Blog Archive

November 27, 2016

Zaman Sekolah Zaman Bahagia

U'olls Pergi Sekolah Dulu  Naik Basikal Ke Jalan Kaki?

Bila nampak basikal, perkara pertama yang terimbas adalah zaman pergi sekolah menengah. 

Kisahnya mula bila dah  nak balik sekolah. Masa tu selalu balik berdua dengan Anna Maryatz. Anna Maryatz ni sekarang dah jadi tauke butik pengantin  D'Exclusive dengan adik dia Eila Eiwan. Tak pasti dia ingat tak..hehe

Dalam pukul 2 petang  kot masa tu, tiba-tiba rantai basikal Anna Maryatz ni tak nak sangkut. Asyik jatuh jer.Rumah jauh. Dalam 5 kilometer jugak jarak dari sekolah.

Jalan raya memang tak sunyi.Ada je kenderaan lalu. Bukan kereta je. Lori kecik, lori besar pun ada. Biawak pun ada. haha. Selamat la sikit. Tapi masa tu tak fikir pun pasal orang jahat ke apa ke sebab zaman 1997 tu keadaan tak macam sekarang. Masih selamat. Peragut pun tak macam sekarang. Mungkin masa tu semua orang masih kaya raya..kannnnn.

Kayuh 2 kali round, rantai jatuh. Angkat. Kayuh lagi...angkat lagi sampai tangan hitam. Tangan atiey tak sangat cuma tangan kawan atiey nilah yang dah kotor.

Alhamdulillah air masak banyak lagi. Minum sikit-sikit.

Jalan raya pulak bukan landai tau. Turun naik turun naik. Masa turun tu bestla...laju, berangin..hilang penat. Bila nak naik bukit, penat oooh. Sampaikan kitorang sempat berhenti rehat sekejap. Penat. Letih.

Dah petang..dalam waktu asar kot baru kitorang sampai rumah. haha. . Mencabar betul tapi best pulak bila diingat-ingat balik. Yelah, masa tu mana ada handphone semua ni.. .nak mintak tolong orang kat rumah memang tak boleh. Pakai instict je.

Tak tahulah Anna Maryatz ingat ke tak kisah ni. Dah lama.. Hampir 20 tahun. Tapi tak kisah lama mana pun, persahabatan tak boleh dijual beli. Semoga ukhuwah kekal  hingga ke syurga.

Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...