Blog Archive

January 18, 2016

Nak Tahu Bagaimana Diabetes Boleh Terjadi?



Assalamualaikum. Semacam dah jadi kemestian pula bila usia meningkat psti menghidap diabetes. Tapi, sampai bila perlu berlaku begini? Kalau ada yang bebas diabetes seakan satu kejanggalan pula antara kita. Tapi, baguslah macam tu.

Macamana diabetes boleh terjadi? Haa meh nk habaq.

Diabetes ada 2 jenis:

Type 1 : bila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.

Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) nak masuk ke dalam sel kita. Sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia.

Insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Bila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan  kunci pintu sel jadi gula takleh masuk lagi. Kalau kita makan lagi banyak gula padahal  sel dah cukup gula dah, jadi gula tu akan berada dalam darah. Seba tulah kita kena makan berpada2 jgn ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia sememangnya tak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar2 kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar? Penat, letih, pitam. Haa...macam tu lah bila gula tak dapat masuk dlm sel kita, tp berlegar2 dalam salur darah kita... ia jadi tak seimbang.

Yang Type 2 pulak terjadi bila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. Patut nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia pegi bagi kunci kereta... mana nak boleh buka. Jadi, semua orang tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).

Keadaan begini akan  buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam2 masalah kesihatan akan berlaku, cthnya:-

- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh

Oleh itu jagalah kesihatan ye... Jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah... jgn biar dah sakit baru nak jaga. Jaga dari sekarang. Makan vitamins jgn culas!

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...