Blog Archive

March 28, 2017

Kenapa Jantung Rasa Berdebar-debar?

Dalam banyak-banyak organ dalam tubuh kita, bila kita sebut pasal masalah jantung, terus kita kaitkan dengan sakit jantung.




Sama juga bila ada yang kata dia merasakan jantungnya berdegup laju dan berdebar-debar walupun dalam keadaan rehat. adakah itu simptom sakit jantung?


Menurut Dr Zubaidi,  kita kata jantung berdebar apabila ia berdegup laju melebihi 100 degupan seminit dengan rentak sekata.


Tahu tak, jika jantung berdegup laju tapi msih dalam rhytme yang sekata ia masih dianggap normal. Degupan laju melebihi 100 degupan perminit  dinamakan tachycadria


Tetapi, sekiranya ia berdegup laju dalam drama/rentak yang tak sekata seperti ia tidak berdegup pada masanya atau ia terlalu cepat kemudian kembali perlahan, ia dinamakan arrhythmia


Adakah Berdebar-debar tu bahaya?

Kalau berdebar yang terlalu laju dan berterusan sehingga menyebabkan rasa nak pitam, kepenatan, sakit dada dan pening, segerakan bertemu dengan doktor kerana dikhuatiri keadaan tersebut merupakan petanda kepada masalah yang lebih serius seperti


  1. tanda awal sakit jantung
  2. ada berlaku sumbatan pada coronary arteri
  3. petanda lemah jantung
  4. masalah injap jantung
  5. masalah pada otot jantung


Jangan bertangguh kerana risau untuk menghadapi result doktor. Semakin anda bertangguh dan melewat-lewatkan pemeriksaan, bimbang keadaan semakin tidak terkawal. Sayangi tubuh kita dan berikan yang terbaik untuk kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...