Lagu raya belum berkumandang lagi tapi kedai-kedai semua dah penuh dengan pelbagai fesyen pakaian untuk raya. Lampu kelip-kelip bagai memang buat hati teruja nak balik kampung ekk.
Tapi dalam nak beraya tu, saya rasa ramai lagi ibu bapa yang belum beli pakaian anak-anak kan.. Selalunya yang suka beli last minute ni saje je nak rasa feeling raya katanya. Lagi bersesak-sesak lagi best. Huhu. Takdak anak kecik ok lagi tapi kalau nak diangkut sekali baby tu, make sure biarlah si kecil tu selesa dan tak rimas dan lemas dengan oarang ramai ye. Ciaannnn baby.
Ada beberapa tip yang saya nak kongsikan dengan anda sebelum membeli baju raya untuk anak-anak.
1- Kenalpasti Bajet
Biasanya abi Raisha adalah orang pertama akan tanya tentang bajet bila nak keluar beli apa-apa. So, dalam hal baju raya pun tidak terkecuali. Bukan berkira tapi bajet ni penting sebab bila kita tetapkan had belanja atau had harga, biasanya kita akan lebih berhati-hati. Lagipun, lepas raya nanti tetap memerlukan belanja lain jugakan.
2- Bawa Anak Bersama
Pastikan anda tidak melakukan ke yang sama berulang kali. Jika tiada halangan, bawakla anak ke kedai untuk pilih pakaian bersama-sama untuk mengelakkan tersalah pilih saiz atau tersilap warna (biasanya bab warna ni anak-anak tak kisah sangat kan). Kalau tersilap warna, boleh pejam mata tapi kalau salah saiz memang tak boleh nak ditolong. Huhu
3- Beli Secara Tunai
Masa-masa perayaan ni biasanya kita jadi rambang mata. Nak tukar itu, tukar ini. Beli baru, ganti yang lama. Walau apa pun hasrat, elakkan dari menggunakan kad kredit. Belilah pakaian anak-anak secara tunai. Selaian dapat mengawal aliran tunai, secara tak lansung mendidik kita supaya berdisiplin.Lagipun baju kanak-kanak tidak perlu mahal sangat sebab mereka tidak memandang pada jenama lagi kecuali dididik sebegitu.Opss..hehe.
4- Kesesuaian Masa dan Praktikal
Perkara utama saya akan fikir bila memilih baju anak ialah sama ada baju tu boleh pakai atau sesuai tak untuk dipakai selepas raya?
Bagi anak lelaki, jika tidak gemarkan
sepasang baju melayu, belilah bajunya saja dan kenakan dengan seluar
biasa. Selepas Hari Raya, bajunya boleh dipakai untuk solat Jumaat
manakala seluarnya boleh dikenakan dengan baju lain.
Bagi anak-anak perempuan, pelbagai fesyen
raya dijual di luar sana, namun belilah sesuatu yang praktikal dan
boleh dipakai diluar hari perayaan juga. Juga, pesankan pada anak-anak
agar lebih kreatif dan tidak terikat serta terikut dengan fesyen raya
kerana trend akan sentiasa berubah menyebabkan pemakaiannya terhad.
5 - Fabrik
Kanak-kanak amat lasak, jadi pilihlah fabrik yang tahan serta mudah
dicuci. Dalam cuaca Malaysia yang sentiasa meningkat suhunya, timbangkan
juga jenis fabric yang membenarkan peredaran udara dan tidak panas
seperti kain kapas. Pastikan juga warna baju yang tidak mudah luntur
selepas dicuci.
6-Keselesaan
Keselesaan ketika memakai sangat penting. Ini menentukan berapa lama
anak-anak akan bertahan memakai baju raya mereka. Elakkan terlalu
mengikut fesyen raya dan kurangkan hiasan-hiasan pada baju bagi
kanak-kanak. Keadaan mereka yang lasak mungkin menyebabkan hiasan tidak
kekal lama.
7- Umur
Bagi anak-anak kecil yang sedang membesar, pastikan anda membeli satu saiz lebih besar. Dengan ini baju raya yang dibeli dapat bertahan lebih lama walaupun saiz badannya bertambah. Ingat ek..satu saiz lebih besar tapi jangan sampai terlalu besar.
Bagi saya, penting juga untuk kita buat sedikit survey sebelum betul-betul beli. Contohnya, ada baiknya kita cari di tempat yang kita sedia tahu harganya jauh lebih murah tetapi kualiti yang lebih kurang sama. Tak salah untuk berjimat kan? Selamat berpuasa :)
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment