Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

3 Jenis Supplemen Wajib Ibu bapa Perlu Berikan Untuk Anak-anak Yang Sering Tidak Sihat

Nasihat yang amat berguna Atiey dapat daripada seseorang yang lebih senior di tempat kerja dulu. Katanya untuk tahun-tahun pertama, kalau boleh berikanlah susu yang paling bagus dan berkualiti. Usahakan juga jika mahal kerana katanya tahun pertama untuk si anak adalah waktu paling krikital untuk mendapatkan nutrisi dan khasiat untuk tubuh badannya. Atiey faham. Maksudnya lebih baik kalau kita boleh laburkan sedikit wang untuk berikan makanan dan minuman kepada anak kita demi kesihatannya untuk dua tiga tahun seterusnya. Memang betul tu sebab semua ibu bapa pun mahu anak yang sihat kan.



Alhamdulillah sebab Atiey berjaya bagi susu paling mahal untuk anak pertama iaitu susu badan. Raisha menyusu badan sampailah umurnya 2 tahun 3 bulan. Itupun sebab Adib dah ada dalam perut time tu. Lepas tu, bermulalah episod nak pastikan raisha terus dapat sumber kalsium. Sumber kalsium ni penting tau untuk anak-anak sehingga umur diorang 5 tahun. At least kena minum susu 2 gelas sehari.

Dalam kes Rais…

Bagaimana Mengatasi Masalah Kesuburan Di Kalangan Lelaki dan Wanita?

Masalah kesuburan bukan sahaja dialami oleh kaum wanita sahaja tetapi juga di kalangan lelaki.
Bagi wanita, masalah kesuburan  berpunca dari beberapa faktor iaitu :

. pemakanan kurang berkhasiat
. lifestyle
. alam sekitar
. berat badan
. ubat-ubatan yang dimakan setiap hari
. stress
. rokok
. hormone yg tak seimbang
. pekerjaan & persekitaran
. wanita yg pernah keguguran
. umur


Faktor-faktor tersebut pula membawa kepada beberapa masalah yang mengganggu wanita seperti ;

. pcos
. thyroid
. premature ovarian failure


Selain daripada tiga masalah di atas, ada juga masalah lain yang menyebabkan seseorang wanita itu mengalami perkara yang sama (masalah kesuburan) iaitu masalah pada rahim dan tiub fallopiannya. Kemungkinan berlakunya blockage pada tiub fallopian yang menyebabkan telur atau ovum tidak dapat keluar dari tempatnya. Selain itu, boleh jadi juga masalah  endometriosis, fibroids dan infection (jangkitan) .



Bagaimana pula dengan lelaki?
Apakah masalah yang boleh dialami oleh mere…

Usaha Hamil Berjaya Akhirnya. Apa Yang Pasangan Ini Amalkan?

Nak hamil mungkin mudah bagi sesetengah pasangan suami isteri namun bagaikan impian yang tak kesampaian bagi sesetengah pasangan yang lainnya. Bagi yang disahkan hamil dan dikurniakan anak yang ramai, Alhamdulillah. Itu rezeki yang Allah kurniakan. Pemberian dariNya. Bagi yang masih belum disahkan positif hamil, jangan berputus asa untuk terus kan usaha untuk hamil sehingga berjaya.



Ada kisah yang saya nak kongsikan tentang satu pasangan yang baru berkahwin. Isterinya  Ida (bukan nama sebenar) dan suaminya Edie (bukan nama sebenar) tidaklah terlalu berharap untuk mendapat cahaya mata dalam masa terdekat namun selepas beberapa minggu diijab kabulkan, Ida disahkan hamil. Mereka sangat gembira dan menjaga kandungan sebaik mungkin. Pertama kali pemeriksaan, kandungan berusia 8 minggu.


Tetapi  pada usia kandungan  masuk 12 minggu, Ida merasakan seperti ada yang tak kena pada kandungannya. Jadi mereka pergi berjumpa doktor. Setelah di-scan, saiz janin tidak berkembang dan ia seperti saiz ja…

Shaklee Dah100 Tahun. Apa Yang Shaklee Lakukan?

1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan Vitalized Minerals.


1956 Dr. Shaklee mengasaskan syarikat berdasarkan falsafah Living in Harmony with Nature® yang komited untuk membangunkan produk yang dapat memperbaiki kesihatan orang ramai dan planet ini.


1960 Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner, pembersih terbiodegradasi pertama bebas toksik.


1961 Dr. Shaklee mencipta Instant Protein, formula pertama pengasingan protein soya.


1972 Shaklee memperkenalkan Basic-L, salah satu sabun basuh pakaian terbiodegradasi pertama tanpa fosfat, nitrat atau borat.


1981 Shaklee memperkenalkan sistem penghantaran pelepasan-berterusan berasaskan tumbuhan untuk vitamin C.


1983 Rakyat Amerika pertama mendaki Gunung Everest tanpa bekalan oksigen diperkasakan oleh nutrisi Shaklee.


1986 Penerbangan tanpa henti pertama mengelilingi dunia oleh Voyager dikuasakan oleh nutrisi Shaklee.


1986 Shaklee menyediakan sokongan kewangan dan produk untuk rakaman ekspedisi pertama menggunakan anjing peluncur ke…

Tips Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi

Di pasaran sekarang ni ada banyak pilihan untuk mendapatkan supplemen minyak ikan. Tetapi antara seribu, yang mana satu permata? Cewahhh. Bukan apa, kena pilih yan g paling bagus sebab ni berkait dengan kesihatan tau. Benda yang kita nak makan, masuk dalam tubuh jadi darah daging. Minyak ikan yang paling bagus mesti mempunyai ciri-ciri berikut;


Cari syarikat yang anda boleh percayai, dengan sejarah pengeluaran produk yang berkualiti. Sebaiknya berjaga-jaga dengan produk yang "claim" kesan yang "superb" tanpa bukti. Jika ada kajian klinikal lagi bagus.

Ia mestilah tulen dan selamat dengan melalui proses penyulingan molekul. Ia merupakan proses memisahkan EPA dan DHA daripada logam berat dan menyingkirkan toksin. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir

Syarikat yang bertanggungjawab memberi perhatian kepada saiz populasi, hadkan penangkapan dan elakkan penangkapan semasa membiak untuk memastikan bekalan cukup untuk jangka masa panjang. Maksudnya bukan dari sum…

Vitamin Untuk Jantung Sihat

Tahun 2016 sangat menginsafkan saya. Bukanlah kerana saya buat salah apa tapi sebelum tu saya tak kisah pun tentang apa yang saya makan. Saya rasa saya masih muda dan saya makan ikut sedap rasa dan sedap mata je. Lemak, kalori, masin, manis semua saya tak fikir. Soal jantung saya sihat atau tak pun saya belum fikir masa tu. Tapi Alhamdulillah, saya memang dah amalkan beberapa vitamin.



Sehinggalah suatu hari saya terbaca satu status kawan FB yang bagitahu dia sedang bersedih sebab abang iparnya baru sahaja meninggal selepas collapse di tengah padang. Bila diperiksa secara teliti oleh doktor, perginya arwah kerana masalah jantung yang berpunca daripada lemak yang menyekat oksigen sampai ke jantung. Ia berlaku sedikit demi sedikit dan bila tak dihiraukan, menjadi bertambah serius.


Bermula dari situ, saya terus melakukan ujian kolestrol dan apa yang saya bimbangi memeang berasas memandang saya tak teliti dalam  diet saya. Jumlah kolestrol kurang dari border lain. Sekali dengar rasa dah ok…

Kebaikan Omega 3 Yang Boleh Membawa Manfaat Kepada Kita

Dalam entri yang sebelum ni saya pernah ceritakan sikit tentang kebaikan Omega 3 dalam membantu menyokong kesihatan jantung. Ia berlaku dengan tiga cara iaitu mengurangkan keradangan, menurunkan tahap trigliserida serta  tekanan darah dan mengekalkan peredaran darah. Bila peredaran darah normal, rentak degupan jantung lebih stabil dan baik. Apa lagi kelebihan omega 3 ni?




Kali ni lebih banyak lagi kelebihan Omega 3 akan saya kongsikan dengan anda.

Menyokong fungsi otak yang sihat

memperbaiki fungsi kognitif dan perasaanmeningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian (fokus)melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan


Menyokong fleksibiliti sendi

mengurangkan keradangan, melegakan simptom kesakitanpelincir semula jadi dan menyenangkan pergerakanmengurangkan kekakuan sendi, meningkatkan fleksibiliti sendi


Menyokong perkembangan bayi

menyokong perkembangan otak dan mata bayikajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 pada bulan -bulan terakhir kehamilan meningkatkan sensori…

Omega 3 Baik Untuk Kesihatan Jantung

Rugi betul sebab saya baru kenal dan baru faham kepentingan asid lemak omega 3 ni sejak kenal Shaklee.  Kalaulah saya tahu tentangnya dulu lagi, mungkin dah lama saya amalkan omega 3 ni.  Dalam pemakanan kita, ada macam-macam jenis lemak tetapi lemak yang paling baik adalah asid lemak omega 3. Ia merupakan lemak yang sihat tak seperti lemak-lemak yang lain. 



Asid lemak omega 3 adalah lemak poli tak tepu yang banyak beri manfaat untuk kesihatan kita. Kalau nak tahu, sel kita sangat memerlukannya untuk membantu dalam penghasilan sel membran untuk sel-sel badan kita.

Dalam diet kita, kalau boleh elakkan transfat kerana ia boleh menyumbang trigliserida dalam badan.

Bila sel membran kita sihat dan mendapat nutrisi yang cukup, keadaan ini membantu penyerapan nutrisi ke dalam sel dan keluar sel dengan lebih baik. Maknanya sel kita boleh berfungsi dengan lebih bagus.

Kalau selama ni kita tak terlalu kisah sangat sumber omega 3 kita, makan ikan apa, berapa hidangan dsbgnya, selepas ni kena l…

PROMOSI Bulan Ogos! Shaklee Tawarkan E-Discount Voucher Bernilai RM60

Sempena bulan merdeka ni memang macam-macam Shaklee bagi! 

BELI 5 BOTOL OMEGA GUARD DAN LAYAK DAPAT RM60 E-VOUCHER! Untung tau, beli 5 botol boleh dapat e-voucher RM 60 utk pembelian akan datang. Nak beli untuk siapa? Kalau nak kira, tak cukup 5 botol ni satu family yang ada anak-anak bersekolah memandangkan ia bagus untuk otak. kena beli lagi banyak.



❤️COOLER BAG VIVIX & SUDU COMEL! Ini Promotion bulan July yang diteruskan lagi untuk bulan Ogos.
So kalau beli 2 botol VIVIX, korang boleh dapat ni;
✔️keahlian free
✔️postage free
✔️bonus next month
✔️boleh beli cooler bag & sudu comel!
Selain tu, beli Men's Vital Health Set dan Amazing Golden set For Him pun melayakkan untuk dapatkan Cooler Bag pada harga seperti di atas.


Berminat untuk dapatkan produk vitamin Shaklee?
Hubungi;

Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084 

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang pe…

Apa Sebenarnya Kolik Di Kalangan Bayi?

Kolik bayi adalah keadaan di mana bayi menangis dengan  kerap  untuk tempoh yang panjang tanpa apa-apa sebab yang jelas. Keadaan ini biasanya muncul dalam beberapa bulan pertama kehidupan bayi dan akan hampir selalu hilang dengan serta-merta  sekitar usia  bayi itu hampir lapan bulan. Kolik pada  bayi  lebih kerap berlaku pada  yang diberi botol (menyusu botol), tetapi juga boleh terjadi pada bayi yang diberi susu ibu.



Punca terjadinya kolik  pada bayi belum  diketahui secara terperinci. Lagipun kekerapan bayi menangis antara satu sama lain pun tak sama. Jadi tidak ada persetujuan umum mengenai definisi kolik bayi. Cuma  ibu bapa harus ingat bahawa keadaan ini  boleh hilang  dalam masa tertentu. Ia bukan gangguan yang memerlukan rawatan khusus dengan segera. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada  bayi itu mengalami  kolik adalah dengan  mengetepikan sebab-sebab lain seperti lapar atau lampin yang perlu ditukar.

Walaupun penyebab sebenar kolik bayi tidak diketahui pada masa ini,…