Tanda False Alarm vs Proses Kelahiran Sebenar


Sewaktu hamil, sebagai bakal ibu terutama hamil sulung, attiey memang banyak membaca. Selain dari cerita-cerita yang dikongsi dari kawan, perlu juga untuk kita ketahui fakta di sebaliknya. Bila dah hampir tarikh jangkaan tupun, kita masih perlu belajar dan ketahui bagaimana tanda sebenar hampir bersalin. Boleh jadi apa yang kita rasa waktu tu hanya tanda palsu atau "false alarm" sahaja.

Semasa hampir dengan waktu nak bersalin, badan kita menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Elakkan tubuh kita mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, memang ibu hamil perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm ni berlaku. Minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap.

Sehari sebelum bersalin, attiey dah jumpa doktor sebab rasa tertalu kerap contracrion tetapi doktor minta balik dulu dan perhatikan serta catat kekerapannya. Sememangnya doktor minta untuk catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika kita mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Jangan lupa untuk mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyebabkan kita mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

hari yang attiey jumpa doktor tu sememangnya false alarm sebab berlaku secara tak tetap.

Menurut Doktor Siti, dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan kita turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda False Alarm :

1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.

2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.

3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.

4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.

5. Kantung air ketuban tidak pecah.


Tanda Awal Kelahiran

1.Penurunan paras rahim (lightening)

Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana :

-Symphisis pubis mengembang.

-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.

-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, ibu akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, ibu akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, timbul  juga rasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.


2. Kekerapan Membuang Air Kecil

Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, ibu perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala kita akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.


3. Penarikan Pangkal Rahim

Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.


Tanda Sebenar Kelahiran

1. Kontraksi

Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan


2. Sakit Belakang

Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.


3. Pendarahan

Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah Ketuban

Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.


5. Pembukaan Pintu Rahim

Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.

Semoga apa yang attiey share ni dapat berguna untuk anda semua. Teruskan membaca dan kutip pelbagai ilmu ye.

Haa...kalau nak Set Berpantang, boleh hubungi attiey juga. Baca testimoni ibu hebat yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee ni .

Boleh hubungi attiey untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

Sms/ Whatsapp/ Telegram : 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...