Saya terfikir untuk berkongsi tentang hal ni pula.
Kenapa?
Sebab akhir-akhir ni saya rasa ramai yang menyangka sejak saya resign dah memutuskan untuk berada di rumah bersama anak-anak saya, saya telah memilih untuk REST at home. Tapi realitinya mereka tidak tahu bahawa saya WORK at home.
Kerja saya bukan tidur dan menonton sinetron sahaja ok. Hehe
Tugas saya boleh kata bermula jam 4 pagi.
Itu termasuk mengarang entry blog, check email, dll.
Mula jam 6, persiapan untuk Rasiha dan suami pula. Tak lupa kalau-kalau si kecik Muhammad Adib tiba-tiba nak join sekaki.
Biasanya, bila tinggal berdua dengan Adib, Ati akan pastikan dapat setelkan laundry, masak utk tghari+malam sekali.
Adib bangun memang lambat. dalam pukul 11 dan 11-12 tgahri tu memang mengadap dia aje sampai masa ambik kakak.
Start dari Zohor, Ati akan curi2 masa main dengan anak-anak sambil baca buku atau update bizz.
Petang dalam lepas Asar, diorang akan tidur dan Ati mula kemas rumah sikit n tengokla apa nak kena top up kat dapur cam tambah sayur ke, lipat kain ke...
Tapi, ada juga hari-harinya diorang ni takmo tidur dan banyak juga kerja tertangguh. Hurm...time tu drag sampai ke 2 pagi jugakla nak selesaikan kerja.
Apepun, bekerja kat rumah kadangkala buat Ati tak sedar masa berlalu. Cepaaaat je. Tapi puas hati sebab dapat uruskan semuanya sendiri.
Jom jadi Supermak!!
FREE CONSULTATION
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment