Cara Paling Senang Untuk Banyakkan Susu Badan

Menjadi kepuasan hati setiap ibu yang melahirkan untuk menyusu bayi dengan susu badan sendiri. Dahla mudah tak perlu bancuh, tak juga risau akan masalah kebersihan sebab susu ibu ni fresh dan tak terdedah pada kotoran.

Mungkin ada pendapat yang mengatakan payudara ibu juga mempunyai bakteria dan perlu dilap serta dibersihkan namun ada kajian yang menunjukkan bahawa payudara ibu adalah bersih secara semula jadi. Maka tak perlu nak dibasuh atau lap sebelum diberi kepada bayi kecuali hanya pada waktu mandi.

Semasa mandi, cukup sekadar bersihkan puting dan bahagian aerola untuk mengelakkan terjadinya kerak dan saluran susu tersumbat. Cukup sekadar menggunakan air bersih tanpa sabun ye.

Jadi, bagaimana nak banyakkan susu badan?

Susukan bayi terus dari payudara ibu
Payudara kita dicipta dengan begitu istimewa sekali. Apabila ia mengesan bayi meminum secara langsung dari badan, maka signal akan dihantar ke otak ibu untuk merangsang payu dara kita menghasilkan lebih susu.

Bagi ibu yang bekerja, lakukan pada waktu malam kerana selagi ada permintaan, selagi itu susu akan dihasilkan.

Ketika ibu berada di tempat kerja, pam susu sehingga kosong untuk memberi signal terdapat permintaan yang berterusan.

Elakkan susu formula
Seboleh-bolehnya elakkan menyimpan susu formula di rumah untuk mengelakkan pergantungan ibu terhadapnya. Sekiranya tiada susu formula, ibu akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan usaha membanyakkan susu.

Bila bayi dah mula rasa susu formula, permintaan kepada susu ibu menjadi kurang. Bayi akan cepat kenyang dan lebih tidak mahu menerima rasa susu yang berbeza.

Perhatikan cara bayi menelan
Hal ini penting sebab jika bayi hanya metakkan bibir di aerola tetapi tidak menelan, besar kemungkinan lekapannya tidak betul. Kemungkinan juga bayi tidak pandai menghisap.

Tidur bersama bayi
Hubungan dari kulit ke kulit membantu bayi untuk menyusu dengan selesa dan merangsang susu ibu menjadi lebih banyak. Ibu juga akan lebih selesa namun ambil langkah keselamatan juga khuatir sekiranya bayi lemas.

Minum banyak air
Pastikan pengambilan air putih 3 Liter sehari bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu memerlukan banyak air. Hampir separuh keperluan air dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi. Oleh itu kekurangan air, akan menyebabkan penghasilan susu ibu merudum. jangan lupa minumlah air kosong, air susu atau jus buah. Ibu perlu mengelakkan air berkarbonat dan berkafein tinggi.
 
Bantuan supplemen penyusuan
Ibu yang menyusu akan lebih cepat rasa letih, lesu, lapar dan tidak bermaya. Ini kerana dalam masa yang sama badan ibu berkongsi khasiat dengan bayi. Oleh sebab itu, ibu perlu  memastikan kalsium yang diambil tidak kurang dari 1000mg sehari. Kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang boleh mengundang masalah sakit sendi dan tulang.





Untuk sumber kalsium, saya cadangkan Osteometrix. Kalsium ni penting juga untuk gigi tau. Pastikan ibu mengambil multivitamin (Vitalea), Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan, imunisasi dan tenaga. Apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti.

Biasa dengar milk booster? Saya memang puas hati amalkan Alfalfa Complex semasa menyusu dulu. Susu lebih pekat dan bayi lebih kenyang.

Semangat yang kuat
Tak dinafikan, dalam tempoh menyusu memerlukan semangat yang cekal dan tinggi. Bukan sahaja untuk ibu terus memberikan yang terbaik untuk bayi tetapi cekal dalam menangani pendapat dan kata-kata sesetengah orang yang mungkin boleh melemahkan semangat ibu.

Selamat mencuba dan usah cepat berputus asa ye. Bila menyusu ni, berat badan ibu juga senang turun.

Saya doakan kejayaan  ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak secara ekslusif dan seterusnya hingga 2 tahun.

Semoga bermanfaat.

Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...