Punca Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum.

Atiey dulu pernah dengar senior cakap kalau anak dah start sembur-sembur air liur, nanti rambut ibu akan gugur. Memang takde kaitan kan. Apa pulak air liur anak buat sampai rambut maknya gugur. Hihi.

Sekarang ni bila anak dah dua, dah alami sendiri situasi tu dan faham kenapa orang cakap macam tu. Bijak orang - orang tua dulu-dulu.



PERUBAHAN HORMON
Lebih kurang umur anak kecil dah mula pandai menggunakan mulut dan lidah untuk melakukan pelbagai reaksi termasuk bubbling, masa tu hormon ibu sedang pulih dan kembali seperti sebelum hamil.

Masa semester ketiga tu atiey suka mengadap cermin sebab masa tu kulit muka glowing, lembap dan cantik. Kalau ada bulu roma di kawasan betis dan lengan, semua gugur. Kulit licin dan cantik. Rambut hitam berkilat dan lembut. Hormon cukup dan sangat optimum masa tu.


TEKANAN
Selepas bersalin, ibu jadi sibuk. Pernah ada ibu yang memberitahu rutin hariannya kucar kacir sejak melahirkan. Tambahan pula ibu perlu keluar bekerja dan tidur malam tidak nyenyak.
Menghadapi keadaan sebegini menghadkan ibu untuk mengambil berat tentang rambut. Bila dibiarkan ia boleh menjadi satu masalah serius dan sukar ditangani.


FAKTOR UMUR
Ditambah dengan faktor usia, peluang untuk pertumbuhan ramvut baru semakin rendah berpunca dari sel-sel yang semakin tua. Selain itu, nutrien untuk pertumbuhan juga sudah agak lambat diserap.
Kekurangan pengambilan nutrien yang cukup dari makanan menyebabkan badan terpaksa mengagihkan dan mengutaman organ penting terlebih dahulu seperti jantung, hati dan buah pinggang.


POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT
Macam yang atiey bagitahu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah rambut gugur semakin tidak terkawal. Ditambah pula bila ibu yang lepas bersalin mengamalkan diet untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal, menyebabkan nutrisi tidak mencukupi.
Wanita tidak sama seperti lelaki. Kita mengalami penuaan dengan lebih cepat termasuklah pada kulit kepala. Ia menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan seterusnya terbenam.

Kesimpulannya, ia adalah satu keadaan normal namun ia tidak boleh dibiarkan berlaku tanpa ditangani dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...