Makanan Yang Boleh Menambah Susu Badan

 Kaedah paling berkesan untuk menambah dan membanyakkan susu ibu ialah dengan stimulasi – kerap menyusukan dan kerap mengepam. Namun sejak zaman-berzaman, sesetengah makanan dipercayai membantu untuk menambahkan susu badan.

Zaman purba tatkala pam susu belum dicipta dan ibu-ibu tak keluar bekerja pun penggunaaan milk booster atau galagtogue dah ada.

Jadi, di samping mengepam dan direct feeding, apakah makanan yang ibu menyusu patut ambil untuk membantu banyakkan susu?

1. MAKANAN YANG TINGGI PROTIN

Protein adalah antara komponen terbesar dalam susu ibu. Jadi untuk penghasilan susu yang lebih sihat dan berkualiti (hakikatnya susu ibu memang high quality, jadi kita upgrade lagi), tingkatkan pengambilan protein dalam diet harian. 2. MAKANAN YANG TINGGI BETA KAROTENA

MOBI Motherhood International mengkelaskan beta karotena sebagai salah satu sumber penting dalam laktasi. Jadi banyakkan mengambil sayur dan buah yang berwarna oren dan merah. 3. MAKANAN YANG TINGGI SERAT

Makanan berserat tinggi membantu tubuh kita untuk mendapatkan kalori yang diperlukan dalam penyusuan. Bukan itu saja, untuk elakkan sembelit juga. 4. MAKANAN YANG TINGGI KALSIUM

Kalsium bukan saja diperlukan untuk penyusuan tapi juga untuk bekalan kalsium ibu kerana wanita mengalami penyusutan kalsium semasa haid, mengandung dan menyusu. Pendek kata, ibu menyusu harus menjaga pemakanan… Kita adalah apa yang kita makan. Jadi makanlah yang baik2 untuk yang tersayang, agar si manja dapat yang terbaik dari tubuh kita :)


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Diet yang sihat memang penting bagi wanita yang menyusukan badan. Di samping itu, bagi mengelak ketidakseimbangan hormon yang boleh mengganggu penghasilan susu badan, seseorang wanita juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak terdedah kepada tekanan emosi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...