Waktu zaman kita kecil dulu, mungkin kitapun kurang menitik beratkan soal kebersihan ketika bermain. Yelah, masa zaman kanak-kanak kita hanya ingin berseronok dan "explore" apa yang ada depan mata. rasa ingin tahu yang tinggi memang menjadikan kita seorang yang banyak akal dan aktif.
Sama jugak dengan anak-anak kita. Cuma keadaan dan situasi kita dahulu dengan anak-anak zaman sekarang tak boleh disamakan. Ini atas faktor pencemaran dan risiko kesihatan. Yelah, sekarang ni udara tak sebersih dahulu dan redikal bebas semakin tinggi. Kalau dulu makanan yang kita makan tu memang dah confirm boleh dimakan tapi sekarang ni kena pilih-pilih juga. Ada yang dah diubah secara genetik dan ada yang tercemar dengan racun perosak secara berlebihan.
Jadi, penting sangat untuk kita bersihkan apa jua makanan sebelum kita hidangkan kepada anak-anak. Macam tu juga dengan sayuran. Rendam dan bersihkan betul-betul. Selain bersihkan sayur, bersihkan juga pasir-pasir yang melekat. Risau kalau-kalau ada telur cacing yang melekat. Telur cacing yang melekat di tanaman akan memasuki usus manusia yang memakan makanan yang tidak dibasuh atau dimasak dengan sempurna.
Dah masuk bab cacing ni, suka nak ingatkan. Awasi anak-anak supaya meminum air yang bersih dan dimasak. Telur cacing juga boleh disebarkan apabila meminum air yang tak dimasak contohnya air paip.
Macam mana nak tahu nak kita tu dijangkiti cacing atau tak?
Kesan jangkitan bergantung kepada berapa banyak cacing yang berada di dalam tubuh manusia. Jangkitan yang sedikit mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda tertentu.
1.Jangkitan yang banyak boleh menyebabkan gangguan pada usus contohnya cirit-birit, sakit perut, lemah dan lesu, kurang selera makan serta gangguan tumbesaran atau pembelajaran.
2.Jangkitan cacing kerawit pula boleh menyebabkan pucat akibat kekurangan darah.
3.Jenis cacing yang berbeza menyebabkan masalah-masalah tertentu contohnya jangkitan cacing gelang menyebabkan kekurangan nutrisi, vitamin dan protein.
4.Komplikasi seperti usus tersumbat boleh berlaku pada jangkitan yang teruk. Larva cacing kadang kala berhijrah ke paru-paru dan menyebabkan batuk atau lelah. Ia juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain seperti kulit, hempedu dan pankreas.
5.Cacing rambu boleh menyebabkan cirit-birit dan najis berdarah. Cacing kerawit menghisap darah dan menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan membantutkan tumbesaran, keupayaan fizikal dan tumbesaran kanak-kanak. Pada peringkat yang teruk ia boleh menyebabkan kegagalan jantung disebabkan anemia.
Sekiranya anak-anak anda ada mengalami satu atau beberapa simptom di atas, bawalah untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan pandangan serta langkah-langkah seterusnya sekiranya perlu.
No comments:
Post a Comment