Blog Archive

December 11, 2014

Promosi " Collagen Powder" Shaklee Disember 2014



Sebut saja kolagen, semua pakat duk tahu dah dan pasti terbayang-bayang dalam fikiran dengan pelbagai bentuk dan jenama yang terlalu banyak macam kulat yang tumbuh selepas hujan. Chewah.
Sebagai wanita, memang patutpun kita mengambil  berat tentang hal-hal kecantikan kerana semua wanita perlu menjaga kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum mampu menjaga insan-insan lain. Tapi, apa yang lebih penting oleh masyarakat kita ialah, collagen= kecantikan. Takut suami lari katanya..ehehehe.
Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Tetapisemakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Makin kurang kolagen maka makin tak sihat dan tak cantiklah kulit kita. Kurangnya kolagen menyebabkan tanda2 penuaan seperti:
    • Kulit dah mula melayut dan kendur sana sini
    • Kulit kering dan berkedut
    • Kulit kurang anjal
    • Payudara melayut dan tidak tegang
    • Kulit kusam
    • Rambut halus dan gugur
    • Kuku rapuh dan mudah patah
    • Pigmentasi

Sebenarnya, tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.
Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?

Semestinya Collagen Powder Shaklee!

collagen powder shakleeKenapa mesti Collagen Powder Shaklee?
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi400mg proprietari RSS collagen
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
    • Dalam Collagen Powder Shaklee, molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vit B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda
 Setakat ini dahulu perkongsian atiey untuk Shaklee Collagen Powder ni ye. Semoga kita jumpa lagi.Selamat mencuba.

 Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
 Rafhati Mohamad Napi 
♥ sms/whatsApp: 013-9218084 
♥ Emel : are_t84@yahoo.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...