Blog Archive

January 25, 2019

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?


Hai mommies semua. Assalamualaikum.

Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan mommy? Dah standby dalam kereta? Alhamdulillah.

Dalam duk menunggu hari tu, nak juga korek-korek tips macam mana nak sembuh dengan cepat selepas bersalin kan? Tak kisahlah bersalin anak pertama atau anak kedua dan ketiga, semua mommies pun memang nak sangat sembuh cepat-cepat. Tapi, biarlah sembuh dengan betul tau.

Bila bersalin, selain dari kehilangan tenaga ketika proses meneran, lenguh-lenguh badan semasa proses hamil juga mengambil masa untuk hilang. Namun, apa yang menjadi kebimbangan lebih besar adalah luka semasa proses bayi keluar. Luka pembedahan atau luka pada bahagian perenium.

Kali ni saya share bagaimana nak luka pada perenium cepat sembuh.


1- Rajin cuci luka.
Setiap kali buang air kecil atau mandi, pastikan ibu tukar pad. Sebelum tu, keringkan tempat luka dengan cara anginkan. Beli kipas kecik lagi senang. Kemudian, sapu ubat kuning yang hospital bekalkan.


2- Guna spray kecil
Untuk lebih berkesan, ubat luka tadi jangan dap-dap sebab kadang-kadang tak kena pun. Isi dalam botol kecil dan spray kat tempat luka. Biarkan kena pada bahagian dalam sikit tapi jangan dalam sangat. Kat tempat luka tulah.


3- Jalan perlahan-lahan
Yang ni saya sarankan supaya jika terpaksa bangun dan berjalan, buka langkah sekecil mungkin. Jangan jalan laju-laju. Adatlah bila berpantang. Lagi rapat, lagi cepat luka bercantum. Senaman kagel juga amat digalakkan untuk melancarkan aliran darah di kawasan tersebut.


4- Amalkan vitamin C
Kalau tak pernah makan buah atau takut nak makan buah masa pantang, amalkan pengambilan supplemen vitamin C untuk cepatkan luka tu sembuh. Kalau boleh makan buah oren, silakan. Lagi bagus makan kedua-duanya.


5- Elakkan sembelit
Kat sini, pentingnya minum air yang cukup, makan sayur setiap hari dan jangan teran pula masa nak buang air tu. Risau jahitan terbuka. Rasa nak buang air besar baru ke tandas. Kalau sembelit? Cuba ambil langkah awal seperti amalkan supplemen untuk elakkan sembelit.


Set Bersalin Yang  Membantu Ibu Cepat Sembuh Selepas Melahirkan

Mengikut pengalaman yang saya lalui dengan Set Bersalin Shaklee, rangkaian vitamin-vitamin ni sangat membantu untuk mengembalikan badan yang letih lesu sepanjang kehamilan dan juga proses bersalin, untuk kembali cergas segar semula.Yang paling best saya rasa macam bukan dalam pantang.

Set Bersalin Shaklee

Set ini mengandungi :-

1) B-Complex :
✏ Berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan.
✏Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.
✏Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
✏ Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan.


2) Vitalea
✏ Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
✏ Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan untuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


3) Vitamin C
✏ Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.
✏ Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
✏ Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
✏ Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.
✏ Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.


4) ESP
✏ Soya Protein ESP baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi.
✏ Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein.
✏ Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
✏ Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan.
✏ Membantu menambah penghasilan susu ibu.
✏ Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


5) Ostematrix
✏ Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.
✏ Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.
✏ Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
✏ Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.
✏ Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.


6) Alfalfa
✏Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan.
✏ Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
✏ Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.
✏ Bagus untuk proses pengecutan rahim wanita


Enam items di atas ni saling lengkap melengkapi keperluan ibu semasa dalam pantang.
Saya amalkan seawal sebaik saja saya bersalin.Kecuali Alfalfa je.  Maknanya lagi 5 tu, hari yang sama terus boleh makan.

Wasap saya terus untuk dapatkan Set Bersalin anda sekarang!

Attiey Mohamad Napi
0139218084

January 10, 2019

Atasi Masalah Kolestrol Tinggi Dengan Protein

Assalamualaikum.
Sekarang ni dah ramai yang mula alert dengan tahap kesihatan masing-masing kan. Tengok je lah trend larian beramai-ramai sekarang ni yang makin lama makin banyak dianjurkan. Tak kira siang atau pagi, penyertaan memang membanggakan. Suami saya juga aktif join aktiviti larian atau dikenali sebagai "Fun Run"ni.

Bercakap pasal soal kesihatan, memang tak boleh larilah dari mengaitkannya dengan pemakanan kan.


Kebetulan pula saya ni jenis yang suka perhatikan portion orang kita sewaktu makan di kedai dan restoran. Memang kalau waktu lunch, rata-rata akan ambik nasi banyak, lauk banyak dan sayur suku pinggan je. Hrmmmm...


Jarang sangat nak jumpa yang amalkan suku-suku separuh. Hehe.


Sebenarnyakan, kalau kita tak jaga amalan pemakanan kita dari muda lagi,  banyak masalah akan timbul bila usia semakin bertambah. Tak kisahla saiz badan kecik atau besar, kalau gaya hidup tak berapa bagus, risiko untuk terkena penyakit akan tinggi juga.


Antara masalah yang paling biasa adalah masalah kolestrol.


Memang ia masalah biasa tetapi ia boleh membawa kepada risiko penyakit kritikal lain seperti masalah jantung. Haaa...bila sebut jantung baru terasa berat kan?


Saya tak nak cerita kat sini tentang kolestrol cuma nak share apa nak buat bila suatu hari kita dah buat pemeriksaan kolestrol di hospital atau klinik, kemudian bacaan untuk kolestrol jahat lebih tinggi dari kolestrol baik?


Kolestrol jahat adalah "bahasa mudah" bagi Low Density Lipoprotein (LDL).


Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Lipidology menyatakan bahawa protein soya merendahkan jumlah kolestrol dan "Non HDL Cholestrol " dengan begitu ketara berbanding protein dari susu. Kajian ini dilakukan pada mereka yang mempunyai masalah kolestrol secara sederhana.




Food And Drug Administration (FDA) juga menyatakan bahawa pengambilan  produk yang mengandungi lebih daripada 25g protein soya untuk satu hidangan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.


Bagaimana Protein Soya Membantu Mengawal Paras Kolestrol? 
  • soya merupakan sumber tumbuhan dan tiada kolestrol 
  • protein soya membantu mengurangkan kolestrol 
  • kebanyakan lemak di dalam produk soya adalah poly-unsaturated 
  • isoflavones yang terkandung dalam soya mencegah atherosclerosis 
  • soya mengandungi serat terlarut yang boleh membantu mengurangkan jumlah kolestrol yang beredar dalam darah. 

Di beberapa tempat di mana soya diproses dan diamalkan setiap hari, peratus pesakit berkaitan kardiovaskular adalah rendah.


Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa makanan berasaskan soya mungkin membantu mencegah penyakit jantung dengan merendahkan jumlah kolestrol, merendahkan kolestrol jahat/ Low Density Lipoprotein (LDL), tekanan darah dan kemungkinan juga mencegah pembentukan plak dalam salur darah (atherosclerosis).


Penting untuk kita tahu fakta ni. Sebelum umur 60, seorang lelaki akan mempunyai lebih banyak masalah berkaitan kolestrol berbanding pasangannya.


Tetapi, selepas mellaui fasa menopause dan penghasilan hormon estrogens menurun, paras kolesterol wanita akan meningkat dan ini meningkatkan risiko untuk wanita menghidap penyakit jantung.


Soy isoflavones yang terkandung dalam soya mengandungi aktiviti estrogen yang lemah yang mana mampu membantu menurunkan paras kolestrol tersebut.


Jangan takut pada rasa soya yang kurang menyenangkan. Sebaliknya fikirkan pada khaiat yang mampu diberikan. Cegahlah sebelum terlambat. Jika nak cari soya yang rasanya lemak dan tak ada bau soya langsung, cubalah ESP dari Shaklee yang diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal serta memiliki kualiti protein bermutu tinggi yang pernah dihasilkan.


Nak tahu lanjut tentang ESP soy protein ni, boleh hubungi saya sebab saya memang amalkan dan bersedia nak share dengan anda.


013-9218084 (Klik untuk terus wassap)
Luvs, Attiey M. Napi

December 21, 2018

Supplemen Kalsium Ostematrix Shaklee



Apakah Ostematrix ni?

Sebelum kita kenal dengan lebih lanjut, jom kita lihat apa yang ada dalam setiap kaplet Ostematrix ni.



Ramuan yang ada dalam Ostematrix ni sesuai dengan keperluan tubuh kita untuk memastikan tulang sihat dan kuat. Apa yang tulang kita perlukan?

Jawapannya ada di bawah;

Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron - Membantu metabolisme tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink dan Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang 

Keistimewaan Ostematrix Shaklee

Ostematrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.


Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Manfaat Ostematrix Shaklee 

  1. Membantu membina tulang dan gigi yang sihat 
  2. Membantu mengurangkan risiko penyakit osteoporosis (tulang rapuh) 
  3. Membantu memulihkan kekejangan dan kebas-kebas kaki dan tangan 
  4. Membantu mengurangkan rasa stress 
  5. Membantu menstabilkan tekanan darah 
  6. Membantu melegakan senggugut 
  7. Membantu dalam masalah gastrik 
  8. Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi 
  9. Membantu mengurangkan risiko praeklampsia di kalangan ibu hamil 
  10. Membantu mengurangkan masalah sakit belakang 
  11. Membantu masalah sembelit 
  12. Membantu mengurangkan sakit tumit 
  13. Membantu melegakan sakit-sakit sendi 
  14. Menyokong kesihatan jantung 
  15. Membantu mengurangkan masalah migrain 
  16. Membantu masalah buasir 

Sebotol hanya RM61.25 


Bagaimana Nak Beli?

1. Klik "Beli Sekarang" dan anda akan dibawa ke website Shaklee2U untuk belian secara online.

2. Hubungi saya, Attiey M. Napi di 013-9218084 untuk membuat pesanan anda sekarang juga.Klik pada nombor telefon untuk terus wassap tanpa simpan nombor.


Luvs, Attiey M. Napi

December 16, 2018

Omega 3 Bantu Jantung Jadi Lebih Sihat

 

Baru-baru ni saya berbual melalui telefon dengan seseorang yang sangat rapat dengan saya. Beliau dah menjangkau umur 65 tahun. Dah sedia maklum dengan umur yang sebegitu, memang wajib jalani pemeriksaan kesihatan di hospital secara berkala. Beliau cerita pada saya, pemeriksaan terbaru yang beliau pergi, doktor ada buat ujian darah dan keputusannya tak berapa cantik.

Tak cantik yang beliau maksudkan adalah memandang beliau dah meneruskan pengambilan ubat kolestrol bertahun lamanya, jadi ia telah memberi kesan pada kesihatan hati.

Susah hatinya bertambah bila doktor memberitahu bahawa bacaan kolestrol jahat juga bertambah.

Sebut pasal kolestrol, ia ada kaitan dengan kesihatan jantunglah. Bila bacaan kolestrol lebih dari paras normal, untuk usia begitu memang doktor akan bagi ubat kolestrol. Ubat ni bila diambil dalam jangka masa lama, memang telah dimaklumkan oleh doktor juga yang ia boleh memberi kesan pada hati. 

Namun, jika dibiarkan ia boleh memudaratkan jantung. Jadi, atas sebab jantung lebih penting maka biasanya bubat kolestrol diteruskan.

Untuk masalah beliau, saya cuba nasihatkan supaya beliau tidak terlalu stress dan bertenang kerana tekanan bolen menyebabkan kolestrol tinggi tau.

Selain tu saya syorkan juga agar beliau kurangkan makanan yang manis-manis seperti biskut krim, roti coklat dan kuih muih.

Untuk lebih membantu, saya galakkan beliau lakukan sedikit exercise setiap hari. Berjalan-jalan dalam 10-15 minit pun takpelah asalkan konsisten memandangkan usia yang agak berumur.

Beliau ada bertanya tentang supplemen yang Shaklee boleh bantu sihatkan jantung. Memandangkan beliau ada masalah kolestrol dan beliau nak usaha turunkan bacaan kolestrol jahat serta naikkan kolestrol baik,saya cadangkan Omega Guard dan Phytocol-ST serta Vivix.

Kenapa saya syorkan sekali Omega Guard?







Untuk anda yang ada ada masalah yang sama, boleh juga masukkan Omega Guard dalam senarai anda.

Luvs, Attiey M. Napi

December 14, 2018

Emosi Tak Stabil Beri Kesan Tak Baik Pada Bayi Dalam Kandungan

Semasa mengandung, banyak perubahan berlaku pada seorang wanita. Ia termasuk perubahan yang melibatkan hormon, bentuk badan, emosi, mental dan fisiologi organ badan.



Perubahan yang berlaku ini memang mempengaruhi keadaan kesihatan kerana ia akan menyebabkan organ seperti jantung, ginjal, paru-paru, sistem darah dan sel darah bekerja dengan lebih banyak dari biasa.

Antara penyakit yang sering dialami oleh ibu mengandung adalah mental stress, alahan dan alergi, sakit jantung , masalah penghadaman, sembelit dan gerd.

Tak kurang juga yang berdepan dengan kencing manis gestational dan masalah jangkitan kulat.

Sekiranya tak ditangani dengan betul, ia boleh menyebabkan emosi ibu terganggu dan mudah tertekan. Ia juga akan memberi kesan negatif terhadap bayi di mana mudah terkena penyakit eczema sebagai contohnya.

Persatuan Psikologi Amerika Syarikat menyatakan bahawa emosi marah oleh ibu yang sedang hamil memberi kesan pada tekanan darah dan degupan jantungnya. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dibebaskan menghasilakn tekanan dan menjejaskan bekalan oksigen kepada rahim. Sudah tentunya berbahaya kepada janin dalam kandungan.

Selalu juga kita dengar dan biasa dipaparkan di televisyen di mana ibu hamil terpaksa melahirkan sebelum usia bayi mencapai 40 minggu dimana dikenali sebagai kelahiran pra matang, kesan dari keadaan yang amat tertekan dalm tempoh yang lama.

Jadi, jangan biarkan emosi yang tak stabil menguasai diri si ibu terlalu kerap dan terlalu lama sepanjang kehamilan. Bincang dengan suami untuk sama-sama mengharungi fasa kehamilan dalam keadaan yang lebih tenang, sekiranya boleh.


Luvs, Attiey M. Napi

December 7, 2018

Minyak Ikan Anda Bersih Dari Logam Berat? Ketahui Panduan Membeli Minyak Ikan Yang Betul.

Adakah Minyak Ikan Anda Mengandungi Bahan Ini?


Pengambilan jangka masa lama bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya bagi fetus yang sedang berkembang.

 • Logam Berat 
 • Bifenil Berpoliklorin (PCBs) 
 • Merkuri 
 • Dioksina

Minyak ikan dikenali secara meluas sebagai sumber Omega-3 yang bagus, terutamanya DHA dan EPA. 

Garis panduan diet menyarankan pengambilan 2-3 hidangan ikan seminggu terutama ikan berlemak dari air sejuk. 

Walaubagaimanpun, terdapat kebimbangan dikaitkan dengan pengambilan minyak ikan kerana paras tinggi bahan kimia bertoksik. 

Oleh itu, adalah penting untuk memilih minyak ikan yang selamat, terbukti berkesan.


BAGAIMANA MEMILIH MINYAK IKAN YANG BAIK?






...dan tahu tak bahawa ke empat-empat ciri-ciri minyak ikan terbaik di atas ada pada Omega Guard Shaklee. 



Untuk ketahui lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee, hubungi saya di 013-9218084 (klik untuk terus wassap). 

Untuk teruskan pembelian, silakan klik pada gambar e-sell di bawah.

Klik di sini 


Luvs, Attiey M. Napi

November 26, 2018

Negara Buku Mega

Jumaat lepas, 23 November 2018 memang hari yang Raisha duk tunggu-tunggu sebab tukan hari pertama jualan di Karangkraf Seksyen 15 untuk Negara Buku Mega tu. 

Dahla sebelum tu duk lalu depan Karangkraf dua tiga kali, memang nampak poster gerabak.

Sehari sebelumnya Raisha cuba "berunding" dengan abinya. Waktu nak pergi. Sekali abinya ada perlawanan bola sepak persahabatan pulak malam tu. So, abi Raisha ajak pergi hari Sabtu. Raisha ok je.

Tapi bila umi dia ni duk fikir-fikir balik, hari Sabtu ramai yang cuti. Kemungkinan untuk orang sangat ramai memang tinggi. Dengan keadaan umi sekarang ni, rasanya tak sanggup nak bersesak dalam keramaian orang. Huhu. Nanti jalan sikit mula umi cari kerusi. Haha.

So umi Raisha ni cuba pujuk encik suami untuk pergi jugak selepas habis lawan bola. Kalau encik suami sakit kaki, umi Raisha drive pun takpe. Sanggup tau nego camtu sebab tak larat nak pergi Sabtu. 

Alhamdulillah abinya setuju.

Habis je lawan bola, abi Raisha wassap dah on the way balik rumah. Dapat tahu team abi dia menang malam ni, so dengan mood ceria abinya yang drive. Hooray!

Sampai kat Karangkraf, parking ada banyak je kat dalam. Tak macam sebelum-sebelum ni yang kereta semua terpaksa parking kat luar. Dekat jelah nak jalan masuk ke tempat jualan. Tempat jualan kali ni kat dalam bangunan yang ada air cond. Selesa sikit.
Mula-mula masuk, memang suka jugak tengok papan tanda SALES yang ada tu.

1 = RM10
3 = RM10
5 = RM10

Ruangan pertama kami jejak lebih kepada buku umum dan novel. Jadi, tak banyak yang menarik perhatian sebab duk aim buku anak-anak.



So, kami tuju ke ruangan kedua. Lebih besar dan nampak lebih banyak buku.
Kat sini majoriti buku kanak-kanak termasuk buku Didi and friends, Omar Hana dan Ana Muslim. Ada jugak buku cerita yang menarik dengan gambar berwarna. Buku resipi pun ada. Banyak!

Bagi peluang kat Raisha dan Adib pilih buku apa yang diorang nak tapi umi pantau dari belakang untuk cukupkan "korum". Contohnya buku yang beli 5, RM10...kena pastikan ambik lima. Kalau tak, tak dapatlah harga RM10 tu. Gitu.

Dalam sejam, dah setel urusan.

Sebenarnya, agak frust sebab kuantiti buku dan pilihan tak berapa nak Mega. Kami bayangkan bnyak pilihan majalah-majalah yang ada tapi ternyata tidak. Mungkin banyak yang ke KB Mall kot.hehe.

So, jumlah nilai "tangkapan" hanyalah RM60 sahaja.

Jadi, cuti sekolah yng ada ni umi akn pastikan Raisha habiskan baca semua buku yang dibeli ni. Haha.

Harap-harapnya minat membaca ni terus kekal sehingga dewasa.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...