Blog Archive

November 5, 2017

Risiko Bagi Anda Yang Suka Berjaga Malam

Anda suka tidur lewat? Tapi kenapa anda tidur lewat? Mungkin anda rasa ia satu keperluan untuk tidur lewat kerana menyiapkan kerja yang dateline nya  sudah begitu hampir atau mungkin juga hanya kerana terbiasa tidur lewat.

Apa kesan jika selalu tidur lambat?


Cuba perhatikan keadaan tubuh anda sejak habit tidur lewat ini anda lakukan. Apa yang berlaku? Adakah tenaga anda ekkal pada momentum yang sama? Atau bagaimana tahap kesihatan pula?

Saya pun selalu juga tidur lewat. Maklumlah, kadangkala tak semua kerja boleh dilakukan ketika anak-anak masih belum tidur. Pilihan yang ada, kena tunggu anak-anak tidur. jawapannya, kerja saya hanya bermula jam 11 ke atas.

Anda tahu tak badan kita ni akan terkesan kalau kita jadikan amalan tidur lewat ni satu  sikap yang berpanjangan. Kenapa? Kita telah mendedahkan diri kita kepada risiko-risiko berikut.


1. Obesiti
Bila kita berjaga malam, kita akan mengalami tidur yang tak cukup. Ia  menjadi punca gangguan keseimbangan hormon utama yang mengawal selera makan, Tak hairan bila kita cenderung untuk berasa lapar pada waktu tengah malam menyebabkan kita  makan lebih dari yang sepatutnya. Senaman mungkin akan jatuh ke tangga bawah apabila kita kurang tidur dan memaksa tubuh jadi obes.


2. Stress
Tidur  yang cukup mempengaruhi daya tumpuan untuk berfikir. Bila kita berjaga malam, secara automatiknya menganggu daya fokus dan kemampuan berfikir serta membuat keputusan. Badan yang lemah mendorong kita jadi lebih cepat stress.


3. Kulit kusam
Tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak hormon stress kortisol apabila kita berjaga lewat malam. Hormon kortisol yang berlebihan akan meleraikan kolagen dalam tubuh, iaitu sejenis protin yang mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit. Hrm..mata panda dan kedutan halus kat sekitar mata memang cepatlah nampak. Kita mesti tak suka kan?


4. Penyakit berisiko tinggi
Antara penyakit yang berkait rapat dengan sikap tidur lewat adalah penyakit hati, serangan jantung, stroke (tekanan darah tinggi & kolestrol) dan kencing manis.

Beberapa kajian menunjukkan kaitan diantara tempoh masa tidur yang pendek iaitu kurang daripada 6 jam akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Proses hati juga terganggu kerana sekitar jam 11 malam hingga 3 pagi, hati membuang racun hasil metabolisme tubuh dan akan melakukan regenerasi sel-sel organ hati. Pada  waktu ini sebenarnya sangat disarankan untuk berhenti melakukan aktiviti dan sebaiknya beristirahat.


5. Mati mengejut
Pernah dengar kes seorang pelajar yang tiba-tiba meninggal kerana salur darah pecah? Setelah disahkan oleh pihak perubatan, ia merupakan kes aneurisme otak iaitu terjadinya pelebaran pembuluh darah pada otak. Sudah tentu ia tidak terkait secara langsung tetapi ia terkesan daripada stress, kolestrol tinggi dan gaya hidup yang tak sihat.


6. Nafsu seks menurun
Tekanan emosi dan tenaga yang tak mencukupi amat emmpengaruhi nafsu seks. Kajian yang dilakukan dalam tahun 2002, mengatakan ramai lelaki yang menghidap apnea tidur mempunyai kadar testosteron yang rendah berbanding biasa.


7. Penuaan lebih cepat
Ia berkait dengan hormon tumbesaran. Sewaktu kita muda, hormon ini menggalakkan pembesaran dan apabila usia semakin tua, ia menguatkan otor dan tulang serta menyihatkan kulit. Tabiat tidur lambat mengganggu hormon ini kerana ia dihasilkan ketika tidur sedang lena, dimana gelombang otak adalah perlahan ketika tidur. Ketika inilah berlaku pemulihan sel dan tisu tubuh, membaiki kerosakan tisu semasa kita berjaga sepanjang hari.


Anda rasa anda masih mahu teruskan aktiviti berjaga malam tak? Mungkin boleh dikurangkan sedikit demi sedikit.

Bagi yang memang tak boleh nak elak dan terpaksa berjaga, contohnya anda yang kerja shift malam, ada beberapa makanan tambahan yang boleh anda amalkan.


SR Vita- C
-membantu mengurangkan rasa stress
-membaiki dan menyokong  kulit agar awet muda.

DTX Complex
- membantu fungsi hati
- membantu meningkatkan jumlah enzim hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

B-Complex
- membantu melawan tekanan
- meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
- mengurangkan masalah keletihan mata dan meningkatkan daya pemerhatian

Omega Guard
- membantu menurunkan paras kolestrol
- bertindak sebagai anti keradangan
- mencegah penyakit salur darah dan strok
- mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

ESP
- mengurangkan kedutan
- membantu menghasilkan sel-sel baru yang berkualiti
- pembekal tenaga
- meningkatkan kualiti memori



 Berminat?


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084  (klik untuk wassap tanpa simpan nombor)

 Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...