Blog Archive

March 16, 2017

Penawar Demam Denggi

Virus Denggi dibawa oleh nyamuk  betina yang telah dijangkiti.Secara tepatnya oleh 2 jenis nyamuk iaitu Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. 

Apabila ia menghisap darah manusia, ia memindahkan virus tersebut ke dalam badan manusia melalui air liurnya.

Apa yang kita tahu, simptom demam denggi hanya akan dikenal pasti selepas beberapa hari ia memasuki badan seseorang. Tonton video di bawah ni untuk dapatkan pandangan jelas bagaimana virus ini menyerang tubuh manusia.






Demam denggi ada beberapa jenis dan bukan semuanya boleh mengancam nyawa. namun perlu dipantau dan tidak boleh dibiarkan.


Demam denggi boleh dilihat dalam 4 bentuk iaitu; 



(1) Denggi dengan demam biasa

Demam denggi jenis ini merupakan yang paling kerap berlaku dengan simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan selama satu hingga dua hari sahaja. Pesakit juga tidak mengalami tanda-tanda lain demam denggi klasik dan kebiasaannya pesakit sendiri tidak mengetahui dirinya dijangkiti virus denggi.

(2) Demam denggi klasik

Pesakit yang menghidap bentuk demam denggi ini akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan boleh mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan di samping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Rasa mual, muntah- muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit pula adalah antara simptom denggi yang sering diabaikan pesakit dan dianggap sebagai masalah kesihatan biasa. Pesakit juga akan mengalami ruam kemerahan dan gatal-gatal yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam.



(3) Demam denggi berdarah (DDB)

Demam denggi jenis ini menjadi antara penyakit paling digeruni tetapi ia sebenarnya jarang berlaku dan hanya lima peratus daripada pesakit DDB yang meninggal dunia. Malangnya, ia juga lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan golongan muda akibat jangkitan berulang virus denggi dari jenis yang berbeza. Pesakit biasa mendapat DDB antara hari ketiga hingga ketujuh demam, bermula dengan tanda pendarahan pada gusi, hidung, mata, kencing berdarah, najis berdarah (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk berdarah dan pendarahan pada kulit (bintik hitam atau lebam).


Pesakit juga mungkin mengalami pendarahan dalaman dengan tanda takungan darah dalam abdomen atau lapisan pleura paru-paru. Ini berlaku akibat saluran darah yang lusuh (darah keluar ke tisu, pleura dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Selain itu, saluran darah kecil yang pecah dan kandungan platelet menurun juga boleh menyebabkan perdarahan, sama ada yang ringan atau berat.


DDB bukan sahaja boleh menyebabkan maut akibat pendarahan luaran malahan boleh membunuh akibat renjatan hasil pendarahan dalaman yang sukar dikesan. Semua pesakit denggi berpotensi membentuk DDB walaupun jika dijaga dengan rapi berikutan tindakbalas antibodi badan. DDB juga boleh dipecahkan lagi kepada empat gred mengikut simptom jangkitan seperti:


* Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian tourniquet yang positif (menunjukkan pendarahan berlaku)

* Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)

* Gred 3: Tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi laju/lemah, tekanan darah rendah, kulit lembap/sejuk)

* Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.


(4) Sindrom Kerenjatan Denggi (DSS)

DSS juga sama dengan gred 4 DDB. Bentuk demam denggi ini sebenarnya yang paling bahaya dengan kadar kematian yang amat tinggi akibat renjatan (shock) hasil kehilangan cecair darah (pendarahan) ke dalam organ seperti paru-paru, perut dan kulit. Badan pesakit dengan DSS biasanya kelihatan seperti mengembang, dengan tanda-tanda DDB yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak.


Semua simptom DSS boleh muncul selepas tiga hingga enam hari demam bermula. Suhu badan pesakit akan berubah dengan tiba-tiba, dari amat panas kepada suhu bawah normal, bacaan platelet jatuh mendadak dan paling penting, tekanan darah amat rendah sehinggakan gagal mendapatkan bacaan. Sakit tulang atau tulang belakang yang dirasakan seperti hendak meletup juga merupakan simptom biasa bagi semua peringkat demam denggi kecuali denggi dengan demam biasa. Antara petanda awal DDB mungkin berkembang kepada DSS adalah:


* Sakit perut (abdomen) yang teramat sangat dan berpanjangan, muntah berterusan.

* Perubahan suhu badan secara tiba-tiba dari demam kepada hipotermia, disertai peluh dan kelesuan, rasa gelisah dan cemas.

* Jangkitan pada otak dan saraf pula boleh menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher.

* Jangkitan hati pula akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.




Terdapat pelbagai usaha sama ada secara alternatif atau klinikal untuk membantu pesakit denggi agar kembali sihat.

Di hospital, pesakit akan disalurkan cecair melalui tiub di tangan (dengan bahasa mudah) untuk mengelakkan terhidrat dan menegkalkan cecair dalam badan. Biasanya ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.


Ada juga yang berusaha dengan 
  1. Sup ketam
  2. Jus daun betik
  3. Air isotonik
  4. Jus kurma 


Bagaimana Supplemen Membantu Pesakit Denggi?

1. Performance Drink
Performance drink merupakan minuman elektrolit  yang membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 

Ia juga baik untuk sistem neuromotor ( tindakbalas saraf dan otot)

Semasa diserang demam denggi, pesakit akan mengalami demma tinggi dan ini akan menyebabkan tubuh pesakit terhidrat. Fungsi Performance drink adalah mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan dan melembabkan kulit.



2. Nutriferon
Nutriferon merupakan supplemen yang sangat penting semasa demam denggi kerana ia merupakan interferon yang mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semula jadi tubuh berfungsi dengan lebih kuat.

ia juga dikenali sebagai imun booster.



3. Vitamin C 

Pengambilan vitamin c sewaktu demam denggi adalah bagus untuk menyokong sistem imun tubuh dan membina sel darah merah yang sihat, memnbantu sel darah putih menetang bakteria dan kuman serta mengekalkan kapilari darah yang sihat. pengambilan sewaktu demam denggi perlu mendapat konsultansi khusus untuk  dos yang sesuai.


4. ESP


Kenapa kena ambik protein semasa demam denggi? Jika anda pernah lihat pesakit demam denggi, mereka seakan tidak berdaya dan kepenatan dek kesakitan sendi yang merupakan simptom demam denggi.

Ada yang hilang selera kerana virus tersebut memberi kesan kepada hati dan ada yang mengadu pedih ulu hati. ESP membantu memberi tenaga kepada mereka sebagai alternatif  kepada makanan berat. Boleh juga diambil untuk alas perut.

ESP membantu tubuh untuk meyimpan  zat dan mineral yang terkandung dalam hidangan yang dimakan oleh pesakit. Ini membantu tubuh untuk lebih kuat.



TESTIMONI 


Banyaknya...


Oklah...kita pun faham. Bila sakit ni, kalau boleh nak yang simple tapi terus sembuh kan.
Apa kata minum Vivix .


 




SMS/ Whatsapp: 0139218084
Attiey Mohamad


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. 

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...