Blog Archive

December 19, 2017

Kuih Talam Ubi Kayu

Pagi ni atiey ke kedai makan sebelah rumah MIL. Hajat di hati nak beli nasi putih dan lauk daging masak kicap. Tapi tak kesampaian sebab hanya kuih je yang ada. Maknya yang memasak masuk hospital. Anemia. Takpelah, kuih pun kuihlah. Pusing punya pusing jumpa kuih talam ubi kayu ni. Dah lama tak makan kuih muih berasaskan ubi kayu. Sebab utama memang tak jumpa. Sebab kedua tak reti nak buat. Tapi ubi kayu pun mana ada kat sini. Kena balik kampung dulu.

Bila dah nampak kuih talam ubi kayu ni, teringat memori kecil-kecil dulu




Santan di atas, ubi kayu di bawah. Makan panas-panas, sedap.

Jiran atiey dulu seorang makcik yang agak tua dan susah jugaklah hidupnya. Apa yang dia dapat pagi tu, itulah yang dia akan masak untuk makan tengahari. Kadang sampai ke malam.

Apa yang uniknya berjiran dengan makcik ni adalah dia rajin masak. Bukanlah masakan yang mewah-mewah macam siakap 3 rasa tu tapi makanan dulu-dulu. Kuih dulu-dulu. Atiey nak sebuat satu-satu nama kuih pun dah lupa. Paling tak boleh  lupa adalah "nasi goreng kunyit". Dalam tu tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian minyak lebih sikit supaya nasi dia nampak cantik. Lepas tu bubuh kunyit bagi warna kuning dan sebagai perasa. kalau ada ikan , dia akan carik-carik isi ikan masuk dalam nasi goreng tadi.

Rasa dia?

Air tangan orang tua-tua tak pernah mengecewakan. Asli dan menyelerakan walaupun tanpa ajinomoto. Cuma tak boleh nak amal dah sekarang ni pasal kena kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Nanti kolestrol say hi hi. Nom Nom Nom!


Itulah memori Kuih Talam Ubi Kayu...

1 comment:

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...