Bagaimana Memilih Warna Pakaian Yang Bakal Menyempurnakan Hari Kita?


Pernah tak bila pergi ke satu-satu even tapi rasa macam tak kena? Terlebih terang la, Terlebih gelap pun ada. kadang-kadang baju tu tak cukup ceria dan banyak lagi yang kita kurang selesa dengan penampilan kita. Apatah lagi orang yang memandang kita. Macam ada yang tak kenaaaa jek. Hehe


Warna pakaian ni dikatakan dapat mempengaruhi emosi dan aksi kita. Jadi  sebelum bersiap setiap pagi, luangkan masa sikit jer untuk menyelami perasaan anda dan apa yang anda ingin capai sepanjang hari.

Biru
Biru ni menyerlahkan luahan diri dan sifat tegas. Warna hening yang menggalakkan rasa harmonis walaupun dalam situasi di luar kawalan.

Hitam
Ia membangkitkan perasaan berwibawa dan berkuasa. Warna ni bukan popular je malah bergaya dan tak lapuk dek zaman.

Hijau
Warna yang merangsangkan kasih sayang, perasaan menyayangi diri sendiri dan kemesraan. Ia juga membantu mencapai keseimbangan.

Merah
Hurmmm..warna membara yang menjana diri kita ketika kita memerlukan tenaga tambahan. Wah, gitu! Ia juga membantu meningkatkan keyakinan diri serta keazaman.

Putih
Warna putih melambangkan kesucian dan kemurniaan. Dalam dunia korporat, kemeja putih mewujudkann penampilan yang segak selain membangkitkan keikhlasan dan profesionalisme.

Kuning
Saya suka kuning kerana kuning mendorong sikap positif. Pilihlah warna kuning jika rasa tak pasti, risau atau takut.

Jangan takut untuk mencuba pesona warna-warni ini dan ceritakan kepada orang sekeliling jika ianya membawa sebarang perubahan kepada anda.

Pssst....lagipun sekarangkan zaman colour block! Hehe.   

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. wah sekarang tengah pakai merah, warna membara ni, sedang elok tgh update blog hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...