Blog Archive

April 29, 2016

Tip Bila Anak 5 Tahun Nak Join Lawatan Sekolah

Apa perasaan ibu ayah semua bila anak seusia 4 hingga 5 tahun minta kebenaran nak join lawatan sekolah?

Terus bagi dengan yakin atau ada tercuit rasa ragu-ragu boleh ke tak, boleh ke tak?

Desa water park

Macam Attiey, bila Raisha bagitahu PASTI dia akan adakan satu laawatan ke Farm City Sri Kembangan dan Desa Water Park, mula-mula rasa macam 50/50 je nak bagi dia join tapi lepas bincang dengan encik suami, terus jadi 80/20.

80% bagi, 20% kalau Raisha batuk atau cuaca terlalu panas, mungkin tak bagilah.

Abi Raisha memang seorang yang suka Raisha aktif join apa je kat sekolah tu. Dari Raisha taknak, terus jadi berani. Bagus tak.

Bagi Attiey, nak bagi anak p join lawatan sekolah ada beberapa tip la yang nak kongsi dengan u'olls.


Pertama, pastikan anak kita dalam keadaan sihat dan tak demam atau apa-apa masalah yang boleh membimbangkan kita serta cikgu-cikgu. Tak naklah memeningkan cikgu-cikgu yang bawa diorang pulakkan.


Kedua, tahu sedikit sebanyak tentang tempat yang diorang nak pergi tu. Contohnya macam Raisha ni ada masalah sikit sebulan dua ni bila attach dengan air terlebih masa. Faham tak..nak kata lama sangat tak jugak. Cuma dia tak boleh main air lama-lama sekarang ni, nanti batuk-batuk dan kena nebulizer. kadang semput kadang tak. Jadi, Attiey pesan kat Raisha. Nak mandi air boleh tapi kalau boleh jangan berendam sampai dada. Balik semalam, memang dia report semua apa dia buat.


Ketiga, peranan kita sebagai mak ayah bila kita dah tahu anak kita ni jenis cerewet bab makan dan memilih apa yang dia nak makan. Raisha ni kalau tak kena dengan selera dia, silap-silap dia tak makanlah menu hari tu. Jadi, sebab dah tahu nanti sarapan cikgu-cikgu nak bagi roti sosej ( Raisha tak suka roti), jadi Attiey terus bagi sarapan bubur sebelum dia p sekolah tu. Kiranya dah alas perutla kan.

Sama juga dengan air. memang cikgu pesan tak perlu bawak botol air sebab nanti dibekalkan air mineral. Tapi kita fahamlah budak-budak kalau nak buka botol tu ada yang reti ada yang tak. Jadi sama ada kita belikan air kotak atau bawa je botol minuman yang senang dibuka.


Satu hari juga diorang semalam sampai Attiey kat umah rasa sunyi pulak tak dengar suara Raisha. hehe.

So far, cikgu-cikgu Raisha bagitahu dia memang boleh diharap dan dah bijak so Attiey rasa yakinlah nak bagi Raisha happy dengan kawan-kawan dia.

Lepas ni,  saraf makin banyak berhubung nampaknya. Alhamdulillah. Kena top up Omega Guard Shaklee ni. Hihi


Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
 Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

2 comments:

  1. Risau juga kan anak2 sekecil ni ikut trip sekolah.sy anak yg 9tahun tu pun abahnya risau sgt anak ikut rombongan.padahal budak dh besar pun.hehe

    ReplyDelete
  2. memang kena risau sket la sebab cuaca tak menentu.. standby kan aje air masak 1 botol + doa.. hee~ in shaa Allah seme akan okay..

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...