Blog Archive

November 3, 2015

Ketahui Bagaimana Untuk Merangka Pelan Kelahiran Supaya Proses Bersalin Berjalan Lancar

Assalamualaikum

Tahniah kepada semua pasangan yang bakal menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga anda. Dalam keterujaan untuk membuat persediaan tersebut, jangan lupa untuk merancang pelan kelahiran itu sendiri.

Pelan kelahiran ni adalah suatu bentuk komunikasi kita dengan doktor mahuipun para jururawat yang akan menyambut kelahiran anak kita nanti.

Tak pernah tahu? Hurm..sebenarnya Pelan Kelahiran ni semakin popular di negara kita tau. Sekali tengok, ianya semacam sebuah dokumen antara doktor dengan kita yang akan bersalin nanti. Dalam dokumen tu biasanya kita dah nyatakan beberapa perkara yang kita mahu dan nak elakkan. seterusnya, doktor akan berbincang dengan lebih lanjut selepas tu.



Pelan ni adalah cuma pelan dan bersifat fleksibel mengikut keadaan semasa proses kelahiran lah. So, kita tak boleh la terlalu tegas hingga doktor rasa terlalu terikat. nanti susah pula doktor nak buat kerja. Yang penting, bayi dan ibu selamat kan?

Tak perlu panjang berjela. Cukup dalam 1 hingga 2 muka surat sahaja. Bincang dengan doktor kita kerana doktor pasti akan bantu kita membuat pilihan dan keputusan yang terbaik. Jangan lupa buat salinan dan bawa semasa hari nak bersalin tau.

Bila nak mulakan?

Seelok-eloknya, pelan ini mula dibincangkan dengan doktor kita semasa kehamilan masuk minggu ke 34.


Apakah Langkah-langkahnya?

1. Fahami apa itu pelan  kelahiran
Boleh bertanya dengan doktor kita untuk pemahaman yang lebih jelas kerana kadang-kadang info yang kita perolehi dari alam maya ada yang kurang sesuai untuk dipraktikkan di negara kita.

2. Dapatkan maklumat
Ketahui sebanyak mungkin maklumat tentang proses kelahiran sama ada dari kawan rapat, keluarga, pembacaan atau kelas-kelas tertentu.

3. Sertai Kelas Antenatal
Kebanyakan hospital sekarang ni ada menawarkan kelas-kelas sama ada secara percuma atau berbayar kepada bakal-bakal ibu serta pasangan. Tk kurang juga kelas persendirian yang boleh diikuti untuk faham dengan lebih lagi gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku kepada kita dan bayi

4. Berbincang Dengan Suami
Jangan sesekali  abaikan suami dan merancang secara bersendiri kecuali atas sebab-sebab tertentu kerana suami  perlu tahu peranan yang perlu dimainkan. Ambil kira kemahuan suami juga dan masukkan untuk disusun atau ubah nanti.

5. Bincang Dengan Doktor
Penting untuk kita semua ketahui bahawa ada doktor yang menyokong pelan kelahiran ini dan tak kurang juga yang sebaliknya.  Jadi periksa betul-betul apakah doktor kita nanti menyokong pelan kelahiran ini.

Baca juga. Apa Yang Pasangan Mahu Semasa Proses Kelahiran Berlaku?

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...