Skip to main content

Shaklee dan Usaha Pemuliharaan Alam Sekitar

Kadangkala, anda melakukan sesuatu kerana ianya menguntungkan perniagaan anda. Dan kadang kala, anda melakukan sesuatu hanya kerana naluri anda mengatakan bahawa anda perlu melakukannya. Sejak 50 tahun lalu, Shaklee telah mempelbagaikan usahanya untuk menerajui inisiatif pemuliharaan alam sekitar serta menyokong usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial.

 

Shaklee, yang ditubuhkan pada 1956, ialah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral dan berjaya mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 daripada segala aktivitinya bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.

Kita selusuri sejarah yang telah dicipta oleh Shaklee

1910s

  • 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals, salah satu multivitamin pertama di dunia.

1950s

  • 1956 Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan sebuah syarikat berteraskan Living in Harmony with Nature® yang komited membangunkan produk-produk yang dapat meningkatkan kesejahteraan insan dan bumi ini.

1960s

  • Shaklee memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, salah satu pencuci tidak beracun dan biorosot.
  • Shaklee memperkenalkan Instant Protein/li>

1970s

  • Shaklee memperkenalkan salah satu detergen pakaian biorosot pertama di dunia tanpa fosfat, nitrat atau borat.

1980s

  • 1985 Shaklee terpilih oleh Wild Dolphin Project sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Stenella. Wild Dolphin Project komited untuk mengkaji habitat ikan lumba-lumba, dan hubungan dengan Shaklee ini terjalin teguh selama 21 tahun.
  • 1986 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan luncur anjing persendirian ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh seorang penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic bernama Will Steger.
  • 1987Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci mesra alam bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka, Calypso dan Alcyone.
  • 1989 Shaklee membantu membina sekolah dan klinik kesihatan, serta menanam lebih sejuta pokok di Asia dengan kerjasama American Himalayan Foundation, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Sir Edmund Hillary.
  • 1989-90 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk penjelajahan trans-Antartik yang diketuai oleh Will Steger. Ia merupakan penyeberangan Antartika yang pertama dengan berjalan kaki, yang meliputi kawasan seluas 3,700 batu. Berikutan ekspedisi ini, Steger membentangkan beberapa isu berkaitan kutub dan persekitaran di hadapan Kongres, serta menjadi salah seorang pengasas Center for Environmental Education (Pusat Pendidikan Persekitaran).

1990s

  • 1990 Basic-H®, pencuci Shaklee yang tidak beracun dan mudah biorosot, terpilih sebagai salah satu produk rasmi Hari Bumi yang pertama.
  • 1991 Shaklee memperkenalkan Basic-D®, salah satu detergen tanpa fosfat yang pertama untuk mesin pencuci pinggan mangkuk automatik.
  • 1992Shaklee Cares®, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, telah ditubuhkan bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka semula jadi seperti taufan dan puting beliung.
  • 1995 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk Projek Artik Antarabangsa ketiga, yang diketuai oleh Will Steger. Ini adalah aktiviti pertama menyeberangi permukaan Lautan Artik seluas 2,500 batu. Ekspedisi ini memberikan maklumat yang amat bernilai tentang isu persekitaran dan perubahan landskap kutub kepada jutaan kanak-kanak sekolah di seluruh dunia.
  • 1996 Produk pencuci mesra alam Shaklee dipilih oleh Ocean Alliance dan Whale Conservation Institute untuk digunakan di atas Odyssey, sebuah kapal penyelidikan yang mengumpul data mengenai bahan-bahan cemar di seluruh lautan dunia. Hubungan ini berterusan hingga ke hari ini.
  • 1998 Shaklee menjadi Charter Partner dalam program Climate Wise anjuran EPA Amerika Syarikat, yang mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara agresif.

2000s

  • 2000 Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan Climate Neutral™ dan mengimbangi sepenuhnya pelepasan CO2 dalam semua aktivitinya.
  • 2000 Shaklee membuka Ibu Pejabat Dunia miliknya, salah satu bangunan hijau pertama di dunia yang mampu menjimatkan tenaga dengan cekap dan memenangi anugerah. Ia dibina dengan menggunakan bahan-bahan daripada sumber yang berkekalan termasuk kayu yang diiktiraf mampan, karpet dan plastik kitar semula. Pada 2001, Shaklee telah dianugerahi Savings by Design Energy Efficiency Integration Award oleh Institut Arkitek Amerika.
  • 2005 Shaklee menjadi rakan kerjasama utama Green Belt Movement, yang diasaskan oleh Dr. Wangari Maathai, pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004.
  • 2006 Dr. Wangari Maathai menjadi Duta Global untuk Sejuta Pokok, Sejuta Impian™, kempen alam sekitar Shaklee yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim global dan merintis usaha penanaman pokok di Amerika Utara dan Afrika.
  • 2006 Buat julung-julung kalinya, sempena ulang tahun syarikat ke-50 di San Francisco, Shaklee menganjurkan persidangan peneutralan karbon melalui inisiatif pengimbangan pelepasan gas rumah hijau. Ia dihadiri oleh kira-kira 10,000 peserta.
  • 2006 Shaklee terpilih sebagai Climate Leader EPA A.S., yang berazam untuk mengekalkan impak sifar bersih terhadap perubahan iklim dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau sebanyak 100% sehingga tahun 2009.
  • 2006 Kepimpinan Shaklee dalam mengimbangi pelepasan karbon dengan mewujudkan tenaga boleh diperbaharui di Afrika telah mendapat pengiktirafan Presiden Bill Clinton dan Clinton Global Initiative.
  • 2007 Shaklee menjadi ahli pengasas Business Council on Climate Change, sebuah organisasi perniagaan yang menjadi inspirasi dan model pemuliharaan global dengan pelaksanaan pelbagai usaha yang berkesan dan menjimatkan bagi menangani krisis perubahan iklim.
  • 2007 Shaklee menyediakan pembiayaan kewangan dan produk untuk ekspedisi GlobalWarming101.com yang diketuai oleh penjelajah kutub Will Steger. Ekspedisi serba canggih ini merangkumi satu kempen pendidikan yang ekstensif untuk meningkatkan kesedaran para pelajar di seluruh Amerika mengenai kesan perubahan iklim global terhadap lima komuniti Inuit di Artik.
  • 2007 Shaklee menjadi syarikat produk pengguna yang pertama berjaya mengimbangi 100% pelepasan gas CO2 melalui program Climate Leader EPA dan menggunakan 100% tenaga hijau.
  • 2007 Shaklee dipilih oleh kumpulan sokongan kanak-kanak terkemuka negara, Healthy Child Healthy World, sebagai rakan eksklusif untuk sebuah video baharu bertajuk “Creating Healthy Environments for Children (Mewujudkan Persekitaran yang Sihat untuk Kanak-Kanak).”
  • 2007 Shaklee dipilih oleh penerbit THE 11th HOUR, sebuah filem dokumentari yang disampaikan oleh Leonardo DiCaprio, sebagai rakan kongsi atas kecemerlangan prestasinya dalam menerajui penjagaan alam sekitar.
  • 2007 Shaklee bekerjasama dengan Dr. Jeffrey Sachs dan Earth Institute di Universiti Columbia untuk membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara langsung dengan membiayai pemasangan lampu LED berkuasa solar di Malawi. Projek pemasangan ini menggantikan penggunaan lampu sumbu minyak tanah iaitu sumber tenaga yang memudaratkan dan tidak cekap dengan sumber mampan yang lebih baik untuk membaca dan tugas harian penduduk kampung di Malawi.
  • 2008 Shaklee disenaraikan sebagai salah satu daripada 20 Rakan Niaga Runcit Terbaik oleh Green Power Partnership EPA bagi mengiktiraf sumbangannya sebagai pembeli utama tenaga hijau.
  • 2009 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori gas rumah hijau bagi tahun 2008 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, Econergy International, mengikut protokol World Resources Institute bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2009 Shaklee dianugerahi Clean Air Award oleh Breathe California bagi menghargai kepimpinannya dalam mengurangkan pemanasan global dan meningkatkan kualiti udara.
  • 2009 Shaklee dianugerahi Business Environmental Award for Sustainability dari Acterra: Action for A Healthy Planet atas usaha-usahanya dalam pemuliharaan alam sekitar, kepimpinan tindakan kelestarian iklim dan kesamaan taraf sosial.
  • 2010 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2010 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2011 Shaklee sekali lagi mematuhi 100% protokol neutral karbon. Inventori rumah hijau bagi tahun 2011 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2012 Shaklee mematuhi 100% protokol neutral karbon untuk tiga tahun berturut-turut. Inventori rumah hijau bagi tahun 2012 meliputi semua operasi Shaklee di seluruh dunia termasuk AS, Kanada, Jepun, China, Mexico, Malaysia dan Taiwan, telah disemak oleh pihak ketiga, WSP Environment & Energy, mengikut protokol Greenhouse Gas bagi semua gas rumah hijau yang didefinisikan oleh protokol Kyoto.
  • 2013 Shaklee merekodkan sejumlah 1.2 juta ahli di seluruh dunia dengan jumlah nilai komisen sebanyak $6.7 bilion sejak awal penubuhannya.
Kini, dengan fakta yang kukuh terbukti bahawa Shaklee bukan jenama yang berada di kelas bawahan dan telah mencapai standard yang tersendiri sebenarnya.

Tidak salah untuk kita menyokong demi kesihatan diri serta membantu orang-orang di sekeliling kita untuk terus sihat dan cergas.

Shaklee


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya

Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja…

Cara Makan Sustained Release Vitamin C Yang Betul dan Selamat Supaya Lebih Berkesan

Berapa biji sepatutnya pengambilan vitamin c kita setiap hari? Pernah tahu tak atau cukup sekadar makan sebiji oren sehari je?

Kalau ikut saranan dari FDA, kita memerlukan 75mg vitamin c setiap hari untuk mantain kesihatan.

Bagaimana nak dapatkan bekalan vitamin c yang optimum? Kalau nak tahu, vitamin c ni sensitif pada suhu panas tau. Buah yang duk ada kat pokok dengan buah yang kita dah petik tu pun dah berbeza kandungan vitamin c nya. Sangat sensitiflah.

Sebab tu saya suka untuk syorkan supaya kita amalkan Sustained Release Vita-C Plus ni.

Sebotol mengandungi 180 tablet.
Satu tablet pula mengandungi lebih kurang 1000mg dan berat satu tablet adalah 992mg.


Tadi kata FDA sarankan ambik cuma 75mg. Tapi ni dah sampai 1000mg satu tablet. Tak lebih ke?


Ok, sebenarnya dalam satu tablet tu Absorbic Acid hanyalah 500mg manakala selebihnya adalah Bioflavonoid untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Tapi 500 mg masih banyak kan.


Vitamin C Shaklee ni diformulasikan dengan teknologi pe;epasan sec…

Air Kencing Berbuih? Ketahui Cara Kawal Protein Dalam Urin

Assala,mualaikum

Hari ni dah berapa kali u'olls buang air kecil? Pastikan minum air masak secukupnya untuk melancarkan proses pembuangan air kecil tau.

Apasal tanya pasal air kecil pulak ni kan..

Sebelum terhasilnya air kencing (atau air kecil), dah jadi tugas buah pinggang kita untuk menapis cairan tubuh dan nutrisi termasuk protein sama ada untuk dikeluarkan melalui urin atau disimpan.

Umumnya, molekul protein adalah lebih besar namun adalah normal jika sesekali terdapat dalam urin kita.

Namun, sekiranya berlebihan ia adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal/saluran tertentu. Apabila terjadinya perkara ini, langkah seterusnya perlu diambil iaitu dapatkan rawatan.

Bagaimana nak tahu sama ada protein dalam urin kita tu normal atau berlebihan?

Pernah dengar air kencing berbuih? Ya, itu adalah antara petanda bahawa terdapatnya protein yang berlebihan dalam urin anda.

Apa penyebabnya?
-Masalah berkaitan  buah pinggang
-Diabetes
-Hipertensi
-Masalah jantung yang…

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?

Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maks…

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi andaIa mengandungi nutrien d…