Tip Bagi Suami Isteri Menegur Antara Satu Sama Lain

Dalam rumahtangga, perselisihan faham itu perkara biasa. Cuma yang membezakannya adalah cara penerimaan dan kaedah pasangan memberi respon terhadap perbezaan fahaman dan pendapat sesuatu perkara.

Sebelum itu, kita perlu sedar setiap pasangan itu terdiri dari dua individu yang lahir dari dua dunia berbeza, mungkin. Dua corak hidup dan cara membesar yang tak sama. Atau mungkin dari dua prinsip keluarga yang berlainan. Tapi tidak mustahil juga untuk dua individu yg serupa tempo, serupa prinsip dan sama fikrah juga. Itu Alhamdulillah.

Namun, berbalik kepada persoalan pertama. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai perbezaan pendapat, berbincanglah kerana hanya dengan melalui perbincangan, setiap kekeliruan boleh terungkai.

Walaubagaimanapun, cara dan lenggok bahasa haruslah dijaga supaya tiada pergaduhan berlaku sepanjang perbincangan tersebut dan hasilnya dapat memuaskan hati kedua belah pihak.

Di bawah adalah beberapa cadangan dan tips bagaimana untuk memastikan teguran itu boleh diterima dengan baik.

1- Bagi pasangan yg beragama islam, pastikan anda dalam keadaan berwudhu.

2-Niatkan dalam hati menegur untuk kebaikan bersama. Bukan untuk tujuan lain.

3- Ikhlaskan hati dan bersedia untuk turut sama menerima teguran.

4-Dalam menegur, sejauh mungkin elakkan dari membuat perbandingan antara pasangan kita dengan orang lain. Ini dapat melukakan hati pasangan.

5- Setelah selesai, beri masa untuk pasangan berfikir dan membuat penilaian sendiri. Ingat, pasangan kita adalah manusia biasa yg punya hati dan perasaan serta emosinya juga. Normal jika pasangan diam seketika.

6- Fokuskan teguran untuk perkara yg ingin ditegur dulu. Elakkan mengungkit benda-benda lama yang tiada kaitan yang boleh mengundang pergaduhan besar.

7-Menurut D. FADHILAH Kamsah, digalakkan puji dulu sebelum tegur.

Diharapkan tip-tip diatas boleh membantu dan semoga rumah tangga anda lebih harmoni setelah sesuatu perbincangan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...