Blog Archive

November 13, 2017

Bagaimana Kajian Pemakanan Supplemen Shaklee Dijalankan?

Pada tahun 2004, Roger Barnett telah membeli Shaklee. Sebelum tu, beliau dengar ramai pengguna Shaklee mengatakan tentang fenomena produk Shaklee yang sangat bagus dan terbaik untuk kesihatan. Tetapi masa tu masih tiada bukti ke atas apa yang disebut0sebut dan diperkatakan oleh mereka. Boleh kata ia hanya khabar angin sahaja pada tanggapannya. Lalu, Roger Barnett mengambil keputrusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang supplemen Shaklee dengan pengguna lain.


BAGAIMANA IA DIJALANKAN?

Ia telah dikendalikan mellaui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC Barakeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan pengguna dan 176 orang pengguna bagi satu jenis supplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).

Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).
Badan ini mempunyai data terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna tidak mengambil supplemen dengan para pengguna mengambil sejenis supplemen. Roger mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang terlibat dalam perbandingan ini;


  1. Pengguna tidak mengambil supplemen
  2. Pengguna yang mengambil satu jenis supplemen sahaja
  3. Pengguna pelbagai supplemen Shaklee jangka masa panjang

Maklumat berkenaan diet dan pengambilan supplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kaji selidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai supplemen Shaklee dalam jangka masa panjang.

UC Barkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut sahaja, dimana keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada Shaklee. Risiko tinggi ni tau sebab Shaklee memang tak masuk campur semasa kajian dilakukan.

Apabila kajian ini selesai, UC Barkeley telah menghubungi penerbit Shaklee, mahukan iamya disemak oleh penilai sejawat yang mana merupakan  piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan. 

Diterbitkan di dalam Jurnal Nutrisi pada 2007, ini adalah kajian bebas oleh Universiti California, Barkeley terhadap beberapa corak pengambilan nutrisi tahap kesihatan, status pemakanan supplemen para pengguna dalam jangka masa panjang.




Dalam kajian ini, ia mendapati pengguna  Shaklee dalam  jangka masa panjang Shaklee mempunyai  kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis supplemen.

Mereka yang mengamalkan pelbagai supplemen  Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai;


1. Tahap Nutrien Darah Yang Lebih Baik

Tahap nutrien darah biasanya meningkat dengan peningkatan pengambilan supplemen. Folat, Vitamin C, Alpha & Beta-karotena dan Vitamin E mempunyai tahap optimum yang konsisten dalam populasi pengguna yang mengambil pelbagai jenis supplemen.


2. Tahap Vitamin D dan Zat Besi Yang Selamat

Bagi menangani isu keselamatan pengambilan pelbagai jenis supplemen untuk jangka masa panjang, kajian ini juga menemui tahap Vitamin D dan zat besi yang sihat dan selamat- nutrien dia mana bila ia diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan.

3. Penanda Aras Utama Kesihatan Jantung Yang Lebih Baik

Para pengguna pelbagai supplemen mempunyai bacaan yang lebih tinggi bagi kolestrol HDL dan bacaan rendah bagi trigliserida, di mana kedua-dua bacaan konsisten dengan risiko serangan jantung yang lebih rendah. Peningkatan dalam pengambilan supplemen juga dikaitkan dengan tahap serum homosistein dan protein C-reaktif (CRP) yang lebih rendah. C-reaktif merupakan penanda bagi keradangan tahap rendah.


4. Risiko Menghidapi Penyakit Lebih Rendah 

Secara keseluruhannya, risiko penyakit lebih rendah bagi kumpulan pengguna pelbagai supplemen Shaklee berbanding kumpulan pengguna satu jenis multivitamin dan pengguna yang tidak mengambil sebarang supplemen.

Pengguna pelbagai supplemen mengambil pelbagai kombinasi supplemen ini. 

Kajian menunjukkan bahawa pengguna pelbagai supplemen mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap;

-peningkatan tekanan darah
-kencing manis

Selain itu, pengguna pelbagai supplemen Shaklee juga berasa kesihatan mereka adalah lebih baik atau hebat. Tiada seorang pun peserta daripada 278 pengguna pelbagai jenis supplemen Shaklee daripada kajian ini mempunyai peningkatan tahap CRP lebih dari 3.0mg/L. Sebagai info, jika lebih dari 3.0mg/L, Pertubuhan Jantung Amerika mengenalpastinya sebagai berisiko tinggi. 



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...