Blog Archive

December 28, 2016

Vitamin Rambut Pun Shaklee Ada ?

Assalamualaikum.
Sebagaimana kita memotong, mewarna dan mendandannya, rambut kita mencerminkan mood kita, aktiviti kita dan semua tentang kita.

Lelaki dan wanita sama-sama akan mengalami masalah kerosakan rambut. 50% dari lelaki akan mengalami masalah penipisan rambut dan 40% wanita akan menunjukkan tanda yang ketara pada umur 35 tahun.

Kerosakan ini akan berlaku disebabkan oleh diet yang tak baik, kekurangan nutrisi, proses kimia seperti melurus, mengerinting, dan mewarna rambut, penggunaan alat pengering serta ditambah dengan tekanan kerja serta kekangan masa.


Untuk jangka masa 50 tahun, Shaklee telah menerajui dunia saintifik untuk memahami bagaimana cara untuk menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini kepakaran yang tiada bandingnya telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut dengan satu pendekatan yang eksklusif dan semula jadi, untuk menangani punca masalah rambut dan kulit kepala khasnya.

Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaan rambut ProSante secara semula jadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu menyikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.

Sistem ProSante tidak menanggalkan atau mengeringkan rambut anda dan sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan. Keputusannya adalah rambut yang menawan, berseri dan sihat.

Setiap rambut memerlukan rutin berbeza dalam aspek pencucian, pemulihan keadaan dan perlindungan dari kerosakan supaya kekal sihat dan hebat. Sistem Produk ProSante menampilkan Scalp Health Complex Shaklee yang eksklusif, satu formulasi klinikal, ramuan 10 vitamin, mineral dan herba yang amat derma-tersedia. Ia digunakan sebagai satu sistem lengkap, menyokong kulit kepala secara optimum.


BAGAIMANA MASALAH RAMBUT BOLEH BERMULA?

Rambut kita boleh rosak akibat;
-proses semasa mendandan yang melibatkan bahan kimia dari pewarna dan haba dari alat pengering.
-cuaca yang panas, cahaya uv dari matahari dan pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel dan merosakkan rambut, menjadikannya mudahpecah dan putus.
-tekanan yang dialami setiap hari akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan "letih". Kemudian ia menyebabkan semakin banyak rambut akan rosak , nipis dan rapuh.
-kerosakan oksidatif yang jika tidak dibendung, radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakan, ketidakselesaan dan gatal-gatal serta minyak berlebihan.


Kesan yang diperolehi selepas 30 hari diuji ke atas rambut yang rosak adalah;

-rambut gugur ketika disikat berkurang sebanyak 65%
-rambut yang pecah dikurangkan sebanyak 73%
-61% subjek ujian mengalami rambut yang jelas kelihatan makin menebal
-55% pengguna menyatskan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka.



NOURISHING SCALP TREATMENT

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.
Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Keunikan ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.



REVITALIZING SHAMPOO
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering



PURIFYING SHAMPOO
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.



LIGHWEIGHT CONDITIONER
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan




REPLENISHING CONDITIONER
  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli



LONG LASTING FINISHING SPRAY

  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.

Beli Sekarang


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...