Blog Archive

April 10, 2017

Fungsi Hati dan Periksa Jika Ada 3 Tanda Hati Anda Bermasalah



Hati kita ni merupakan organ terbesar di dalam tubuh kita dan ia mampu untuk membaiki organnya sendiri sekiranya berlaku sedikit kerosakan.

Hebat tak?


Mestilah hebat kerana ciptaan Allah SWT tu semuanya tidak sia-sia.

Fungsi hati adalah seperti berikut;


1. Rembesan hempedu

- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika proses penghadaman.

- Hempedu kita ni, walupun kecil namun ia diperlukan untuk pencernaan lemak di mana ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)

- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitaminA,D,E & K (vitamin larut lemak) dan ia mengasimilasikan kalsium.

- Hempedu menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A


2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

- Hati mngawal metabolisme protein

- Untuk detoksifikasikan ammonia ni, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

- Bahan-bahan tersebut kemudian akan dikumuhkan oleh buah pinggang.

-jadi, dalam usaha untuk kita mempunyai hati yang berfungsi dengan baik, kita juga memerlukan buah pinggang yang sihat.


3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

- Dengan menukarkan tiroksina- hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif.

- Jika penukaran tak mencukupi, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme.

-  Hati mewujudkan GTF ( Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation.

- GTF ini diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.

- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian akan ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.

- Hati kita  memecahkan hormon seprti estrogen adrenalin dan insulin.


4- Penting Untuk Metabolisme Lemak

- Penting dalam sintesi asid lemak dan asid amino serta gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein, dan phospolipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga.

- Makanan yang berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati dan kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.


Bagaimana Nak Kenalpasti Sekiranya Hati Bermasalah?

Berikut adalah bahagian tubuh yang berkait jika hati anda ada masalah.

Bau mulut yang kuat dan menyengat
Sekiranya anda tiada masalah gigi rosak, bau mulut yang seakan-akan ikan busuk perlu dipandang serius. Ia mungkin kerana ammonia yang diproduksi secara berlebihan dalam tubuh.

Lingkaran gelap pada mata
Selalunya masalah mata panda berlaku jika seseorang tu kurang tidur dan penat. Tetapi lingkaran gelap pada mata juga berkait dengan masalah kerosakan hati.

Mata berwarna kuning
Mata putih, jika berubah warna kekuningan menunjukkan berlaku sesuatu di dalam hati dan pada waktu ini anda tidak boleh bertangguh lagi untuk berjumpa doktor.

Perut membesar dan buncit
Perut yang telah kelihatan buncit menunjukkan hati yang sedang membengkak. Kelihatan buncit di sini adalah kelihatan besar lain dari kebiasaan.



Jagalah hati anda sebaik mungkin dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga info ini dapat membantu.

3 comments:

  1. kalau sentiasa jaga pemakanan badan pasti akan sihat

    ReplyDelete
  2. Banyak juga fungsi hati ni kan. Tapi salah satu tanda masalah hati ialah iri hati dan sakit hati kena tinggal pasangan.

    ok #gurau

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...