Adakah Semua Anak Yang Demam Berisiko Untuk Terkena Sawan?

Assalamualaikum

Tahun lepas adalah tahun yang agak merisaukan attiey kerana Raisha banyak kali sangat demam. Boleh kata setiap bulan mesti demam sekurang-kurangnya sekali.

Bila demam. bukan panas yang 37-38 drjah tu tau tapi 39 dan pernah tiba-tiba menggigil padahal sebelum tu elok je main lari-lari.

Susah hati dan kurang tidur tu perkara biasa bagi attiey dan suami. Bimbang kalau-kalau terkena sawan waktu kita tidur.


Persoalannya, adakah semua anak-anak yang demam ni berisiko untuk terkena sawan? 


Sawan yang berlaku ketika anak demam dipanggil sawan demam.

Sawan demam sebenarnya bukanlah satu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikan suhu badan atau demam yang bukan disebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atau ketidakseimbangan metabolik.

Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor.

Sawan demam ni biasanya boleh terjadi kepada anak-anak yang beumur dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.

Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak sawan?
Jangan panik !!
Tarik nafas dan cuba tenangkan diri seboleh mungkin untuk berdepan dengan situasi. Keadaan panik akan memburukkan keadaan.

Tempatkan anak–anak di kawasan yang selamat
Pastikan anak tidak berada berhampiran dengan almari atau perabot yang boleh mencederakannya sekiranya tertendang atau sebagainya. 

Letakkan anak anda dalam posisi mengiring disebelah kiri
Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak anak daripada tercekik sekiranya terdapat sesuatu di dalam mulutnya dan juga mengelakkan objek tersebut termasuk ke dalam rongga paru paru.
Objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan daripada paru paru kiri jadi tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanan.
Sekiranya anda dapat melihat sesuatu di dalam mulutnya dengan jelas, bolehlah cuba untuk mengeluarkannya dengan satu pergerakkan jari yang cepat ke dalam mulutnya, jika tidak berjaya, jangan cuba untuk menjolok jari anda atau meletakkan sebarang objek lain kedalam mulut anak yang sedang sawan.
Jangan sesekali memaksa anak yang sedang sawan untuk minum air.

Perhatikan “pattern” sawan dan tempohnya
Lazimnya sawan yang berlaku semasa sawan demam akan berhenti dalam beberapa minit.
Setelah sawan itu berhenti bawalah anak anda ke klinik yang terhampir untuk pemeriksaan kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada tubuhnya secara dalaman.
Sekiranya 5 minit telah berlalu dan sawan masih berterusan, teruslah membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor .
Memerhatikan sawan anak serta tempohnya dapat membantu doktor yang merawat dalam mendapatkan diagnosis yang tepat.
Walaupun sawan demam tidak merbahaya, doktor perlu memastikan sawan tersebut bukanlah disebabkan masalah lain yang lebih serius seperti radang selaput otak, gula terlalu rendah di dalam badan atau masalah ketidakseimbangan metabolik yang lain.

Bolehkah Sawan Demam Dielakkan?
Apabila anak kita demam, pastikan suhu badan mereka tidak terlalu tinggi. Sentiasa attach-kan anak dengan kain basah/lembap untuk turunkan suhu badan yang panas. Galakkan anak untuk minum air atau menyusu dengan kerap. 

Selalunya, attiey boleh bezakan kalau badan raisha terlalu panas atau panas biasa bila lihat pada warna bibir. Suhu yang sangat tinggi akan membuatkan bibirnya merah macam pakai lipstick. Yang ni memang attiey akan nervous sebab bimbang sangat.

Alhamdulillah, Raisha tak pernah terkena sawan demam ni. Mungkin kerana amalkan Performance Drink Shaklee yang dapat mengelakkan dari dehidrasi, so badan masih boleh bertahan.

Performance Drink ni membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.

Kebaikan Performance Drink Shaklee Untuk Anak Demam

1. Elakkan kehilangan cecair dalam tubuh dengan lebih cepat akibat suhu badan yang panas
2. Perfomance drink bantu turunkan suhu dalam tubuh
3. Anak cepat sembuh demam dan aktif
4. Juga dapat mengurangkan rasa pening dan sakit kepala anak demam
5. Sangat sesuai untuk anak yang sering demam dan memang kurang minum air putih
6.Sesuai diminum bila-bila masa untuk elakkan dehidrasi pada anak terutama cuaca panas

Performance Drink Shaklee Selamat Untuk Anak-anak Terutama Anak Demam

1. Performance Drink Shaklee kurang gula
2. Performance drink mengandungi sedikit natrium untuk tubuh menyerap air dengan lebih berkesan 3. Performance drink mengandungi lebih banyak elektrolit anak lebih cepat bertenaga
4. Sifat performance drink mengelakkan kehilangan bendalir dalam tubuh
5. Pelihara tahap gula dalam darah dan kekalkan tenaga tubuh
6. Performance drink tidak mengandungi sebarang bahan perasa, pewarna tiruan, pemanis dan tiada sebarang pengawet tambahan

Simpanlah satu kat rumah anda. In case anda atau anak atau pasangan yang demam, senang nak guna. Nak order contact attiey ok.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...