Blog Archive

December 19, 2017

Tips Mengawal dan Mencegah Diabetes

Diabetes yang dialami pada usia muda dikenali sebagai "juvenile diabetes". Ia adalah diebetes type I. Berlaku kerana badan kekurangan insulin. Pesakit memerlukan suntikan insulin kerana badannya tidak dapat menghasilkan insulin. Diaebetes type II pula dialami oleh golongan dewasa dalam lingkungan 40 ke atas. Type II terjadi apabila berlaku masalah kerintangan insulin walaupun badan boleh menghasilkan insulin yang cukup. Metabolisma gula glukos tidak dapat berfungsi dengan baik. Manakala gestational diebetes  pula berlaku kerana peningkatan hormon ketika hamil. 

Jadi, ada tiga jenis diabetes yang perlu kita faham. 

Diebetes ni boleh dikawal tak supaya jangan sampai potong kaki?




LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL DAN MENCEGAH DIABETES

  • ikut nasihat doktor
Jangan skip pengambilan ubat yang telah diarahkan oleh doktor. Makan mengikut waktu yang ditetapkan. Pantau kandungan gula dalam darah melalui ujian-ujian yang diajarkan oleh doktor.

  • kawal pemakanan
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula seperti mee, nasi, kuih-muih, roti dan nasi lemak. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sesuai  dalam setiap hidangan. 

  • teliti makanan yang perlu dikurangkan
  1. Jauhi minuman beralkohol
  2. Tinggalkan minuman dalam kotak dan dalam tin kerana tinggi kandungan gula.
  3. Jauhi produk-produk GMO. (diubah secara genetik). 
  4. Elakkan penggunaan minyak soya, canola dan corn.
  5. Jauhkan makanan yang mengandungi gluten kerana ia boleh mencetuskan inflamasi dan meningkatkan hormon steroid serta menaikkan tahap gula. 
  6. Elakkan susu yang belum dipasteur kerana mengandungi A1 casein yang sama tindakan seperti gluten.



  • banyakkan pengambilan makanan yang disyorkan
  1. Ambil makanan yang rendah gula seperti nuts, biji labu, sunflower, beri dan avokado.
  2. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi serat seperti sawi, serat, kangkung, pucuk ubi, keledek dan nenas.
  3. Mengambil makanan yang mengandungi chromium seperti  brokoli, raw cheese, kacang hijau dan kacang panjang.
  4. Pilih hidangan yang mengandungi magnesium seperti bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak dan ayam organik.

Daun stevia dijadikan pengganti kepada gula.

  • mengamalkan supplemen, herba dan pengganti gula
  1. Kayu manis boleh membantu mengurangkan glukos, kolestrol jahat (LDL) dan trigliserida di samping menaikkan kolestrol baik (HDL) dalam darah.
  2. Peria membantu mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin. Selain itu, ia membantu mencegah komplikasi diabetes seperti kerosakan buah pinggang, kerosakan mata, saraf dan salur darah.
  3. Sejenis antioksidan iaitu Alpa Lipoic Acid membantu proses metabolisma glukos, meningkatkan sensitiviti insulin dan mencegah kerosakan saraf. Boleh didapati dalam brokoli, bayam dan tomato.
  4. Minyak  ikan 1000mg sehari juga membantu memperbaiki sensitiviti insulian dan mengurangkan inflamasi. Minyak ikan turut bertindak mengawal kolestrol dan meningkatkan lemak baik (HDL).
  5. Stevia terkenal sebagai pengganti gula. Ia adalah sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya yang sangat manis digunakan sebagai pengganti gula. Nilai glisemik indeksnya rendah dan dapat mengawal glukos dalam darah.
  6. Amalan meminum 5 cawan teh hijau(green tea)  setiap hari dapat mengawal kandungan glukosa dan kolestrol dalam darah. Teh hijau mengandungi polifenol dan catechins. 


Walau apapun amalan pemakanan kita, seimbangkan dengan senaman. Lakukan senaman mengikut kemampuan, 30 hingga 40 minit sehari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cuba tidur 5 hingga 7 jam sehari untuk merehatkan badan dan mental kita. 

Featured Post

Minyak Ikan Anda Bersih Dari Logam Berat? Ketahui Panduan Membeli Minyak Ikan Yang Betul.

Adakah Minyak Ikan Anda Mengandungi Bahan Ini? Pengambilan jangka masa lama bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan pelbagai masa...