Blog Archive

May 5, 2017

Langkah Terbaik Yang Ibu Boleh Lakukan Jika Ada Lapisan Putih Atas Lidah Bayi

BAYI  kurang dari usia tiga bulan memerlukan penjagaan yang rapi daripada ibu bapa atau penjaganya. Bukan hanya penjagaan luaran  tubuh badannya malah kebersihan mulutnya juga.






Pernah tak tengok  lapisan putih pada lidah bayi? Sewaktu Adib berusia dua bulan lebih, Atiey perasan lidahnya ada macam selaput putih. Bila Atiey cuba bersihkan, Adib macam tak selesa. Patutlah menyusu pun tak laju. 


Menurut  Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Doktor Pakar Kanak-kanak, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor;



Kesan atau lapisan putih itu dinamakan sebagai oral thrush atau oral candidiasis yang lebih sering dikenali sebagai kulat susu. Kulat ini tumbuh pada kesan susu yang mendap di mulut bayi.

Adalah menjadi satu amalan yang baik jika bahagian dalam mulut bayi dibersihkan semasa mandi supaya lidahnya bersih. Untuk pengetahuan puan, kadang kala kulat susu ini boleh membuat bayi tidak selesa pada bahagian dalam mulutnya. Ia juga boleh mengakibatkan bayi kurang menyusu.


 Masa Atiey bawa Adib jumpa doktor, memang inilah yang doktor tu bagitahu. Tapi bersyukur jugak sebab Atiey cepat-cepat bawa ke klinik sebab kata doktor tempat Atiey pergi tu, masih di peringkat awal. Belum sampai tahap jangkitan ke gusi dan bibir. Balik rumah dan titiskan ubat yang doktor bagi, Alhamdulillah makin baik. Lagipun, bayi ni proses penyembuhan tu cepat. Tak macam orang dewasa. Sel muda katakan.


Jadi, kalau nampak ada yang tak kena pada mana-mana bahagian tubuh badan bayi mommies, jangan tangguh-tangguh untuk pergi klinik ye. 



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...