Badan manusia kita ni tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Tidak seperti beberapa haiwan lain seperti kambing dan arnab. Jadi, kita perlu mengambilnya dari sumber pemakanan contohnya buah-buahan.
Kenapa perlu vitamin C?
Of courselah yang paling kita tahu adalah untuk kecantikan kulit. Tetapi selain itu, vitamin C ni juga penting tau untuk kesihatan saraf dan sistem imun tubuh kita supaya kuat menentang virus dan kuman yang datang menyerang.
Yang paling penting kita kena tahu adalah vitamin C merupakan sumber antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh dari tindakan pengoksidaan dan ia penting untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Tak pasti sama ada ramai yang tahu satu perkara tentang vitamin C iaitu ia memiliki sifat larut air sehingga tidak sempat diserap oleh lemak. Bila ia memasuki badan, tubuh akan "ambil" jumlah yang diperlukan dan selebihnya akan terus dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Jadi,adalah sesuatu yang membazir jika kita mengambil vitamin C dalam jumlah yang berlebihan dari yang sepatutnya iaitu 100mg paling minima dan tidak melebihi 2000mg setiap hari bagi mereka yang sihat.
Ada yang fikir, kalau telan banyak yang membazir, mereka memilih untuk mendapatkan suntikan vitamin c bagi kesan yang lebih cepat.
Bahaya Suntikan Vitamin C
Suntikan vitamin C mampu mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.
Contohnya jangkitan pada kulit dan salur darah serta akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
Teringat pula satu kisah yang dikongsi di facebook oleh seorang wanita sebaik sahaja selesai mengambil suntikan tersebut. Buah pinggang rosak dan banyak komplikasi lain.
Habis tu, Vitamin C mana yang selamat?
Carilah vitamin C yang tak akan membocorkan duit poket kita. makan 500mg dan kesemuanya boleh diserap oleh badan.
Sistem pembebasan berterusan secara semulajadi vitamin c ni berfungsi begini;
(diterangkan secara mudah)
Satu biji tablet mengandungi 500mg. Kesemua 500mg tu tidak akan dilepaskan dalam masa yang sama sebaliknya dilepas dalam tempoh 5 jam, 100mg setiap jam. Jadi, badan kita akan serap 100mg sahaja setiap jam. Jimat kan?
Jadi, saya memang memilih vitamin C jenis ini yang terkenal dengan nama Sustained Release Vita-C.
Harga runcit cuma RM97.50 sahaja. Ada 180 biji kesemuanya.
Jika ditolak tambah, sebiji cuma RM0.54. Murah je kan?
Atiey Mohamad Napi
013-9218084
No comments:
Post a Comment