Blog Archive

January 16, 2018

Selamatkah Untuk Ibu Hamil Berpuasa?

Pada tahun 2018 ni, bulan Ramadhan  jatuhnya  pada bulan Mei. Tak sabar rasanyakan. Suasana bulan puasa ni lain macam. Cuma mungkin pada masa tu ada yang sedang hamil. Jadi, boleh ke teruskan berpuasa? Bagaimana keadaan bayi nanti? Tak berbahaya ke? Mampukah nak teruskan puasa?


Sumber: Google


Ada beberapa info yang saya perolehi dari babycenter.com.my yang saya nak kongsikan di sini iaitu;

1- Skop Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil sama dengan wanita yang tak berpuasa. 
Skop Apgar ni kaedah yang doktor gunakan untuk menilai tahap kesihatan bayi kita sebaik sahaja dilahirkan. APGAR itu sendiri adalah bermaksud;

Appearance- rupa,
Pulse-nadi, 
Grimace-mimik muka/respons,
Activity-pergerakan, 
Respiration-pernafasan


2- Apabila kita berpuasa pada trimester pertama, ia mungkin boleh mempengaruhi berat bayi semasa lahir. Namun, ada juga kajian di mana perbezaan dalam berat badan ni sangat kecil.


3- Bayi kepada ibu yang berpuasa dikatakan akan membesar menjadi lebih kurus. Tetapi apabila diteliti, perbezaan ini sangat kecil.Lagipun kita hanya berpuasa sebulan sahaja dalam tempoh sembilan bulan tu kan.


4. Berlaku perubahan  imbangan kimia dalam darah sewaktu kita berpuasa dan perubahan -perubahan tersebut tidak membahayakan ibu dan bayi.


Untuk dapatkan lebih kepastian, jumpa dan rujuk doktor tau.


Bagi yang meninggalkan puasa bukan kerana dirinya sendiri tetapi hanya kerana risaukan kandungan sahaja, jangan lupa qadha puasa dan bayar fidyah pula nanti.




Attiey Mohamad Napi
Pengedar Shaklee
013-9218084 (Klik untuk wassap tanpa simpan nombor)

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...