Blog Archive

January 16, 2018

5 Langkah Mudahkan Proses Kelahiran

Ada wanita yang melalui pengalaman melahirkan yang mudah. Manakala yang lain pula perlu berhadapan dengan cabaran kesakitan berjam-jam lamanya. Ada cara yang boleh diamalkan untuk memudahkan proses kelahiran.

sumber: smartparenting.com
1. Selalu bersenam
Senaman penting untuk memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang memuaskan. Kerapkan bersenam pada bulan terakhir kehamilan adalah bagus. Cubalah berjalan selama 30 minit sambil membuat latihan pernafasan.Cara begini membantu kita mengawal diri ketika menahan sakit dan meneran apabila kepala bayi sudah kelihatan.

2. Jaga pemakanan
Dalam kita rasa kita kena makan untuk dua orang masa mengandung, titikberatkan soal menjaga pemakanan adalah penting. Lagipun ia hanya mitos saja. Yang penting ambil makanan yang sihat dan seimbang. Pastikan setiap hari kita mendapat segala zat keperluan untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Minum banyak air dan makan lebih banyak buah.

3. Amalkan pemakanan sunnah
Masa mengandung anak pertama, saya pulun makan kurma,kismis. Masa dah start contraction tu, sempat lagi p dapur buka peti ais, makan 3 biji kurma ajwa. Yelah kurma ni boleh membantu mengekalkan tenaga semasa proses bersalin. Ada juga yang mengaitkan tenaga semasa bersalin dengan bukaan pintu rahim.


4. Khatam al-Quran sepanjang kehamilan (Amal surah Maryam)
Setiap kali hamil, jangan tinggalkan surah Maryam. Niatkan untuk dimudahkan proses bersalain.  Tapi pada masa yang sama, seelok-eloknya khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sembilan bulan kehamilan.

5. Kerap bersama suami
Jika keadaan mengizinkan dan tidak memudaratkan kandungan, cara ini juga membantu kerana air mani mengeluarkan hormon prostaglandin yang boleh merangsang kontraksi. 


Pada hari anda melahirkan nanti, simpanlah tenaga dan hanya meneran apabila tiba masanya yang betul. Jangan panik dan layanlah kontraksi dengan tenang.


Attiey Mohamad Napi
Pengedar Shaklee 
013-9218084 (Klik untuk wassap tanpa simpan nombor)


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...