Blog Archive

June 2, 2018

3 Masalah Utama Yang Biasa Dialami Ketika Puasa. Bagaimana Nak Atasi?

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 17 dalam bulan Ramadhan. Dah separuh bulan berlalu. Bagaimana puasa kita? Adakah kita tela mengambil kesempatan sebanyak mungkin untuk merebut kemuliaan bulan berkat ni?Mungkin ada yang struggle untuk menghabiskan walau sehari puasa. Saya simpati kepada anda yang memang mengalami beberapa masalah untuk meneruskan puasa. Tapi, cubalah sedaya upaya.


Biasanya masa bulan puasa ni, ada tiga masalah utama yang ramai dari kita hadapi.
  • Dehidrasi
  • Sakit Kepala
  • Kekurangan Nutrisi

Tahun 2017 kalau tak silap, ada kes dimana seorang kanak-kanak pengsan kerana terlalu haus. Memang tak dinafikanlah, sepatutnya bagi kanak-kanak yang belum baligh seharusnya tidak boleh terlalu memaksa mereka. Mungkin ada penjelasan di pihak mereka kan.

Bagaimana Nak Atasi Ketiga-tiga Masalah Tersebut?

Dehidrasi
-selepas berbuka, cuba usahakan untuk minum air secawan bagi setiap setengah jam. Kalau tak mampu, boleh ambil minuman hidrasi.
-banyakkan pengambilan buah-buahan yang banyak air seperti buah tembikai. Boleh juga pilih menu sup dan sayuran yang kaya dengan air.
-BIG NO adalah elakkan minuman berkafein dan minuman manis.


Sakit kepala
-pastikan kita kekal terhidrat
-dapatkan rehat yang mencukupi. Tidur awal dan tetapkan jadual tidur. Elakkan juga tidur berlebihan kerana sikap begitu juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Nutrisi Tidak Lengkap
-Semasa berbuka dan sahur, pilihlah hidangan yang seimbang dan bernutrisi dengan 5 kumpulan makanan utama.


Selamat meneruskan puasa dan nikmati kesihatan yang optimum.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...