5 Petua Dicinta Si Dia Hingga Hujung Nyawa



Assalamualaikum
Apa macam tajuk? Tak leh blahh kan..hihi. tapi betul ni. Atiey nak kongsi petua bagaimana nak buat si dia terpikat ngan kita sepanjang masa.

Petua ni seeloknya di amalkan oleh semua isteri ye. Bagi yang belum kahwin lagi, sematkan dalam hati untuk hadiahkan layanan sebegini hanya untuk suami sahaja kerana yang pasti suamilah yang berhak untuk menerima apa yang terbaik dari kita. Bukan kekasih atau sape-sape. kenapa? Kerana kadang kala kekasih belum tentu sampai ke jinjang pelamin.

Jika yang membaca ni adalah kaum lelaki, panjang-panjangkan ilmu ni dengan share kat fb isteri ye. Yang pasti, perkahwinan bukan hanya usaha sebelah pihak sahaja untuk menjadikannya rukun dan damai. Bersama-sama lah ye.

1. MILIKI IMPIAN YANG SAMA
 Bila bercakap soal impian, ada yang fikir sukar untuk suami dan isteri sentiasa sepakat atas setiap keputusan kerana boleh jadi perbezaan di sana sini.

Namun, cuba fikir semula. Pasti ada satu perkara yang mana matlamat keduanya adalah SAMA. Contohnya impian untuk memberikan pendidikan hebat untuk anak-anak atau impian untuk membalas jasa ibu bapa sebaik mungkin.

Walaupun begitu, apa jua perbezaan yang ada ( cara dan kaedah) , berlapang dadalah asalkan matlamat tetap satu iaitu mendapat kebahagiaan cinta.

2. SEDIA BERUBAH UNTUK SELALU JATUH CINTA
 Zaman pasti berubah dengan cepat. Begitu juga perasaan suami isteri yang mungkin akan berubah atas faktor tertentu. Tetapi, ingatlah bahawa tiada pantai yang tidak dipukul ombak. Cewahhh! Setiap perkahwinan pasti akan teruji tetapi atasilah dengan baik dan cari puncanya bukan menjauhkan diri. Mengapa suami begitu dan begini? Jawapan pasti ada. Mungkin kerana sibuk dan kurang sentuhan kerana aktiviti sendiri-sendiri, maka bibit jurang mula timbul.
Bila dah tahu punca, fikirkan bagaimana cara untuk kembali menjalin cinta. Kembali memikat dan dipikat. Bagaimana membuat pasangan kembali jatuh cinta kini dan selamanya. Jangan putus asa untuk berusaha!

3. LEBIH SABAR DARI PASANGAN
 Tahun-tahun awal perkahwinan adalah sangat menduga kesabaran sesetengah pasangan kerana kedudukan ekonomi yang belum kukuh, kejutan untuk memahami sikap pasangan dan sebagainya.
Buktikan cinta anda kepada pasangan dengan menunjukkan kesabaran anda mendampinginya di kala susah dan senang. Kesabaran adalah modal utama seorang isteri, menyiapkan keperluan suami dan mentadbir rumah tangga bukan peranan biasa yang boleh dikutip di tepi jalan.Wow!Betul ni.
Jika ada yang tertanya kenapa perlu sabar, cuba fikir apa terjadi apabila isteri hilang sabar?
Pastinya suami akan tercabar, anak-anak pula akan tercalar jiwanya. Jom para isteri, kita lebihkan sabar.
(Tidak termasuk kes-kes berat yang berlaku dalam rumah tangga ye. Kalau ada kes penderaan, tolong laporkan cepat2 ok).

4. ABAIKAN SESUATU ATAU SESEORANG DEMI SI DIA
Jadikan si dia orang yang paling penting di mata anda. Abaikan kerja rumah atau pejabat jika bersamanya. Libatkan si dia dengan apa jua perkara yang dia suka untuk dilibatkan. (Ada bab yang suami tak suka buat kan?. hehe)

5. CIPTAKAN SUASANA TENANG PADA JIWANYA
Tiada ketenangan yang sebenar-benarnya di dunia ni kecuali apabila seorang hamba mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, mencintai dan dibalas cintanya. Dan tiada cinta yang diredhai Allah yang akan mengalirkan ketenangan pada jiwa manusia melainkan cinta suami kepada isterinya. Para isteri, jom hayati peranan sebagai pemikul amanah dariNya untuk sentiasa menciptakan suasana tenang kepada suami tercinta.
Tak dinafikan ada masa-masanya isteri sibuk dengan urusan anak-anak hingga rumah tunggang langgang, banyak kerja rumah tertangguh dan sebagainya. Namun cubalah sedaya upaya kita untuk tidak meletakkan ianya sebagai punca kita gagal menjadi penenang kepada suami.

Ok, Atiey bukanlah pakar dalam hal rumah tangga tapi Atiey hanya berkongsi sedikit ilmu yang ada. Jika timbul persoalan dan masalah antara pasangan anda tak kira suami atau isteri, bawak berbincang dan jangan letakkan emosi di tempat paling atas. Sekali lagi, ikhlaskan hati mencintai pasangan kita dan tak perlu untuk berkira soal tugas siapa dan siapa. Jika suami boleh laksanakan, ringan-ringankan tulang anda membantu ok.

 PSSSSTT!

Atiey ada jual Vitamin Cinta...

 

Nak tahu lanjut, contact atiey ye... untuk pasangan berkahwin sahaja tau...hehe

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...