KELANTAN ISYTIHAR WABAK H5N1 BENCANA NEGERI
RABU, 15 MAC 2017 - 2:34PM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my
KOTA BHARU: Kota Bharu: Kerajaan negeri mengisytiharkan wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1) yang melanda Kelantan sebagai bencana negeri, di bawah Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20). Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat EXCO di sini, hari ini, berikutan wabak berkenaan semakin merebak membabitkan 23 kampung di empat daerah, berbanding sebelum ini hanya dua daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata, menerusi MKN 20, semua agensi berkaitan akan digerakkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia terus merebak. "Wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah mengambil langkah awal sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu, di sini. "Dua daerah terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kota Bharu menjadi daerah paling tinggi iaitu membabitkan 18 kampung setakat ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Che Abdullah berkata, sehingga kini, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan membabitkan 129 premis sebagai langkah pencegahan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260289?m=1
Masa dapat info ni, teringat balik kisah 2010 dulu. Masa tu atiey kat HUSM lagi. Kebetulan tengah hangat dengan virus H1N1 dan topeng macam goreng pisang panas.
Satu hari tu, atiey dengan sorang lagi kawan tiba-tiba demam. Lenguh sangat badan dan tak tahu camne nak cakap. So kitorang pergi klinik staflah.
Cek suhu, 38 darjah celcius. Atiey ingat lagi doktor tu cakap.
"Badan awak sampai 38 pun awak masih relaks ye"
Ntahlah...mumgkin atiey dah biasa jenis menahan je. Tak reti nak mengeluh. Hihi.
Lepas tu doktor terus bagi topeng dan nasihatkan supata jangan ambk ringan. Kalau demam ni memang H1N1, macam mana? Dapat mc 5 hari dan ubat apa ntah.
So tak kiralah H5N1 @ H1N1, patuhilah saranan pihak kesihatan dan jauhi tempat-tempat yang tak sepatutnya kita pergi waktu tu.
Mencegah lebih baik dari mengubati.

No comments:
Post a Comment