Assalamualaikum
Jom baca analogi sikit. Rambut kita gugur dan kita cari syampu yang khusus untuk rambut gugur. Tapi, bila pakai dah seminggu pun rambut masih lagi gugur. Baca balik arahan pada botol syampu. Rupa-rupanya pengeluar kata pakai syampu tu selepas rambut dibasahkan dan tunggu satu hingga dua minit baru bilas. Tapi kita tak tunggu seminit duapun, terus siram air. So, akar rambut tak sempat nak menyerap nutrien dari syampu tersebut. Ini contohla kan...Bukan betul-betul.
Jadi, sama juga bila ada pengambilan vitamin yang dikatakan tidak berkesan tu. Cuba semak balik cara pengambilan dan arahan serta peraturan mengambil sebarang vitamin ni. Jangan malu untuk bertanya pengedar anda.
Attiey kongsikan antara sebab-sebab mengapa vitamin yang anda ambil tu tidak memberi kesan yang anda mahukan.
1. Terlalu banyak toksin dalam badan dan vitamin yang diambil tidak dapat diserap oleh badan dengan sempurna. Sebaiknya, sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, elok sekiranya kita detox badan kita terlebih dahulu. Sama ada detox seluruh badan dengan Alfalfa Complex atau cuci usus sahaja dengan Herb-Lax untuk memaksimumkan penyerapan nutrien dari vitamin tersebut.
2. Mengambil vitamin tidak mengikut jadual yang betul. Sebagai contoh, Vitamin C dan B sesuai diambil waktu pagi dan bersifat larut air tetapi kita ambil waktu makan tengahari yang sepatutnya berfungsi dengan vitamin larut minyak. Kesesuaian masa sangat penting jika kita mahukan keberkesanan yang optimum.
3. Kekurangan air dalam badan dan menyebabkan timbul reaksi lain oleh badan. Kurang minum air apabila mengambil alfalfa akan menyebabkan rasa pening dan sakit kepala. Kurang air apabila mengambil vitamin B-Complex membuatkan otak menghantar signal lapar kepada tubuh. Jadi, pastikan kita minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila kita mengamalkan sebarang makanan tambahan. Air juga penting untuk melancarkan proses detox tubuh.
4. Perhatikan habit kita semasa mengambil vitamin. Adakah kita telah mengambilnya bersama-sama dengan ubat yabng doktor beri? Jika ya, hentikan. Jarakkan pengambilan ubat dengan vitamin dari 1 hingga 2 jam.
5. Begitu juga sekiranya kita mengambil beberapa jenis vitamin dalam satu masa. Terlalu banyak vitamin yang ditelan sekaligus akan mengelirukan tubuh kita. Susun pengambilan vitamin anda mengikut fungsi dan keperluan. Kalau nak tahu, vitamin Shaklee sangat mementingkan hal ini.
6. Penggemar kafein mungkin mendapati ianya perkara biasa untuk minum dan mengambil vitamin dalam masa yang serentak. Tapi apakata ubah tabiat itu dan jarakkan dari 30 minit hingga sejam selepas minum baru ambil vitamin? Atau lebih baik jika boleh kurangkan sedikit demi sedikit minuman berkafein itu. Kenapa? kerana kafein boleh merosakkan nutrisi yang terdapat dalam vitamin anda. Membazirla camtu.
Pastikan anda dapatkan konsultasi yang terbaik dari pengedar anda.
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment