Setiap hari saya akan sedaya upaya pastikan kami sekeluarga mengambil protein, karbohidrat dan serat yang secukupnya. Walaupun kadang-kadang boleh juga stuck dengan menu yang sama setiap hari, tapi yang penting wajib kena ambik. Ada juga masa saya cuba tukar menu malam bawa ke tengahari dan vice versa la kan.
Suami pula memang menitik beratkan pengambilan sayur oleh anak-anak. Alhamdulillah si kakak dah sukakan sayur hijau sampaikan taknak makan nasi kalau tak ada sayur. Paling kurang pun kena ada karot dalam tom yam. Adinya pula baru mula nak berjinak-jinak. Suami suka buat trick sorok sayur dalam nasi dan ikan, kemudian suap cepat-cepat dalam mulutnya. Sayur tu tak besar, dicarik-carik je.
Dalam masa yang sama, saya akan allocate sejumlah belanja untuk menyediakan supplemen buat kami satu keluarga. Sebab-sebab kami perlu ambil makanan tambahan ni:
- kadang-kadang anak prefer sayur yang lebih lembut untuk lobak merah. Faham-fahamlah bila terlebih masak, nutrisi pun banyak yang dah keluar bila karot dah masuk dalam pinggan.
- pengambilan buah-buahan tak mencukupi. Anak-anak saya makan buah ikut mood. Ada masanya sepotong epal je sehari. Mana cukup!
- kualiti makanan kita sekarang tak macam dulu. Sayur-sayuran pun dah ada yang kena tarik dari pasaran gara-gara terlalu banyak pestisid. Jadi apa yang kita makan? Belum masuk yang diubah secara genetik lagi.
- bagi anak-anak yang sedang membesar, mereka perlu cukup nutrisi untuk perkembangan yang sihat. Apaang tidak ada dalam diet harian, saya perlu tambah melalui makanan tambahan.
- tambahan pula, sekarang ni saya sedang hamil. Jadi, memang sangat perlukan supplemen untuk pastikan bayi yang lahir nanti sihat dan berkeadaan baik. Penting juga untuk proses penyembuhan yang cepat selepas bersalin.
Jadi, kalau anda nak tahu sama ada anda memerlukan vitamin tambahan atau tidak, perhatikan tanda-tanda berikut.
- jarang makan buah dan sayur
- sentiasa tertekan /stress
- sedang sakit/ sedang pulih dari sesuatu pembedahan
- menghidap penyakit kronik
- kemurungan
- merokok
- mengambil minuman alkohol
- mengandung/ menyusu
Untuk permulaan, saya syorkan untuk mengambil
- Vita-Lea
- B-Complex
- ESP
- SR Vita-C Plus
-Omega Guard
Untuk mengetahui fungsi setiap satu dari item di atas, boleh hubungi saya RAFHATI dengan klik nombor ini. 0139218084.
Luvs, Attiey M. Napi
No comments:
Post a Comment