Blog Archive

December 7, 2017

4 Sebab Mengapa Gula Merbahaya

Kita dah tahu gula  berbahaya kepada kita tetapi mengapa kita masih belum merasakan ia satu kewajipan untuk kita terus menghentikan pengambilan gula ini. Mungkin setelah anda membaca info di bawah ini, anda akan faham kenapa kita perlu mengelakkan pengambilan gula.

Salah satu sebab utama adalah gula  tambahan ini boleh memudaratkan metabolisme tubuh kita dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.





1. Tiada Nutrisi dan Merosakkan Gigi

Gula tambahan  (seperti sukrosa dan sirap jagung fruktosa tinggi) mengandungi sejumlah besar kalori tetapi TIADA  nutrien penting. Atas sebab ini, mereka dipanggil kalori kosong. Gula tambahan tiada protein dan tiada  lemak yang badan perlukan, tiada  vitamin atau mineral dalam gula ... hanya tenaga tulen. Apabila kita mengambil  hingga 10-20% kalori dalam bentuk gula (atau lebih), ini boleh menjadi masalah utama dan menyumbang kepada masalah kekurangan nutrien. Selain itu, gula juga tak elok untuk gigi, kerana ia menyediakan tenaga yang mudah dicerna yang memberi manfaat kepada bakteria yang tak elok  di dalam mulut.


2. Gula Tambahan Mengandungi Tinggi Fruktosa Yang Boleh Membebankan Hati Kita

Bagaimana pula gula boleh beri masalah ada hati?
Mari kita fahami dulu bagaimana ia terjadi.

Sebelum gula memasuki aliran darah dari saluran pencernaan, ia terbahagi kepada dua iaitu;
  1. glukosa
  2. fruktosa
1. Glukosa ditemui di setiap sel hidup di planet ini. Sekiranya kita tidak mengambilnya dari diet, badan kita menghasilkannya.

2. Fruktosa adalah berbeza. Badan kita tidak menghasilkannya dan sememangnya badan kita tidak ada keperluan fisiologi untuknya.


Isunya adalah hanya hati  yang boleh dan akan memproses fruktosa  tidak kira sebanyak mana  jumlah yang diambil. Sedikit atau banyak. 
Ia tidak akan  menjadi masalah sekiranya kita hanya  makan sedikit sahaja sesuatu makanan yang manis (seperti buah) kerana  fruktosa akan bertukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati sehingga kita memerlukannya. 

Walau bagaimanapun, jika hati kita dah mempunyai banyak glikogen (lebih dari biasa), apabila kita mengambil banyak lagi fruktosa, ia akan mula membebankan hati, memaksa ia menjadikan fruktosa sebagai lemak. Apabila berulang kali makan gula dalam jumlah yang banyak, proses ini boleh menyebabkan berlemak hati dan pelbagai masalah serius .
Ia juga bergantung pada individu dimana orang yang sihat dan aktif boleh bertolak ansur lebih banyak gula daripada orang yang tidak aktif dan makan makanan tinggi karbohidrat, tinggi kalori.Perlu diingat bahawa semua ini TIDAK berlaku untuk buah. Ia hampir mustahil untuk memperolehi  banyak fruktosa hanya  dengan memakan buah. 


3. Gula Menyebabkan Masalah Kerintangan Insulin Yang Membawa Kepada Sindrom Metabolik dan  Diabetes


Badan kita menghasilkan insulin dan ia  adalah hormon yang sangat penting dalam badan.
Ia membolehkan glukosa (gula darah) memasuki sel-sel dari aliran darah dan memberitahu sel-sel untuk mula membakar glukosa dan bukannya lemak.

Memiliki terlalu banyak glukosa dalam darah sangat berbahaya dan salah satu sebab komplikasi diabetes, seperti kebutaan.

Salah satu ciri disfungsi metabolik adalah di mana  insulin berhenti berfungsi mengikut yang  sepatutnya. Ini juga dikenali sebagai rintangan insulin, yang dipercayai sebagai punca  utama pelbagai penyakit  termasuk sindrom metabolik, obesiti, penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis II.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula dalam jumlah yang banyak  boleh dikaitkan dengan masalah  ketahanan insulin, terutamanya apabila ia digunakan dalam jumlah besar.


4. Masalah Rintangan Insulin Membawa Kepada Diabetes Type II

Apabila sel-sel kita menjadi tahan terhadap kesan insulin, sel-sel beta dalam pankreas kita membuat lebih banyak insulin. Ini penting, kerana gula darah yang dinaikkan secara kronik boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk. Insulin yang dihasilkan cuba untuk mengelakkan masalah tersebut.

Namun akhirnya, apabila rintangan insulin menjadi semakin teruk, pankreas tidak dapat memenuhi tuntutan untuk  menghasilkan insulin yang cukup untuk mengekalkan tahap gula darah.

Pada ketika ini(insulin tidak mencukupi), kadar gula darah meningkat dan diagnosis diabetes jenis II dibuat.

Oleh kerana  gula boleh menyebabkan kerintangan insulin, tidak hairanlah jika mereka yang suka minuman manis mempunyai risiko 83% lebih tinggi untuk mengalami  diabetes jenis II.


Rujukan; Healthline.com


Dengan pilihan lain termasuk madu dan stevia, bolehlah kita mula mengurangkan dan akhirnya menghentikan terus pengambilan gula ini. 

1 comment:

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...