Skip to main content

Mengapa Vitamin C Shaklee Menjadi Vitamin Pilihan Ramai Untuk Kesihatan Optimum

VITAMIN C atau juga dikenali dengan nama asid askorbik ialah nutrien bersifat larut air dan diperlukan tubuh bagi pertumbuhan sihat. Tanpa vitamin ini, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul dan mengancam imuniti badan.

Berikutan sifatnya yang larut air, vitamin C perlu diambil setiap hari dalam jumlah yang sesuai bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana kekurangan nutrien itu dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan penyakit skurvi yang menyumbang kepada pendarahan gusi, pendarahan di bawah lapisan kulit serta keletihan melampau.

Sumber vitamin C datang daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya zat berkenaan termasuk brokoli, strawberi, oren, jus limau, betik, kailan dan kubis.
Kebaikan vitamin C pada kesihatan tidak dapat disangkal dan ia bukan saja menyumbang kepada meningkatkan pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit biasa, malah diperlukan bagi pengeluaran kolagen iaitu struktur utama protein yang ditemui dalam tisu penghubung.

Dos sesuai vitamin C yang diambil setiap hari mampu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, selain meningkatkan keupayaan tubuh untuk memperbaiki luka dengan lebih pantas.Seiring dengan meningkatkan imuniti tubuh, vitamin C juga mampu melawan jangkitan bakteria, virus dan penyakit berjangkit, selain mempunyai sifat antihistamin yang berkesan dalam mengurangkan ketidakselesaan yang wujud akibat selesema biasa termasuk radang, hidung tersumbat dan lenguh badan.

Vitamin C juga ialah antioksidan yang berkesan dan mempunyai kuasa yang besar dalam melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksida pada tubuh.Tekanan berkenaan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti aterosklerosis yang menyumbang kepada penyakit jantung dan serangan angin ahmar serta mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, mulut, tekak, kolon, perut dan esofogus.

Kebaikan vitamin C tidak terhenti di situ, sebaliknya ia mampu meningkatkan semula bekalan vitamin E yang juga antioksidan penting untuk tubuh.Pengambilan vitamin C secara teratur dan dalam dos yang dicadangkan pakar kesihatan juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular.

Zat penting itu mampu memastikan pembukaan sempurna salur darah yang boleh menghalang masalah aterosklerosis, kolesterol tinggi, kerosakan jantung dan kesakitan dada akibat kekurangan darah yang dipam pada jantung.

Vitamin C juga mampu mengurangkan kandungan plumbum dalam darah secara mendadak terutama pada kanak-kanak yang hidup di kawasan bandar. Ini kerana kajian mendapati toksik plumbum mampu menyumbang kepada masalah sikap dan pertumbuhan seperti rendah IQ dan lemah pembelajaran yang mungkin disebabkan kerosakan pada buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, mata juga memerlukan vitamin C untuk berfungsi pada tahap optimum dan kekurangan vitamin C boleh menyumbang kepada risiko katarak yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Selain daripada diet makanan, vitamin C boleh diambil dalam bentuk makanan tambahan bagi memberi dos yang cukup untuk mengekalkan kesihatan diri.

Kesimpulannya, vitamin C mampu memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh dan kekurangannya menyebabkan kesihatan terganggu, terutama pada zaman di mana semua orang sibuk dan terkejar-kejar menyiapkan segala tugas hingga terlupa untuk mengambil makanan seimbang, begitu juga kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur atau buah.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda - tanda Jahitan Episiotomi Anda Terbuka dan Komplikasinya

Jahitan terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.


Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu. Tempoh yang memberi risiko untuk jahitan itu terbuka adalah dalam dua minggu selepas bersalin dan ianya hanya jika tidak dijaga dengan teliti.


Menurut Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang, Dr Khairiah Seman menyatakan bahawa kebanyakan kes jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.


Tanda-tanda Jahitan Terbuka

Ibu akan berasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. Seingat Atiey, sakit akibat episiotomi hanyalah sekitar 2  hari sahaja. Jika kesakitan tu berlarutan, mungkin jangkitan kuman dah berlaku. Jumpa doktor segera untuk pastikan adakah jahitan tu dah terbuka atau sebaliknya.

Sekiranya ada tanda-tanda seperti bengkak, merah, bernanah atau keluar apa saja…

Cara Makan Sustained Release Vitamin C Yang Betul dan Selamat Supaya Lebih Berkesan

Berapa biji sepatutnya pengambilan vitamin c kita setiap hari? Pernah tahu tak atau cukup sekadar makan sebiji oren sehari je?

Kalau ikut saranan dari FDA, kita memerlukan 75mg vitamin c setiap hari untuk mantain kesihatan.

Bagaimana nak dapatkan bekalan vitamin c yang optimum? Kalau nak tahu, vitamin c ni sensitif pada suhu panas tau. Buah yang duk ada kat pokok dengan buah yang kita dah petik tu pun dah berbeza kandungan vitamin c nya. Sangat sensitiflah.

Sebab tu saya suka untuk syorkan supaya kita amalkan Sustained Release Vita-C Plus ni.

Sebotol mengandungi 180 tablet.
Satu tablet pula mengandungi lebih kurang 1000mg dan berat satu tablet adalah 992mg.


Tadi kata FDA sarankan ambik cuma 75mg. Tapi ni dah sampai 1000mg satu tablet. Tak lebih ke?


Ok, sebenarnya dalam satu tablet tu Absorbic Acid hanyalah 500mg manakala selebihnya adalah Bioflavonoid untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Tapi 500 mg masih banyak kan.


Vitamin C Shaklee ni diformulasikan dengan teknologi pe;epasan sec…

Air Kencing Berbuih? Ketahui Cara Kawal Protein Dalam Urin

Assala,mualaikum

Hari ni dah berapa kali u'olls buang air kecil? Pastikan minum air masak secukupnya untuk melancarkan proses pembuangan air kecil tau.

Apasal tanya pasal air kecil pulak ni kan..

Sebelum terhasilnya air kencing (atau air kecil), dah jadi tugas buah pinggang kita untuk menapis cairan tubuh dan nutrisi termasuk protein sama ada untuk dikeluarkan melalui urin atau disimpan.

Umumnya, molekul protein adalah lebih besar namun adalah normal jika sesekali terdapat dalam urin kita.

Namun, sekiranya berlebihan ia adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal/saluran tertentu. Apabila terjadinya perkara ini, langkah seterusnya perlu diambil iaitu dapatkan rawatan.

Bagaimana nak tahu sama ada protein dalam urin kita tu normal atau berlebihan?

Pernah dengar air kencing berbuih? Ya, itu adalah antara petanda bahawa terdapatnya protein yang berlebihan dalam urin anda.

Apa penyebabnya?
-Masalah berkaitan  buah pinggang
-Diabetes
-Hipertensi
-Masalah jantung yang…

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Mudah Pening dan Mudah Pitam Tanpa Perlu Makan Hati Lembu ?

Pernah tak rasa macam nak pitam atau pun pening bila nak bangun lepas duduk lama sangat. Kadang-kadang bila tundukkan kepala dan angkat dengan cepat?


Agak-agakla kan....kenapa jadi camtu ek? Rasa cam gelap mata sekejap.. Ada kaiatan dengan masalah kesihatan ke?


Biasanya bila jadi camtu, rata-rata kita anggap tu benda biasa je dan selalunya takkan berpanjangan. Betul tak? Tapi, sebenarnya kita kena tahu bahawa perkara yang kita anggap biasa tu boleh mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana ia sebenarnya  menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah. Jika kita mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Macam mana nak tahu tekanan darah kita rendah ke tak? Selalunya kita akan periksa tekanan darah kan. So, kalau salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut, makan maks…

Bagaimana Cara Banyakkan Susu Badan Sampai Melimpah Ruah Meriahnya?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ada tak ibu-ibu di luar sana yang tengah susah hati sebab rasa macam susu badan tak cukup untuk anak sedangkan anak baru nak masuk 2 bulan.. Tak lama lagi dah nak naik kerja (bagi yang keje la)..Hurm...kalau boleh nak bagi ekslusif breast feeding la kan...


Sebenarnya, persediaan untuk menimang cahaya mata perlu seiring dengan keterujaan untuk memberi bayi anda menikmati susu badan yang sangat berkhasiat. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada bayi bahkan juga kepada ibu sendiri.


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Untuk memastikan si kecil benar-benar memperolehi segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya secara ekslusif tanpa dicampur dengan makanan atau minuman lain sehingga bayi berusia 6 bulan.Kemudian diteruskan sehingga bayi mencapai 2 tahun.
Kebaikan Susu Ibu Untuk bayi: Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi andaIa mengandungi nutrien d…