Start awal tahun baru-baru ni, oleh kerana Adib belum kami daftarkan ke mana-mana tadika lagi, kami setuju untuk betul-betul train dia ke tandas.
Sebelum tu atiey dah pesan kat diri sendiri dan juga suami bahawa ini adalah keputusan kami sebagai orang dewasa. Kalau ada masa Adib ter'bocor' atas lantai atau kusyen dan sebagainya, kami tak boleh guna emosi.
Sebagai anak kecil yang sedang melalui fasa pembesaran, mereka tak faham kenapa dan apa tujuannya. Tapi kita yang lebih dewasa dan faham ni, kena fikir secara rasional dan betul-betul bersedia.
Ini juga atiey ambil pengajaran dari potty train Raisha dulu. Masa tu belum ada pengalaman dan kekangan masa, campur badan penat. Jadi ada terkait dengan emosi bila Raisha tak sempat masuk tandas. Totally bukan salah Raisha tetapi begitulah. yang lepas jadikan pengajaran.
Jadi, bulan Januari masih tak berjaya tetapi kena banyak-banyak bersabar sebab bila masuk tandas je Adib tak jadi keluarkan apa-apa.
Masuk Mac, Adib dah boleh buang air kecil di bowl.
Dipendekkan cerita, hari ni Adib sendiri yang minta nak poo poo dalam toilet. Lepas selesai, Adib kata,
"Adib bagus!" (sambil tunjuk thumbs up)..
Memang ada ibu ayah yang berpengalaman lagi singkat tempoh potty train,tetapi bagi atiey, ini satu pencapaian yang baru sebab masa Raisha dulu cikgu-cikgu kat taska yang banyak main peranan yang mana sangat-sangat atiey hargai.
Enjoy waktu-waktu anak membesar, jangan stress.
atiey M.napi
#RaishAdibstory
No comments:
Post a Comment