-kanak, tonsilitis berlaku kerana jangkitan dari orang sekeliling dan persekitaran.Bagi orang dewasa pula, ia berlaku disebabkan sistem imun tubuh yang sedia lemah.
Masa doktor suluh mulut Adib hari tu, boleh nampak muka doktor tu macam berkerut dan buat satu ekspresi muka yang tak senang hati sebab tonsil yang bengkak dan merah tu. Bila Attiey nampak camtu, rasa bersalah sangat sebab tak jaga Adib betul-betul.
Tapi doktor tak bagi ubat lain kecuali ubat demam sebab katanya cuba paksa Adib minum dulu. Kalau tak nak minum, buatkan Adib sup dan aiskrim.
Esoknya, Adib nampak macam agak kekeringan sebab kurang minum. Nak bagi minum pakai syringe masa tu sangat susah. Dalam masa yang sama, Attiey try juga Omega Guard untuk kurangkan radang dan bengkak tonsil tu. Omega Guard memang berkesan untuk surutkan radang tau.
Dalam pada tu, Attiey dan suami bawa Adib ke hospital untuk buat ujian darah kot-kot ada masalah lain. Lepas tu doktor masukkan air juga.
Dah habis masukkan air, baru pampersnya berisi sikit dan urin Adib bau kuat sangat sebab kurang air. masa ni dah tak risau sebab doktor kata result ujian darah tunjukkan buah pinggang Adib ok.
Nutriferon memang ada dalam peti ais tu sentiasa. First aid kalau anak-anak demam. Disebabkan Nutriferon ni dalam bentuk granule atau serbuk, Attiey tuang dalam air. Air tak banyak. Dalam 16ml je. Cukup-cukup 2 kali syringe besar tu.
Alhamdulillah...Adib ada bagi respon positif. Doa tak lekang dan minta setiap masa Allah sembuhkan Adib cepat-cepat.
Malam bagi Nutriferon, paginya Adib dah boleh makan mee goreng. Hebat tak hebat kesan dia, macam tulah kan. Nutriferon ni dia macam suis yang hidupkan sistem imun tubuh seseorang. Bila suis dah hidup, kerja-kerja baik pulih akan berjalan. Ha..camtulah lebih kurang.
Jadi, Attiey sarankan kepada ibu ayah yang ada masalah anak bengkak tonsil supaya:
- Pastikan suhu badan si kecil terkawal dan tak capai 40 darjah celsius
- Mandikan anak dengan air suam supaya tak menggigil. Kalau boleh biar anak berendam dalam air yang dibancuh dengan Epsom Salt (15-20 minit). Attiey beli kat farmasi je. harga RM8 sekotak.
- Usahakan untuk bagi anak minum air walaupun kena paksa guna syringe
- Pastikan anak makan untuk dapatkan tenaga. Kalau tak makan nanti takde tenaga dan asyik tidur je. bahaya tu sebab masa dia tidur kita tak tahu apa jadi. Kejutkan untuk teruskan minum air.
- Biarkan kipas dihidupkan dan pastikan ada air circulation yang baik untuk mengelakkan panas badannya terus meningkat.
- Pakaikan baju yang nipis dan jangan selimutkan tubuh anak jika anak demam. Biasanya bila tonsilitis, memang akan demam.
- Bagi supplement untuk sistem imun tubuh dia kembali kuat
Chewable Vita-C Plus |
Omega Guard |
Nutriferon |
Attiey rasa sangat lega bila nampak Adib dah mula makan dan dah kembali menyusu sampai tiga hingga empat botol satu malam. Adib umi dah kembali.
Terima kasih Ya Allah.
Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084
No comments:
Post a Comment