Blog Archive

November 11, 2017

Supplemen Terbaik Untuk Tulang Kuat

Kesihatan dan kekuatan tulang perlu kita utamakan. Bila usia meningkat, kita tak boleh lari daripada keadaan di mana ketumpatan  tulang kita semakin berkurang. Bila keadaan ni berlaku, pelbagai masalah kita boleh hadapi termasuk risiko tulang rapuh.


Oleh sebab itu, kita wajib pastikan supaya pengambilan kalsium perlu konsisten setiap hari. Jangan tunggu sehingga umur dah masuk 40 siri baru nak mula. Sebaiknya, amalkan pengambilan sumber kalsium yang cukup sejak dari umur 20-an lagi. Pengambilan kalsium dari usia muda ni macam kita menabung di bank. Ini kerana bila usia dah tua, kita lebih banyak menggunakan kalsium yang sedia ada. Penyerapan kalsium yang kita ambil pada usia tua tidak seoptimum zaman muda belia.


Kesihatan kita ni mahal harganya. Jangan dibiar berlalu begitu sahaja.


Carilah kalsium yang berkualiti tinggi untuk menyokong keperluan tubuh badan kita. Amalkan kalsium yang dilengkapi dengan mineral lain yang bekerjasama untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.


Kalsium diperlukan kerana ia membina tulang kita umpama batu bata. Manakala mineral pula bertindak sebagai simen yang melekatkan batu-bata tu. Saling memerlukan.


Kenapa Pilih Kalsium Shaklee?

Kalsium Shaklee atau namanya Ostematrix bukan sekadar mengandungi kalsium. Ia juga mengandungi bahan-bahan lain untuk saling melengkapi dan emmberikan kesan yang hebat.


  • Kalsium ~ bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium ~ membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron ~ membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D ~ merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum,Zink dan Mangan ~ mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


Ramai sebenarnya dari kita yang sukar untuk menjadikan tabiat minum susu 2 kali sehari sesuatu yang konsisten. Jadi, dalam usaha untuk menjadikan ia satu amalan, Ostematrix amat penting sebagai pelengkap. Bukan sahaja kepada lelaki malah wanita, terutama wanita hamil. Keperluan kalsium mengikut sarana RDA ialah 800-1000mg sehari untuk dewasa, 1500mg untuk wanita mengandung.




Cara pengambilan amat mudah. Disarankan 2 biji selepas makan tengah hari dan 2 biji sebelum tidur. 4 biji Ostematrix bersamaan 1000mg. Ianya sangat sesuai.

Oh ye, ia tidak membahayakan ginjal kita selagi tidak diambil secara berlebihan iaitu melebihi 2500mg sehari. Satu kapsul bersamaan 250mg. Maknanya jangan lebih dari sepuluh kapsul.



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...