Sekarang ni tengah berjaga memantau demam Raisha yang agak tinggi. Baru 2 hari tapi agak risau sebab demam panas.
Bila lihat Raisha ni, terkenang semula susah senang dengannya ketika attiey dan suami berjarak jauh hampir 6 bulan selepas kelahiran Raisha. Dialah peneman setia umi hatta ke pejabat juga sebab menyusu badan dan nursery di dalam bangunan ofis yang sama. travel bersama ke ofis sehingga 27km setiap hari.
Bila kenangkan kelahiran Raisha, alhamdulillah. sangat senang sekali. Anak yang menyenangkan. Sampai sekarang.
Cerita tentang kelahiran, kita kadangkala tak menyangka dan tak tahu apa yang bakal berlaku terutama sekali kepada yang melaluinya buat pertama kali.
Entry yang sebelum ni attiey ada cerita mengenai Pelan kelahiran kan? Ok, dalam pelan tersebut kita boleh nyatakan apa yang kita dan pasangan kita mahukan sepanjanga proses kelahiran berlaku.
Gambar Sekadar Hiasan |
Sekiranya suami tidak dapat bersama, nyatakan siapa yang anda mahukan untuk menemani kita. Tuliskan sama ada kita mahu individu tersebut untuk berada sepanjang masa sehingga kelahiran atau hanya pada tahap kelahiran tertentu sahaja.
2. Posisi kelahiran
Bincang dengan doktor dan pilih posisi yang paling baik untuk ditulis dalam pelan kalahiran kita.
3. Pelega Kesakitan
Nyatakan sama ada kita mahu gunakan epidural, pethidine atau entonoks. Seharusnya kita fahami bahawa penggunaanya bergantung pada tahap proses kelahiran.
4. Pantauan Degupan Jantung
Sekiranya hospital tersebut memberi kelonggaran untuk kita memilih corak pantauan yang kita mahukan, bolehlah jika anda perincikan sama ada anda gemar dipantau secara berterusan atau hanya apabila keadaan diperlukan sahaja.
5. Susu Ibu
Nyatakan dengan JELAS jika anda mahu bayi menyusu susu ibu atau sebaliknya. Secara EKSLUSIF atau sebaliknya. Guna tulisan yang tebal atau perkataan yang jelas serta senang difahami.
6. Memotong Tali Pusat
Ada suami yang mahu memotong sendiri tali pusat anak mereka. Jadi bincang dengan doktor terlebih dahulu. Baru-baru ni ada yang ingin melewatkan pemotongan tali pusat tapi sebenarnya ia hanya sesuai untuk bayi pramatang. Dengan 3 kali nafas, ia sudah mencukupi untuk memboplehkan bayi mendapat darah dari ibunya.
7. Komplikasi
Sesetengah ibu hamil turut menyatakan apa yang dia mahu sekiranya bayi perlu ditempatkan di unit khas. Ada yang mahu menjaga bayi itu sendiri dan tak kurang juga yang memohon supaya suami dibenarkan tinggal di hospital untuk bersiap-sedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
8. Keperluan Tertentu
Sebagai contoh sekiranya ada ritual agama yang ingin disempurnakan sebaik sahaja bayi dilahirkan, masukkan sahaja perkara itu ke dalam pelan kalahiran anda.
9. Keperluan Khas
Mungkin anda ada beberapa keperluan khas lain yang anda mahukan. Sebagai contoh jika ada sebrang ketidak upayaan, tuliskan bantuan yang anda perlukan semasa proses kelahiran tersebut.
Bagi yang belum pernah melakukan Pelan Kelahiran ni, bolehlah cuba untuk kelahiran seterusnya tetapi pastikan hospital yang anada pilih tu sememangnya menyokong hal ni.
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment