Blog Archive

December 16, 2015

Kenali Beberapa Petanda Bayi Anda Sedang Mengalami Alahan

Assalamualaikum


Pernah alami atau tahu tak terdapat bayi yang minum susu ibu secara ekslusif tetapi masih terkena alahan? Ini bukan perkara luar biasa kerana bayi yang minum susu ibu secara eksklusif bukan sepenuhnya bebas daripada masalah alergi tetapi ia bukanlah  disebabkan oleh susu ibu yang diminum sebaliknya makanan yang dimakan oleh ibu tadi.

Kan biasa kita tahu bahawa makanan yang dimakan oleh ibu menyusu akan masuk ke dalam aliran darah ibu dan boleh membuatkan alahan kepada bayi tersebut. Ibarat bayi juga makan makanan tu. Jadi, ibu kena bijak memilih apa yang dimakan. Jika mommies dapati bayi mengalami sesetengah alergi, janganlah  hentikan pemberian susu ibu pula sebaliknya ibu yang perlu bijak memilih jenis makanan yang tidak menyebabkan reaksi alergi kepada bayi.

Beberapa makanan yang mudah menyebabkan alergi melalui susu ibu adalah susu lembu, kacang tanah dan makanan laut. Apapun, attiey tak  bermaksud mommies  perlu terus menghentikan pengambilan makanan tersebut sepanjang menyusu kerana ibu dan bayi berdua masih memerlukan khasiat yang ada dalam makanan tersebut.

Mungkin ibu perlu mengelakkan makan makanan yang menyebabkan alergi secara serentak atau ‘berpantang’ makan makanan tersebut dalam tempoh masa tertentu dan sekiranya rasa nak makan, cuba pastikan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan bantai semangkuk penuh pula. Cukup sekadarnya sahaja.

Ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan jika bayi kita  mengalami alergi:

*Ruam pada kulit
Bintik-bintik merah di kawasan pipi bayi menandakan petunjuk awal bayi mengalami alergi terutama jika belum hilang dalam jangka masa yang lama.


*Selesema
Ia berbeza dengan selesema biasa. Bayi yang mengalami selesema akibat alergi akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidungnya. Sementara bayi yang mengalami selesema biasa mengeluarkan cecair kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.


*Buang air besar berdarah
Apabila alergi sudah mengganggu saluran pencernaan, bayi akan membuang air besar berdarah. Ia biasa berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.


*Cirit dan muntah
Sekiranya masalah alergi tidak dikenal pasti puncanya dan ibu tidak sedar anak sedang mengalami alergi, bayi cenderung mengalami cirit birit dan muntah.


Jangan pandang ringan jika bayi kita mengalami tanda-tanda di atas tau. Pantau perkembangan dari masa ke semasa dan cari jalan untuk membantunya kembali seperti sediakala.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...