Tak senang duduk semalam bila dapat info virus Zika dah masuk Malaysia.
Nak nak pula bila Kementerian Kesihatan sendiri telah mengeluarkan kenyataan telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016.
Pesakit adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.
Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”.
Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.
Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak.
Penyakit zika dikaitkan dengan masalah microcephaly atau kepala kepala kecil jika ia dihidapi oleh wanita mengandung. Dikatakan apabila seseorang ibu mengandung dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang bayi yang dikandung.
Bayi dalam kandungan berisiko tinggi menghadapi masalah microcephaly dan kecacatan otak.
Sekali fikir alhamdulillah sebab atiey tak hamil. Tapi bagaimana dengan ibu-ibu hamil yang lain?
Apa cara untuk mencegahnya? Mungkin boleh cuba beberapa langkah di bawah.
1. Sentiasa memakai pakaian labuh dan berlengan panjang.
Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada mudah digigit nyamuk.
2. Pakai pakaian berwarna cerah.
Warna gelap akan menarik perhatian nyamuk aedes.
3. Memastikan rumah dilengkapi dengan ubat nyamuk/kelambu.
Sekiranya kawasan rumah anda memang banyak nyamuk, pasanglah ubat nyamuk untuk menghalaunya atau memasang kelambu ketika tidur bagi mengelakkan ia mudah menggigit pada waktu malam.
4. Berada di dalam rumah beberapa jam ketika waktu senja dan be erapa jam pada waktu pagi.
Waktu senja adalah waktu paling banyak nyamuk keluar. Jadi, elakkan daripada pergi ke pasar malam atau kedai makan pada waktu ini. Begitu juga sekitar 7-9 pagi.
5. Pasang skrin tetingkap di rumah
Ia juga satu cara mudah untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.
6. Gunakan repelan badan.
Ia mungkin sesuai untuk digunakan ketika keluar rumah. Sapu pada bahagian yang terdedah seperti kaki dan tangan.
7. Buat semburan penghalang serangga.
Sebelum tidur, amalkan menyembur semburan penghalang serangga di kawasan dalam rumah.
8. Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah dan longkang.
Kita sedia maklum nyamuk aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Jadi, bersihkan kawasan rumah anda daripada menjadi perhatian nyamuk aedes.
9. Elak melawat kawasan berisiko
Jika sudah tahu tentang kawasan-kawasan/negara yang berisiko denga virus Zika, maka elakkan daripada mengunjunginya. Jika terpaksa juga pergi atas alasan tugas, lakukan langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti.
Untuk anak-anak kita sama-sama brsedia menghadapinya, saya sarankan kita tingkatkan sistem imun mereka dari sekarang. Kita pun sama juga. Bagaimana?
Satu sachet Nutriferon setiap hari dapat membantu memastikan anak-anak lebih kuat melawan penyakit yang datang. Begitu juga dengan Vitamin C Chewable. Bukan anak-anak je malah ibu bapa juga. Cuma untuk mak ayah boleh pilih Viramin C Sustained Release tu.
Boleh hubungi atiey untuk dapatkan
Nutriferon
Vitamin C chewable
Vitamin C Sustained Release
**
0139218084
0139218084
No comments:
Post a Comment