Blog Archive

May 31, 2017

Resipi Susu Kurma Shaklee Memang Terbaik.

Wah,  bul🥛

Wah, bulan puasa ni minum susu kurma waktu sahur memang best kan. Tapi, Shaklee ada keluarkan produk baru nama Susu Kurma ke?


Susu Kurma Shaklee ni sesiapa pun boleh buat. janji ada ESP dan kurma. Tapi kenapa terbaik?


(1) Diperbuat daripada soya non-GMO. Soya-soya  di pasaran sekarang ni kebanyakannya GMO. 

Betul ke  ESP non-GMO? Takde tulis pun kat tong dia? Ini kerana utk mematuhi syarat2 KKM - KKM kata tak boleh tulis 'non-GMO' di label. So kalau korang jumpa mana-mana  produk yg ada tulis 'non-GMO' tu sendiri fikir ye... syarat KKM kata JANGAN LETAK.


(2) Protin tumbuhan tidak meninggalkan sisa seperti protin haiwan. Sisa protin akan ditapis oleh buah pinggang. Oleh sebab itu pengidap CKD tidak digalakkan (atau dilarang terus?not sure bout this) mengambil protin haiwan kerana kegagalan buah pinggang menapis sisa protin menyebabkan ia dilepaskan ke dalam darah.


(3) Orang yg mengalami lactose intolerant tidak boleh mengambil susu berasaskan haiwan yg mengandungi laktosa. Susu soya sesuai buat mereka. Yang ni adalah punca kenapa ramai suka ESP. 


(4) Rendah indeks glisemik (GI)


(5) Bebas kolesterol dan lemak tepu.


(6) Kaya dengan kalsium dan protin dengan  9 asid amino perlu.


(7) Dihasilkan dan diaudit di bawah IPP (identity persevation program). 


Credit to: Lyna Noh

Facebook: Attiey Mohamad
FB Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

May 26, 2017

Kenapa Trip Percuma Shaklee Ke Jepun Sangat Best

Dalam Shaklee ni, setiap tahun akan tawarkan satu International Incentive Trip. Kepada siapa? Sebagai reward kepada Business Leader yang perform dan layak setelah berhempas pulas berusaha gigih.

Trip tahun 2016 adalah di US. Kali ni 2017 ke Jepun pulak.

Bear in mind yang trip ini adalah PERCUMA. Sape yang terpilih tak perlu keluar duitpun nak beli tiket ke nak pikir hotel ke sebab semua dah diatur oleh Shaklee.

Duit buat belanja pun dapat. Lagi satu contohnya kalau ada masa yang terlalu padat dan Shaklee tak sempat belanja makan, kita akan dapat lagi duit poket. Kira macam p tapau sendiri. Tapi tapau bukan RM5 - RM6 lah... Lebih banyakkkk.


 

Perjalanan pada 13 Mei 2017 bermula dari KLIA dan transit di Bangkok.



Toki Outlet


Hari pertama sampai, Shaklee terus bawa pergi Toki Premium Outlet. Segarkan mata, segarkan badan gitu.


Hadiah


Yukata hotel pakai  untuk dinner

Hadiah lagi


Malam pertama berada di Gero, tempat Onsen paling best di Jepun. Ini kalau nak pergi sendiri, tak tahu bila.

Hotel kat sini.


Keisaki Diner

Keisaki diner ni  rakyat Jepun hanya mampu makan 1, 2 kali je setahun coz sangat mahal..
Tapi trip shaklee 2 malam tu bagi free je..shaklee memang bayar mahal utk trip ini. Bertuah betul. Lagipun menu kaiseki antara 7-14 course dan  yang Shaklee punya ni 14 course. Meriah okeyhh.



Hari kedua Shaklee dan susun jadual untuk pergi ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi.



Dah habis kat situ, gerak pula ke Shirakawa-Go iaitu perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site . Perjalanan dari tempat sebelumnya tadi ambik masa dalam sejam.


Bye bye Gero


Alpine Route



Hari ketiga adalah hari yang peserta trip ni takkan lupa sebab tempat tu unik sangat. Dibawa ke satu-satunya Snow Wall di dunia iaitu Tateyama Kurobe Alpine Route. Cantik.. Yang ni ambik masa 4 jam dari hotel di Gero.



Lunch 



Hari ke empat ke mana?




Shaklee bawa makan Strawberi di ladang berdekatan Yamanashi ; Ishihara Nojo.


Kat atas tu betul-betul orang tau..Ninja!

Lepas lunch di restoran Ninja,  bergerak pula ke Pink Moss atau pun nama famous dia Fuji Motosu.




 


Malam tu special sebab bermalam du Imperial Hotel Tokyo.

Ini view dari bilik hotel

Bilik Imperial Hotel Japan nie  cari sendiri berapa rate dia. Memang berkira sangat kalau nak p sendiri.


Apa berlaku kat sini?



Dinner dengan Dr Yasuhiko Kojima (92 tahun) , immunologist pertama yang menemui kewujudan interferon yang selepas tu disambung oleh saintis Barat.

Semeja dengan Dr Kojima! 

Master Lyna Noh @ Mentor Atiey yang semeja dengan Dr Kojima :)



Esoknya iaitu hari kelima ada lagi jalan-jalan. Memang kalau join trip Shaklee, kita kena jadi seperti 'traveller" bukan pelancong. Kena hayati dan enjoy...kena aktif.


Hari kelima ke Tokyo Metropolitan Goverment Building Observatories untuk menikmati pemandangan bandar Tokyo.





Dah habis kat situ dibawa pula ke Pejabat Shaklee Jepun.



Rasa-rasa ada lagi tak?


Mestilah. Lepas lunch mereka ke Sumida River Cruise. Hayati suasana dalam cruise hingga ke Odaiba Waterfront. Cruise tu memang disewa khas untuk peserta trip Shaklee sahaja. Tak ada orang lain kecuali yang bawak cruise tu. Hihi.




Aktiviti hari ke enam adalah Shaklee Walk iaitu jalan-jalan/ jogging di Hidiya Park (depan Imperial Hotel Tokyo)



Kalau bawa anak-anak ( bagi yang dah kahwinla) mesti puas hati pada hari ketujuh ni sebab pergi Disneyland. Yayyy!

Begitulah apa yang berlaku kat sana sebab hari kelapan dah bertolak balik semula ke Malaysia. So Best ke Best?


Pssst ..kalau nak dikira-kira, mau nilai untuk seorang sampai RM15 -20 k kot ek. Yelah, bilik suite pastu penerbangan biz class pulak tu. Bestnya lahaiii.

Ada rasa nak join tak untuk next trip pulak? Kalau ada rasa keinginan tu, cepat-cepat daftar ahli. Tau camane dan sape nak cari?

Atiey
 ====> 0139218084<====
Business Leader Shaklee Anda



*PROGRAM SHAKLEE DI JEPUN 

13/5 : KUL-Nagoya--> transit depend flight mana (Singapore Airlines or Thai Airways)

14/5 : (arrival)

Shopping at Toki Premium Outlet
- check in Gero Suimekan hot spring resot onsen
-- kaiseki dinner (Japanese traditional fine dining)

15/5 :

Takayama (old district) - pakai yukata
-- old town sannomachi
Shirakawa Go gassho mura

16/5:
Tateyama alpine snow wall
-- check in Yatsugatake Hotel

17/5
-- strawberry picking (special for Shaklee family only)
Fuji Motosu area (pink moss) flower festival
-- check in Imperial Hotel Tokyo
-- family dinner with DR KOJIMA

18/5:
Tokyo
-- asakusa & other attractions in Tokyo

19/5:
-- Shaklee Walk  (at palace garden)
-- Disneyland or Disney Sea

20/5: aftr bfast go to Narita. fly back home!


☺☺☺☺

May 25, 2017

Omega 3 Fatty Acid Yang Terkandung Dalam Omega Guard Baik Untuk Otak

Kenapa asid lemak Omega 3 ni jadi bualan hangat akhir-akhir ni? Di cari-cari maklumat tentangnya. Kalau nak tahu, banyak manfaat yang boleh kita peroleh daripadanya iaitu;

- Omega 3 yang kita ambil akan digunakan untuk menghasilkan hormon yang mengawal  keradangan, darah beku dan "contraction & relaxation" pada salur darah.

- ia boleh mempengaruhi fungsi sel reseptor dalam membran sel

- membantu membina sel otak

- membantu menghalang penyakit kardiovaskular

- membantu mengatasi keradangan dan arthritis


Asid Lemak Omega 3  terbahagi kepada 3 bahagian yang utama iaitu;

  1. alpha linolenic acid (ALA)
  2. docosahexaenoic acid ( DHA)
  3. eico sapentaenoic acid (EPA)

ALA merupakan asid lemak perlu sebab badan kita tak dapat hasilkannya sendiri. Ia hanya diperoleh apabila kita mengambil sumber-sumber makanan yang kaya dengan ALA seperti chia seeds dan biji buah kiwi.


Masalahnya sekarang adalah walaupun ramai orang yang tahu kepentingan ALA ni namun ramai juga yang tak merasakan ia perlu diambil secukupnya.

Sumber Omega 3 Yang Terbaik Datangnya Dari Minyak Ikan yang Terbaik

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang nobel Price, telah menemui satu rahsia iaitu penduduk Eskimo yang berda dalam persekitaran berbeza mempunyai tahap kesihatan yang juga berbeza.


Orang eskimo yang tinggal di Greenland, Denmark yang belerja sebagai nelayan tidak mengalami masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara yang mana bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.


Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan bahawa ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, membantu penyakit asma dan alahan kulit agar lebih baik.




Omega Guard Shaklee

Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, achovies) di perairan negara Jepun. Ia BUKAN MINYAK HATI IKAN. Omega Guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


Kalau nak dibuat perbandingan, Omega Guard Shaklee adalah yang paling tulen, mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA dan banyak lagi.


Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.


Oleh kerana kaedah penyulingan tekanan tinggi hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien. malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan, Shaklee telah menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dalam menghasilkan Omega Guard ini. Ia melibatkan proses penyulingan proprietari tiga molukel untuk mengeskstrak asid lemak Omega 3 ini.


Selain menyediakan minyak yang paling tulen dan paling semula jadi, ia juga tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya sepertri plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated biphenyl ( bahan kimia industri yang sangat bahaya)


Facebook: Attiey Mohamad
Fb Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

May 19, 2017

Wanita Ini Alami Penyakit Hypertiroid dan Disahkan Hamil. Sukarkah Untuk Melaluinya?



SUPERMOM SHAKLEE STORY
TESTIMONI 021 : FAIRUS EMILIA


Saya Fairus Emilia, SID Shaklee since 2013.Cerita saya bersama Shaklee bermula semasa menyusukan Hanna, anak pertama saya. Semasa hamil juga, saya telah disahkan menghidap penyakit hipertiroid dimana hormon tiroid saya aktif melebihi paras normal.


Alhamdulillah sepanjang kehamilan semua berjalan dengan lancar.


Saya nak berkongsi dengan para ibu semua yang mengalami masalah tiroid dan GDM (kencing manis semasa hamil.).


Al-kisah bermula masa kehamilan pertama, saya disahkan mengalami tiroid. So terus kena ambil darah. Bermula hari tu kene refer HKL dan klinik kesihatan untuk check-up. Dipendekkan cerita, selepas bersalin, semasa dalam pantang saya stop treatment tiroid. Tak buat proper follow up dah dari hospital. Ubat tiroid pun dah stop sampaikan satu hari saya rasa tak best pada badan saya.


Ujian darah tiroid lepas hamil menunjukkan bacaan tiroid yang sangat tinggi. t4=60 dan tsh bacaan tiroid tak normal. Doktor ada explain kat saya yang kemungkinan kalau tiroid saya tinggi akan beri kesan pada jantung saya. Jantung boleh bengkak sebab terlalu kuat mengepam. Macam tu lah kefahaman saya. Heartbeat pun tak normal. Lebih dari 100 degupan/min.


So start hari tu saya pun terus decide nak consume GLA COMPLEX untuk kurangkan sikit hormon yang tak balance. Gla berfungsi untuk atur balik proses dalam badan kita. Omega Guard pun start beli sebab nak bagi nutrisi pada jantung.


Lepas tu saya refer semula HKL untuk proper checkup di klinik pakar HKL. Masih consume Shaklee dan masa yang sama kene makan ubat hospital jugak. Both kene balance sebab supplement bukan untuk menyembuhkan. Tapi, sesuatu yang menggembirakan terjadi in between treatment hospital, saya hamil anak kedua. Alhamdulillah. Tapi berdebar jugak sebab sebelum tu doktor pakar dah ingatkan kene gap kan sikit kehamilan sebab nak kene kawal hormon tiroid biar jadi normal dulu.


Rezeki Allah saya tak tolak. Ambik GLA dan Omega jadi tersubur dan terhamil pulak. Hehehehehe Alhamdulilah. Izin Allah s.w.t.


Dipendekkan cerita lagi, sepanjang hamil anak kedua, treatment on, ubat tiroid on, supplement shaklee untuk hamil pun consume. Towards the end of 3rd trimester, kene pulak GDM kencing manis masa hamil. Dugaan lagi. Macam mana boleh silap pun tak tau laa. Sebelum ni tak pernah ada kencing manis, ter-ada pulak. Alhamdulillah nasib baik ESP ada, saya kawal diet, masa nak ambik darah untuk cek gula, malam tu kene puasa, ESP memang BESTFRIEND time tu. Alhamdulillah lepas tu bacaan untuk GDM back to normal, tapi still kene monitor gula. Selang beberapa minggu bacaan GDM dah normal semua. Syukur.


Lepas waktu yang ditunggu, dah bersalin, saya continue semula treatment tiroid. Alhamdulillah, lepas hamil, saya consume Set Berpantang Shaklee, add Vivix dan sambung balik makan GLA Complex + Omega. Bermulalah rutin biasa pesakit tiroid yang dah tak hamil. Anak kedua saya full Shaklee. Sampai sekarang menyusu dan consume Vivix + Omega + GLA Complex untuk tiroid.


Bacaan tiroid alhamdulillah, masa anak pertama dulu, tinggi, t4=60. Tapi masa Husna t4=40. Still tinggi tapi ada perbezaan masa first treatment tiroid selepas hamil Hanna dan Husna.


Saya teruskan konsisten makan Vivix + Omega + GLA Complex, Alhamdulillah dari t4=40 turun jadi t4=30+  sehinggalah sekarang bacaan t4=28. Masih ada hipertiroid, sebab ubat hospital pun on off makan :). Perlu diingat yer. walaupun kita consume supplement, kalau jenis yang sakit kronik ni, tak boleh off ubat hospital. Lagi satu saya perasan, masa saya konsisten both, ubat ok, supplement ok, bacaan tiroid saya back to normal. t4=24.


Syukur kepada Allah s.w.t sepanjang treatment tiroid dan kehamilan, saya sangat bertenaga. Handle 2 orang anak, drive ke HKL saat tengah sarat. Tak rasa letih pun. Memang sangat berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua.


Semoga yang membaca cerita saya mendapat sedikit inspirasi :) dan dapat kongsikan kepada family, kawan dan orang sekeliling yang ada tiroid jugak ok. Ikhtiar dan doa semoga kita diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah.





Facebook: Attiey Mohamad 
Fan Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084 


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Korek Pengalaman Sebenar Pengidap Penyakit Buah Pinggang Bocor

TESTIMONI 026 : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??
.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.


Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.


Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.


Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.


Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail


Berminat nak cuba Vivix?

Facebook: Attiey Mohamad
Fan Page: Mommy Ceria
WhatsApp: 0139218084

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Nephrotic Syndrome/ Penapis Buah Pinggang Bocor. Bahayakah?

Tak pernah terfikir ada sajenis penyakit yang dipanggil penapis buah pinggang bocor ni. Dari segi perubatan , namanya Nephrotic Syndrome

Nephrotic Syndrom ni adalah penyakit buah pinggang yang berlaku apabila tubuh kita mengeluarkan protein secara berlebihan ke dalam urin.




Kenapa boleh jadi macam tu ye? Kenapa buah pinggang boleh bocor? Dia bocor macam botol yang bocor tu ke?

Penyakit ni biasanya disebabkan oleh kerosakan pada sekelompok saluran darah yang kecil di dalam buah pinggang. Saluran darah ini berfungsi untuk  menapis sisa  dan air yang berlebihan daripada darah kita.

Apabila berlaku kebocoran tersebut, ia menyebabkan terjadinya bengkak (edema), selalunya pada tapak kaki dan tumit. Ia juga boleh membawa risiko kepada masalah kesihatan yang lain.


Apa yang berlaku selepas itu? Rawatan yang akan diberi termasuk mengesan punca yang menyebabkan ia berlaku dan ubat akan diberikan.


Jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang rujukan di klinik berhampiran sebab Nephrotic Syndrom ni meningkatkan risiko jangkitan kuman dan darah beku. Saranan supaya mengubah diet harian mungkin akan diberi untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain terjadi.


Selain tu, boleh ke ikhtiar dengan makanan kesihatan lain seperti VIVIX?


Kes #1
" Alhamdulillah, da ok..macam biasa.
"Dah tak pergi hospital lagi"
"Baru sebotol je saya minum"
 


Kes #2

"Assalam. Dila semalam akak gi klinik ambik result ujian air kencing.
"Alhamdulillah protein dalam air kencing dah berkurangan."
 "Masa bulan 11 ari tu bacaan ++ so semalam +saje"




Cara untuk buat pesanan Vivix


- Whatsapp/SMS/Call ; 0139218084 (Atiey)
- Nyatakan bilangan yang anda mahukan
- Nombor akaun untuk urusan pembayaran akan Atiey beri.
- Selepas bayaran diterima, Atiey akan terus uruskan penghantaran



Facebook: Attiey Mohamad 
Fan Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

May 17, 2017

Tips Turunkan Kolestrol

Kalau ikutkan selera makan semuanya kita nak cubakan. Tapi bila mengenangkan takut ada penyakit di kemudian hari, itu yang kita pun berjaga-jaga.


Antara penyakit yang boleh datang bila kita tak kawal pemakanan adalah kolestrol tinggi dalam darah. Pernah dengar kan?


Tapi jangan salah faham sebab kolestrol ni ada dua.


Satu jahat iaitu LDL - Low Density Lipoprotein / ketumpatan rendah.


Kedua adalah kolestrol baik iaitu HDL- High Density Lipoprotein/ketumpatan tinggi


Kenapa LDL jahat? Kerana ia akan menyebabkan pembentukan plak lemak dalam salur darah kita. Lama-kelamaan salur darah akan jadi sempit dan boleh tersumbat. Bila tersumbat, aliran darah tersekat dan stroke atau serangan jantung boleh berlaku.


Seelok-eloknya kita menurunkan paras LDL dalam darah kita. Kita kena tahu bahawa sumber kolestrol dalam tubuh kita datangnya dari hati secara semula jadi. Jika kita mengambil makanan berlemak secara berlebihan, risiko untuk serangan stroke dan sakit jantung adalah tinggi.


Bagaimana Cara Rendahkan Kolestrol?

-Amalkan pemakanan seimbang

-Jauhi makanan rendah lemak tepu dan rendah lemak trans

-Amalkan diet tinggi serat

-Bersenam dengan kerap

-Usahakan turun berat badan


Nak cara yang lebih meyakinkan pun boleh jugak. Minum Vivix.



Vivix ni oleh kerana dia kaya dengan Resveratrol sebagai sumber antioksidan, jadi dia mampu bertindak balas dengan kolestrol dengan baik.

"Resveratrol naturally diminishes the amount of triglycerides in the blood. Resveratrol prevents plaque formation in the arteries whether the cholesterol levels are high or low. Resveratrol can prevent atherosclerosis without affecting plasma lipid levels.
Resveratrol antioxidants can disband cholesterol obtained from fat, which deposits in arteries leading to coronary heart disease. Resveratrol in red wine helps easy blood circulation in the arteries. It slows oxidation of bad cholesterol-LDL that attaches to artery walls. It provides a healthy heart by regulating pressure and arterial flow. Resveratrol also supports good HDL cholesterol within normal range.

Resveratrol’s life sustaining benefits can be exploited in full through consumption of Resveratrol supplements. This is a better alternative to consuming red wine. The recommended amount of red wine for Resveratrol benefits are two drinks per day for men and one drink a day for women. Men have a larger limit because they have more enzymes to metabolize alcohol compared to women"


 Kredit

Vivix akan memelihara jantung dengan mengelakkan pengoksidaan salur darah. pengoksidaan salur darah akan menyebabkan mendapan plak yang boleh menyempitkan salur darah kita.

Kandungan 10 kali ganda resveratrol dan 15 polyphenol membantu melindungi salur darah dan mengurangkan risiko masalah jantung.


 


Lagi cepat anda amalkan Vivix ni, lagi cepat Vivix dapat membantu anda menurunkan kadar kolestrol dalam darah tu. Jangan tunggu sampai dah terlalu lewat ye.


Cara untuk membuat pesanan:

1) Hubungi (Whatsapps/SMS) untuk pesanan sekarang:

Attiey Mohamad
0139218084


Atau 

2)Anda boleh buat belian sendiri dengan klik gambar Esell di bawah.


Klik Sini


Hubungi Atiey (0139218084) untuk pertanyaan semasa proses pembelian.

Ohh, jangan lupa, Attiey sediakan konsultansi percuma untuk anda yang jadi customer Vivix dengan Atiey tau. So, jangan lupa maklumkan nanti. 

May 16, 2017

Amaran Kepada Pencinta Sushi


Sushi ni ada di mana-mana. Sebut je, pasti jumpa. Tapi kena berpada-pada makan sushi ni kerana kandungan parasit yang dikaitkan dengannya boleh menjejaskan kesihatan. Ini kerana kita tahu sushi menggunakan ikan dan makanan laut yang tidak dimasak.


Dalam satu kajian yang masih baru, mendapati jangkitan dari anisakidosis, parasit dalam sushi, semakin meningkat, . Ia menekankan kisah seorang lelaki berusia 32 tahun dari Portugal yang mempunyai sakit perut yang teruk, muntah-muntah, dan demam yang lama . Dia kemudian didapati dijangkiti parasit yang dikenali sebagai anisakis, yang berpunca dari  makan sushi.


Anisakidosis  ni dahulunya dikenali sebagai anisakiasis atau anisakiosis, dan juga dipanggil  penyakit cacing herring iaitu  jangkitan parasit. Ia disebabkan oleh sikap suka  makan makanan  mentah atau kurang masak . Boleh jadi juga  ikan atau makanan laut yang terlibat  dijangkiti oleh cacing kecil anisakis.


Gejala-gejala termasuk: 
  • sakit perut teruk
  • rasa loya dan muntah-muntah 
  • cirit-birit

Dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut. Kebanyakan  kes-kes yang telah dilaporkan berlaku di Jepun, di mana makan ikan mentah adalah perkara biasa. Namun tetapi ia adalah semakin dilihat di negara-negara Barat.

(Kes Kajian) 
Seorang individu yang terlibat dengan satu "case study" bagitahu akhir-akhir ni beliau telah memakan sushi, dan doktor di Portugal mengesyaki lelaki berusia 32 tahun itu mungkin mempunyai anisakidosis.



Mereka memasukkan endoscope (tiub panjang dengan kamera pada hujungnya) melalui mulut ke dalam perut beliau. Gambar mendedahkan larva dari parasit seperti cacing yang benar-benar melekat pada keluasan perut beliau, yang bengkak dan berlaku keradangan.


Selepas doktor mengeluarkan larva  tersebut dengan net khas, simptom yang ada pdfa lelaki tersebut hilang dengan sangat cepat. Analisis makmal menunjukkan bahawa larva itu  dari spesies anisakis.


Purata panjang Larva Anisakis adalah dari 5 hingga 20 milimeter.


Pengarang kajian iaitu Joana Carmo, MD, berkata, penyakit ini agak jarang berlaku di Eropah. Sembilan puluh peratus daripada kes-kes  adalah berlaku  di Jepun, dan  juga kerap di negara-negara Scandinavia kerana pengambilan  hati ikan cod.


"Walau bagaimanapun, di negara-negara Eropah lain, serangan ikan itu mungkin lebih kerap daripada yang difikirkan," Carmo berkata. 


Katanya, satu kajian menunjukkan bahawa   39.4%  anisakis telah ditemui daripada mackerel segar yang diteliti dari pasar ikan berbeza di Granada, Sepanyol.


Bagaimana untuk mengelakkan Anisakidosis?


Carmo berkata bahawa Chef sushi yang betul-betul  terlatih boleh mengesan larva anisakis  kerana mereka boleh dilihat di dalam ikan.


CDC berkata, satu-satunya cara untuk  mengelakkan parasit dan bakteria ini adalah dengan memasaknya dengan  betul sebelum dimakan.


Untuk  membunuh parasit, FDA mengesyorkan langkah-langkah berikut;

  1. Masak makanan laut untuk suatu suhu dalaman sekurang-kurangnya 145 F.
  2. Pembekuan ikan:
  • -4 F atau kurang  selama 7 hari (jumlah masa), atau
  • -31 F atau kurang sehingga  beku, dan simpan pada -31F  (-35 C) atau kurang selama 15 jam, atau
  • -31 F (-35 C) atau kurang sehingga beku dan simpan pada -4 F (-20 C) atau kurang selama  24 jam.

Persoalan saya, berapa kerap adik, abang, akak makan sushi? Suka sangat sushi sampai rasa tak boleh hidup tanpa sushi?


Boleh nak makan tapi kena ada langkah berjaga-jaga seperti contohnya tingkatkan sistem imun dan buat detoks parasit setiap  bulan untuk kasi cuci benda-benda parasit ni.


Pernah dengar tak detoks parasit?

Ia melibatkan beberapa produk Shaklee seperti


  • Vivix 
  • Nutriferon
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Alfalfa
  • DTX Complex.

Bagaimana?

Hubungi saya dan saya akan  explain dengan lebih detail. lagipun detoks parasit ni sangat ekslusif milik group besar kami (iReach) dan ianya istimewa hanya untuk customer kami. Susah? Taklah. Sambil detoks, kita cuci badan dan untung (bonusnya) bila berjaya turun kilo. Wow!

Hubungi saya cepat ye. Bulan puasa ni masa paling sesuai untuk jalankan detoks. Baru vasss di hari raya nanti.


Pengedar Shaklee Anda
Attiey Mohamad
0139218084

May 11, 2017

Apa Usaha Si Anak Bila Mak Kena Gastrik?



Kalau kita, bila mak kita memang selalu kena gastrik apa kita buat? Kalau tak tahu nak buat apa, memang kena baca ni.


Kisah ni, maknya memang mengadap gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntah, cirit birit dan flat untuk sehari dua. (Pernah rasa? Sakit sangat) 


Tangguh dulu buat scope sbb kesian nanti nak tengok mak di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastrik dah macam-macam la yang dimakan. Kalau setakat ubat biasa dah tak jalan. Memang tahap dah selalu sangat kena.



Pilihan yang ada adalah bagi ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 



Dalam masa sebulan dah nampak perubahan ketara tau. Mula-mula macam tak percaya. Katanyalah. Tapi akhirnya dia akur memang produk yang dah wujud sejak tahun 1915 ni sangat berkesan. Natural based. Tak bahaya. Tak ada steroid.


Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 


Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri.



Facebook: Attiey Mohamad 
Fan Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084 


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

May 9, 2017

Tips Pilih Supplemen Cara Bijak



Nak pilih supplemen nampak macam satu perkara yang mudah tapi kalau salah pilih, kita akan menanggung kesan jangka panjang yang kita sendiri tak tahu. Apatah lagi kalau kita terpilih supplemen sintetik iaitu bukan dari sumber organik.


Jadi kat sini saya nak bagi tips bagaimana nak pilih supplemen dengan bijak.

  • Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
  • Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  • Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  • Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mempertimbangkan anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
  • Pastikan pengambilan vitamin B kritikal termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  • Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.


Facebook: Attiey Mohamad
Fan Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084 


Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH. Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

May 5, 2017

Masalah Hypertiroid Stabil dan Tak Perlu bergantung Pada Ubat Lagi



Penyakit hyperthyroid ni, penyebabnya adalag grave’s disease iaitu antibodi dalam badan   yang menyebabkan kelenjar tiroid itu membesar dan mengeluarkan hormon terlebih.


Antara tanda-tanda yang dialami oleh pesakit Hyperthyroid adalah ;

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan Jantung bertambah
  • Sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah
  • Terketar-ketar
  • Haid tidak teratur
  • Masalah Kesuburan
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik
  • Tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah

Saya nak kongsikan bagaimana  seorang pesakit Hypertyroid  berdepan dengan masalahnya  itu dan kini  bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan dia  juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

=======================================================================


Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju... Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya dan bantu kukuhkan balik sistem imun saya.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

===================================================================

Harga 

Vivix : RM475 (150ml)

Nutriferon : RM181.30

Vitamin C : RM97.50

B-Complex : RM58.80

Ostematrix : RM61.25

ESP : RM161.30



Untuk pertanyaan dan pesanan;

Facebook: Attiey Mohamad 
Fan Page: Mommy Ceria 
WhatsApp: 0139218084 

Shaklee ialah produk kesihatan semulajadi yang tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kami bukan doktor mahupun pakar perubatan. Saranan kami adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan. Sekiranya anda sakit, sila berjumpa DOKTOR YANG BERTAULIAH.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!

Perhatikan Tanda-tanda Berikut Jika Bayi Alami Elergi

Bayi pun alami alahan pada makanan ke? 

Sekali dengar macam tak logik sebab bayi hanya minum susu dan tak boleh makan lagi kan. Tetapi, jangan lupa bahawa jika bayi kita tu menyusu ibu, makanan yang si ibu makan boleh mempengaruhi bayi tadi.


Apa yang ibu ambil dan makan akan masuk ke dalam aliran darah ibu dan boleh membuatkan alahan kepada bayi tersebut. Sebab tu dalam tempoh berpantang yang mana kebiasaannya penyusuan ibu masih berjalan, pengambilan herba perlu dikawal atau dihentikan buat sementara waktu, bergantung pada ketahanan bayi.




Ada bayi yang ok tapi ada juga bayi yang amat sensitif.


Tapi bukan bermaksud  mommies perlu terus menghentikan pengambilan makanan tu sepanjang menyusu kerana ibu dan bayi  masih memerlukan khasiat yang ada dalam makanan tersebut.


Mungkin mommies  perlu mengelakkan makan makanan yang menyebabkan alergi secara serentak atau ‘berpantang’ makan makanan tersebut dalam tempoh masa tertentu dan kalau nak makan juga, pastikan dalam kuantiti yang sedikit.


Ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan jika bayi mengalami alergi:


1. Ruam pada kulit. Bintik-bintik merah di kawasan pipi bayi menandakan petunjuk awal bayi mengalami alergi terutama jika belum hilang dalam jangka masa yang lama.


2. Selesema. Ia berbeza dengan selesema biasa. Bayi yang mengalami selesema akibat alergi akan mengeluarkan cairan yang cair dari hidungnya. Sementara bayi yang mengalami selesema biasa mengeluarkan cecair kental dan kadang kala berwarna hijau dari hidung.


3. Buang air besar berdarah. Apabila alergi sudah mengganggu saluran pencernaan, bayi akan membuang air besar berdarah. Ia biasa berlaku dalam kalangan bayi berusia dua hingga enam minggu.


4. Cirit dan muntah. Sekiranya masalah alergi tidak dikenal pasti puncanya dan ibu tidak sedar anak sedang mengalami alergi, bayi cenderung mengalami cirit birit dan muntah.


Jadi, mommies kena peka pada apa-apa perubahan pada bayi terutama 4 tanda di atas.  Jangan ambil sambil lewa kerana sistem pertahanan bayi tak sekuat mommies dan orang-orang di sekelilingnya.

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...