Blog Archive

November 17, 2017

Bagaimana Cara Mengelakkan Masalah Pada Bayi Baru Lahir

Kesedaran kita pada kepentingan penjagaan kesihatan sewaktu hamil semakin meningkat sekarang ni jika dibandingkan dengan beberapa tahun dahulu. Pelbagai info boleh didapati dengan mudah oleh pasangan yang sedang cuba untuk menimang cahaya mata dan juga bakal ibu. Sama ada melalui kelas-kelas yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu atau dengan membaca buku serta melayari internet.




Pentingnya untuk kita menjaga kehamilan sebaik mungkin adalah untuk mengelakkan berlaku masalah selepas kelahiran. Antara masalah yang boleh dikaitkan adalah spina bifina, kelahiran tak matang dan kekurangan nutrisi.


BAGAIMANA MENGELAKKAN MASALAH PADA BARU BARU LAHIR?


Perkara paling utama adalah dengan memastikan kita mengambil nutrisi seperti B9 (folat), B12, iodin dan zat besi secukupnya ketika hamil.


Kekurangan vitamin B9 semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kecacatan masa lahir seperti spina bifina, spinal cord, masalah pada otak dan jantung. Untuk perkembangan neuro dan fungsi kognitif, pengambilan vitamin B12 dan iodin perlu kita ambil secukupnya mengikut cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 600mcg asid folik, 405mcg B12 dan 200mcg iodin setiap hari.


Docosahexaenoic Acid (DHA) merupakan nutrisi yang akan disalurkan kepada bayi kita sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan berlaku. DHA penting untuk mata, otak dan perkembangan sistem saraf bayi. Selagi bayi masih berada di dalam rahim, kita sokonglah ia dengan pengambilan sumber DHA yang mana seterusnya akan diperoleh manfaatnya kepada bayi. DHA amat disyorkan untuk kita amalkan ketika akhir trimester kehamilan. Namun, jika kandungan tiada masalah, ia boleh dijadikan amalan sejak awal lagi.


Ketiga kita bercakap tentang kalsium. Saya pernah bertemu dengan seorang ibu yang telah memberitahu bahawa giginya reput sewaktu mengandung. Patah sedikit demi sedikit. Pastinya sudah dapat meneka di mana ibu tersebut mengalami masalah kekurangan kalsium. Risiko juga pada bayi yang bakal lahir kerana tidak cukup sumber untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Sebab itulah, doktor juga akan membuat ultrasound ketika kita hamil, salah satunya untuk memeriksa keadaan tulang belakang bayi sama ada sempurna atau sebaliknya. Jadi, kita perlu berusaha untuk minum susu bagi  mendapatkan kalsium secukupnya. 


Jadi, jawapannya adalah dengan memastikan kita, para ibu yang sedang hamil dan merancang untuk hamil agar mengambil beberapa nutrisi utama yang telah saya nyatakan tadi. Bukan sekadar ambil tadi makanlah ia dengan secukupnya. 


Jangan lupa untuk memilih hidangan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Terutamanya yang mengandungi MSG dan garam serta gula yang tinggi.


Pilih supplemen yang betul dan selamat yang memiliki kajian klinikal ke atasnya. Dalam hal ini, sudah tentunya saya syorkan untuk memilih Set Hamil  Ibu Sihat dari  Shaklee.


Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...