Blog Archive

March 22, 2018

AWAS! Asap Rokok Beri Kesan Buruk Pada Kesuburan isteri

Mempunyai suami yang merupakan perokok tegar memerllukan kesabaran yang tinggi. Ego kaum lelaki menyebabkan mereka sukar menerima hakikat bahawa merokok boleh menjejaskan kesuburan suami. Ya, merokok akan menjejaskan kualiti dan kuatiti air maninya berkurangan.




Tabiat merokok memberi kesan yang sangat tidak bagus kepada sperma suami termasuk;



Beza sperma normal dan sperma cacat


  • Jumlah air mani dan kuantiti sperma berkurang hingga 20%. 


  • Mengurangkan keupayaan sperma tadi untuk berenang ke arah ovum isteri sebanyak 10%.


  • Sperma menjadi lembab kerana kelajuan dan keaktifannya berkurang.


  • Sperma yang normal semakin merosot. Banyak sperma yang cacat dan tidak sempurna.


  • Sperma cacat meningkat. Ia termasuklah sperma yang mengalami ekor tersimpul antara satu sama lain (coiled sperm).


  • Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.


  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.


  • Bahan kimia dalm rokok mengurangkan nutrien penting di dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.


Bagaimana ia mempengaruhi isteri?

Asap rokok yang disedut oleh isteri sama bahayanya dengan bahaya terhadap suami.

Ada laporan yang mendapati bahawa ia adalah LEBIH berbahaya jika disedut oleh orang selain perokok itu sendiri. Jadi, fakta yang perlu diketahui adalah taha kesuburan isteri juga berkurangan akibat secondhand smoking ini.

Tiba-tiba Suami Berhenti Merokok Tanpa Paksaan

Jadi kepada  para isteri di luar sana, jika anda mengalami masalah untuk hamil dan suami anda merupakan perokok, lakukan sesuatu. bantu suami anda berhenti merokok.

Cara Berhenti Merokok

`Spread the health`
Attiey M. Napi



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...