Biasalah masa trimester pertama tu, alahan tak terlalu menonjol dan makan makin berselera kan. Tambah pula dengan mengidam itu ini, selera menjadi-menjadi gitu. Semua benda nak rasa.
Bila ada yang menegur, saya rasa tak ada salahnya lagipun saya kena makan untuk dua orang. Uish, jangan tiru ye. Masa tu saya tak ada pengetahuan yang betul dan hanya dengar cakap orang sahaja.
Elakkan pengambilan 'junk food' semasa hamil. |
Masuk bulan ketiga saya buka buku pink di klinik kesihatan dan semua prosedur seperti tinggi dan berat badan semua diambil. Alhamdulillah selera saya tiada masalah dan alahan saya tidak terlalu mengganggu corak pemakanan setiap hari. Tiada makanan yang saya tak boleh makan hanya kecuali hanya jika saya tak nak makan. Haha.
Appointment demi appointment, dipendekkan cerita akhirnya ada suatu masa pada trimester kedua nurse mula menulis berat badan dengan pen merah. Pelik pula masa tu. Bukan apa, sebab masa hamil anak sulung dulu saya tak pernah dapat dakwat merah. Hrmm...
Lepas nurse dah tulis, beliau bagitahu kenaikan berat badan saya tak cantik. Agak banyak naiknya dalam masa sebulan. Saya tak ingat jumlah kenaikannya tapi lebih kurang camtulah apa yang nurse tu bagitahu.
Tiga hinga empat kali juga kenaikan berat badan saya jadi teguran ketika appoitment. Pada minggu ke 28, ujian gula dibuat dan kandungan gula dalam darah saya tiada masalah. Jadi, nurse minta saya kawal pemakanan jugaklah.
Jadi kesimpulannya, konsep makan untuk dua orang semasa hamil tu tidaklah tepat. Sebaliknya banyakkan makanan bernutrisi dan cukup apa yang diperlukan oleh ibu dan janin dalam kandungan tu.
Bila tak dikawal, risiko untuk mendapat masalah diabetes semasa hamil adalah tinggi. Masalah seperti darah tinggi juga boleh datang sekiranya pemakanan kita tak dijaga dengan baik.
Semoga ibu-ibu yang sedang hamil sekarang ni cuba kawal pengambilan setiap hari. Ibu sihat, baby pun sihat gitu.
No comments:
Post a Comment