Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Ajar Anak Dunia Bisnes

Waktu anak-anak tidur, tenung wajah mereka dalam-dalam.
Amanah dari Allah SWT untuk kita jaga dan didik dengan penuh tanggung jawab. Untuk apa? Untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya.
Atiey suka sembang-sembang dengan Raisha. Maklumlah umur 5-6 tahun ni fasa diorang banyak bertanya itu dan ini. Layani dengan sabar dan sokong dengan jawapan yang membina minda.

Sekali sekali, Atiey selitkan tentang bisnes jugak. Saje nak buka minda Raisha dengan dunia perniagaan. Jangan under estimate anak kita. Bimbinh dan pimpin mereka. Dalam mada yang sama, wajib dekatkan dengan Sang Pencipta.

Cara Buat Bisnes Dengan Untung Yang Lebih Banyak

Bila kita buat bisnes, mesti kita nak dapat untung kan...kalau bisnes takde untung, bukan bisnes namanya.
Nak untung banyak ke untung sikit?
Ada orang kata, untuk permulaan tu biasanya untung ciput. Lama-lama baru makin besar.

Betul tu. Bila modal besar, untung untuk permulaan mungkin sikit-sikit dulu.
Tapi, tahu tak kalau buat bisnes Shaklee, untung lebih sebab modal cuma RM65 +6% GST je. Untuk seumur hidup. Haa...
Sewa kedai?
Tak perlu kedai cuma sediakan sedikit ruang di rumah untuk simpan stok sebagai persediaan COD. Rak pun dah cukup. Jimat? Mestilah sebab kurangkan kos dan untung lebihla.
Kalau buat produk sendiri, kita kena spend sedikit wang dan tenaga untuk buat kajian atau upah pihak lain buat test. Tapi dengan Shaklee, semua tu company dah siapkan. Pengedar tinggal buat pemasaran untuk diri sendiri je. Mudah?
Jadi, jomlah maksimakan keuntungan dengan bisnes Shaklee Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Telemores Panjang Melambatkan Penuaan

Telemores, penuaan, radikal bebas...apa tu?

Semua ni berkait sebenarnya tau. Sebelum ni atiey pernah jumpa dua orang yang sebaya tapi sorang nampak muda dan seorang yang lain nampak agak berumur. Kenapa jadi macam tu?

Selain jawapan yang selalu kita dengar, dah berumur sebenarnya ada sebab lain yang kita perlu faham iaitu telemores mereka berdua tak sama.


Seorang dah pendek telemoresnya dan seorang lagi masih panjang. Yang masih kelihatan muda tu telemoresnya panjang dan yang nampak dah berumur pula mengalami telemores yang pendek.


Telomeres adalah topi di akhir setiap untai DNA yang melindungi kromosom kita macam tali kasut tu. Hujungnya akan ada macam plastik penutup tu kan.




Faktor umur dan pendedahan kepada pencemaran dan radikal bebas mempercepatkan proses pemendekannya. Bila jadi macam tu, DNA kita hilang perlindungan dan sel akan mula membahagi dengan menyalin "maklumat" yang rosak.

Ini menyumbang kepada penyakit kronik dan penuaan kita.


Boleh ke ia lambatkan?

InshaaAl…

Apa Collagen Powder Shaklee Dah Lakukan Pada Saya?

Tak pasti korang dah pernah baca tak cerita atiey sebelum ni yang pasal cap jari hilang tu.


Seksa tau. Susah nak berurusan di bank. Rasa macam alien pun ye jugak. Hihi.


First time jadi masa tahun 2005. Masa tu belajar lagi. Cuma bila balik rumah cuti semester, buat kerja dapur, celup air sabun, jari pecah-pecah dan menggelupas.


Baru-baru tahun 2016, makan kolagen Shaklee, saje nak cuba-cuba jer. Tujuannya nak kurangkan jeragat. Seminggu amalkan #collagen powder Shaklee, kulit tapak tangan rasa licin pulak.


Baru-baru ni pergi bank, staf kaunter kata dah tak perlu guna surat khas lagi. Cap jari dah ok. Senyum lega rasa.


Kesan Collagen Shaklee ni indah khabar sungguh. Rupa lagi indah. Halus. Senang nak serap.

Kenapa Nak Berniaga Kena Ada Mentor?

Ramai tak yang rasa nak berniaga? Tak kiralah online atau offline.

Bila orang kata berniaga tu senang, mungkin sebab dia dah ada mentor dan orang yang boleh dijadikan rujukan.

Tanpa mentor, plan mungkin kita boleh buat tapi di pertengahan jalan, ada yang sedikit loss. Bukan atiey cakap kosong tapi memang dah berlaku kepada sesetengah peniaga baru.


Jadi, sebelum mula bisnes, cari dulu ilmu dan cari dulu mentor supaya kita lebih jelas hala tuju perniagaan tu.

Vitamin Antioksida Yang Membantu Masalah Fibroid

Kak E pesan bulan lepas, kalau tiba-tiba rasa tak kena dengan badan, baik p jumpa doktor. Bukan sengaja nak takutkan sesape tapi macam Kak E pubya ceritalah, semua ok cuma rasa perut cam buncit je.
Rupanya ada fibroid.
Maunya tak panik. Takut juga katanya.

Tapi sebab Kak E ni pengguna tegar vitamin Shaklee, selain dari ikut apa nasihat doktor, Kak E cuba semua vitamin antioksidan yang ada macam
Vivix Vitamin A (Carotomax) Vitamin C Plus Vitamin E Complex
Alhamdulillah. Usaha Kak E berhasil. Fibroid menunjukka perubahan yang sangat ketara. POSITIF
Kalau nak tahu cara beliau ambil dan apa kesan selanjutnya, meh pm tepi ye.  Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

KAROTENOID Warna Yang Melindungi Tubuh Kita, Bagus Untuk Masalah Mata Rabun

Apakah Karotenoid?



Perasan tak  dengan pelbagai warna dalam tumbuh-tumbuhan, buah -buahan dan sayur-sayuran di sekeliling kita? 
Daripada warna kuning yang bersinar-sinar sehingga ke warna labu oren dan lada hijau serta tomato yang merah menyala dan sayuran hijau yang berdaun gelap. Tetapi tahu tak apakah yang membuatkan ianya begitu kaya dengan warna warni? 
Karotenoid lebih dikenali sebagai “Krayon Semulajadi” untuk tumbuh - tumbuhan dan mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk warna-warna kuning, oren dan merah. 
Warna-warna krayon ini tidak hanya wujud untuk menjadikan tumbuh-tumbuhan ini kelihatan cantik tetapi ianya melindungi tumbuhan ini terhadap sinaran matahari yang terik, menstabilkan sel membran dan membantu dalam proses fotosintesis. Sama saperti karotenoid yang melindungi tumbuhan, ianya juga boleh melindungi kita! 




Rasa-rasanya mampu tak untuk ambil semua sayur-sayuran dan buahan yang pelbagai warna ni dalam masa satu hari?
Kalau rasa tak mampu, saya ada berita baik. 


C…

Bagaimana Untuk Tingkatkan Sistem Imun Kita Secara Semula jadi

Sistem imun kita sangat penting. Ia merupakan tentera peribadi yang mengawal badan kita 24/7 untuk menentang serangan dari penyerang iaitu bakteria, kulat dan virus. Ia juga bertindak sebagai satu pertahanan terhadap jangkitan dan pertumbuhan sel tak normal.


Selain melindungi kita daripada jangkitan , sistem imun juga boleh mengurangkan tahap jangkitan. Keupayaan sistem imun kita untuk mengingati serangan penyakit yang terdahulu membuatkan kita lebih bersedia untuk berlawan dengan jangkitan-jangkitan yang sama pada masa depan. Ia juga membantu kita sembuh dengan lebih cepat dan dapat mencegah daripada timbulnya isu-isu kesihatan yang lebih serius .


Sistem imun yang lemah akan membuatkan kita lebih mudah dipengaruhi kepada beberapa serangan yang boleh menimbulkan huru-hara di dalam badan.


Apabila kita mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan tekanan yang baik, dilengkapi dengan diet yang berkhasiat dan disokong oleh makanan tambahan yang diperlukan menggambarkan pendekatan holistik…

Impian Ke Jepun

Tak pasti sejak bila atiey ada azam untuk ke negara bunga sakura ni tapi yang pasti sangat lama.

Kenapa nak sangat pergi sana? Dulu mungkin sebab nak tengok bunga sakura semata-mata tapi lama-lama rasa nak tengok sendiri budaya dan cara hidup orang-orang Jepun tu.

Lebih tepat, nak tengok macam mana cara mereka handle life dan perniagaan di sana. Hehe..nak sangat.


Soon....

Doakan atiey sampai kat Jepun ni dan dapat apa yang atiey nak sangat tahu. Shopping tu bila-bila pun boleh kan..acah-acah pejam mata.

10 Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee

Vivix ni dah jadi macam satu fenomena sekarang ni sampaikan stok di beberapa cawangan Shaklee dan Hq pun habis. Penangan betul.

Tapi apa yang membuatkan Vivix ni istimewa?

Vivix ni merupakan formula enak yang dicipta untuk membantu mengekalkan kesihatan sel darah kita. Ia mengandungi campuran polifenol semula jadi yang dicipta untuk membantu meneutralkan radikal bebas.

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda dan soalan-soalan berikutnya di bawah ni.



Apakah Vivix ni sebenarnya?
Vivix mengandungi  semua campuran polifenol semula jadi dari anggur Muscadine luar biasa, Polygonum Cuspidatum, Elderberri Eropah dan lobak Ungu yang direka untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan dan ianya dipatenkan.

Apakah yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur-anggur yang lain?
Anggur ini merupakan sumber alam yang paling luar biasa sifatnya.
Ia sangat berkhasiat dengan profil polifenol yang unik di mana sains telah mencadangkan yang ia menawarkan khasiat kesihatan yang sangat banyak. Mem…

Bagaimana Nak Elakkan Anak-anak Dari Mudah Dijangkiti Penyakit?

Satu masa dulu atiey tak suka dekat-dekat dengan orang yang selsema atau demam. Bukanlah bajet sihat ke sombong tapi masa tu atiey senang dapat penyakit tu.

Macam tulah jadinya kalau sistem imun tubuh kita tak kuat. Nak lawan virus dan kuman pun tak boleh,. Sudahnya senang dijangkiti penyakit.

Kalau selsema dan demam je ok la tapi kalau penyakit lain-lain tu camne? Takut jugak kan bila sistem pertahanan badan kita ni lemah.

Tapi Alhamdulillah sangat sebab sekarang ni tak semudah dulu untuk dijangkiti demam dan selsema. harap-harapnya dijauhi juga dari penyakit-penyakit yang sukar nak ubat tu.

Mungkin korang boleh cuba cara atiey iaitu amalkan Vitamin C dan Nutriferon. Tak susah pun. Sebiji sehari je vitamin C tu. Nutriferon pula satu sachet je. Oh ye, Nutriferon ni kalau nak bagi kat anak-anak pun boleh. Atiey pernah bagi kat Raisha masa dia demam.. Sedap katanya. So, tak da masalah.

Sebab Yang Paling Mudah Kenapa Kena Berniaga

Tadi p kedai runcit. Beli lauk mentah.

Sempat jugak tengok "drama kecil" antara customer yang tak puas hati dengan harga ayam kat situ dengan boss aka tuan punya kedai.

Memangla kan. Sekarang ni kos sara hidup semakin tinggi. Gaji 3k macam gaji 1k rasanya. Tak boleh nak bermewah sangat.

Tapi, ramai pulak atiey tengok kawan-kawan yang p situ sini berjalan-jalan dengan family. Bawak makan angin. Oh ye, diorang ni geng biz Shaklee rupanya. Hihi.

Macam zaman gawat sebelum ni jugak, bonus Shaklee tak pernah ada masalah untuk dibayar. So, kos yang semakin tinggi tu dapat ditangani sebab income on je selagi kita sentiasa berusaha. Jangan goyang kaki pulak.

Ada yang teragak-agak lagi? Jom atiey tolong meh. Kita serius berShaklee

Kenapa Set Kecantikan Shaklee Jadi Pilihan Utama?

Makan sebab nak cantikkan kulit tapi mula sedar yang badan makin beetenaga dan berat badan dan turun.
Nafsu makan pun makin senang nak control. Kalau tak mulut asyik mengunyah je. Ada lagi. Bila kena hujan atau berada kat tempat berhawa dingin, selsema dah tak mudah nak hinggap. Bangun pagi pun idokla terbersin-bersin.
Seminggu guna collagen powder, kulit rasa lembab dan nampak perubahan. Liang roma semakin kecil. Betulla orang kata, kalau jadikan amalan, muka licin, liang pori tutup terus. Wahhh.. Dalam nak tutup liang pori, sakit-sakit dan sengal tulang makin kurang. Nak cantik tapi dapat sihat sekali. Untungkan.
Benda apa ni? ­čî╗Vivix
­čî╗Collagen powder
­čî╗Vitamin c
­čî╗Vitamin e Cantik tapi tak sihat tak bawa erti apa-apa. Tapi bila kita sihat dan cantik, kita akan lebih bahagia.
 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perlu Ke Buat Kerja Sampingan Sekarang ni ?

5 tahun lepas, dah cuba berjimat untuk beli satu benda ni..
Dah cukup 5 tahun, benda yang diidamkan tu dah naik harganya u'olls.
So atiey rasa kaedah berjimat untuk era sekarang ni tak berapa nak efisyen sangat dah. Nak tak nak kita kena buat side income jugak tau. Baru boleh merasa nak beli sesuatu.

Kecuali..korang memang dah dapat RM20k sebulan sekarang ni...mungkin cukup.

Tips Bina Business Network

Korang ada name card biz?
Selalu tu benda wajibkan bagi yang berniaga. Selain untuk memudahkan orang menghubungi kita, boleh jadi benda untuk meluaskan network jugak.
Sebut pasal luaskan dan kembangkan network, kita kena rajin bersosial. Bukan sosial lepak tak tentu hala tapi bina hubungan untuk berbisnes dan cari prospek.

Kat mana?
Kat fb boleh, insta boleh tp bukan duk scroll je memanjang.
Kalau ada event, joinlah. Selain beramah mesra, bina ukhwah bina silaturrahim, kita besarkan network. Susah? Cuba dulu.

Pentingnya Makanan Kesihatan Selepas Bersalin

Masa dapat gambar baby yang dah kaku kes korban ibu sendiri last week, rasa agak terkejut tapi dalam hati dah ada satu sangkaan yang mungkin ibu itu mengalami masalah meroyan.

Memang waktu berpantang ni tak boleh ambik mudah. Kita rasa kita kuat dan boleh berpantang sorang-sorang tapi pastikan ada masanya kita ada seseorang yang kita boleh harapkan untuk melakukan sesuatu bagi pihak kita.

Sebab apa, bila semuanya kita buat..ada potensi untuk makan kita tak terjaga. Anak sorang ok lagi. Kalau anak 2 dan lebih?

Nutrisi yang cukup penting tau. Macam atiey dulu, anak pertama tak kenal Shaklee. Waktu berpantang rasa tak kuat dan demam dua kali. Hampir bentan jugak.

Alhamdulillah, anak kedua masa hamil dan berpantang setia dengan Shaklee. Sampai mak pelik pulak sebab sihat dan tak pucat ke apa.

Ser berpantang dalam Shaklee terdiri daripada:

-ESP (protein) -Vitalea (multivitamin & iron) -B Complex (asid folic) -Omega Guard ( Omega 6) -Ostematrix (kalsium) -Vitamin C

Lengkap kan untuk nu…

Tips Buat Bisnes Walaupun Sibuk Sepanjang Hari

Kak Bedah ni nampak sibuuuuk je sepanjang hari tapi sempat jugak dia buat bisnes kan.

Kak Bedah jawab: Memangla kalau nak ikutkan kerja yang bersusun kat rumah tu, pejam tak pejam pukul 12 malamlah baru habis.

Sebab tu kita kena buat jadual dan selesaikan ikut keutamaan.
Lagi satu, badan kena selalu fit dan bertenaga. Kalau tak cepat pancit dan lesu. Taknaklah camtu. Nanti otak rakleh fokus. Jadi setiap pagi pastikan ambik B Complex dan ESP.
Ada kerja nak settle smpai mlm tapi mengantuk? Minum cinch tea mix supaya mata segar bugar...

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Punca Berlakunya Tekanan Darah Tinggi dan Cara Mengurangkannya

Sekarang ni bukan golongan yang berumur je yang mengalami masalah hypertensi atau tekanan darah tinggi. Tapi golongan muda pun dah ada yang kena. Mungkin kerana factor pemakanan dan gaya hidup kot kan. Kalau mak ayah kita dulu, rasanya kos sara hidup tak setinggi sekarang ni. Harga rumah pun masih mampu milik tak macam zaman kita ni.

Tak cakap lagi pasal yang struggle cari pendapatan sampai kerja lebih masa dan kepenatan yang melampau. Makanan sekarang pun banyak betul pilihan dan tentunya kita terdedah dengan penggunaan bahan perasa dalam masakan. Huish…

Tekanan darah tinggi ni tak ada sebab khusus tapi boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Penyakit buah pinggangUbatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroidFaktor keturunanAlkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Macam mana nak tahu seseorang tu ada hypertensi?

Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.Kadang-kadang pesa…

Majukan Diri dan Capai Kejayaan

Dalam dunia ni kan bagus kalau semua orang jadi baik. Aman je.. tak tahula nak kata impian atau angan-angan sebab realitinya rambut sama hitam, hati lain-lain.
Atiey belum cukup ilmu untuk bercakap tentang agama lain tapi atiey percaya semua agama menekankan penganutnya supaya mengamalkan nilai-nilai murni.
Antara salah satu nilai murni adalah berusaha. Bila berusaha, kita akan mampu untuk mencapai apa jua yang kita nak. Bila dah tercapai, maknanya kita dah maju selangkah.

Sememangnya membawa diri kita keluar dari zon selesa dan jadi lebih baik tu semua impian kita kan.
Jadi, jom kita majukan diri kita mengikut kehendak dan cara agama masing-masing

Tips Atasi Rasa Letih Supaya Tak Lembik Sebelum Waktu Lunch

Dah tengah hari ni. Lagi beberapa minit nak lunch kalau kerja pejabat.
Nak tanya, ada tak yang rasa macam seksa sangat nak tunggu lunch hour. Bukan nak makan tapi nak lelapkan mata. Penat. Letih. Tak larat.
Kalau anda yang baca post ni ada rasa camtu, apa kata mulai esok pagi, minum ESP masa breakfast. Lepas tu jangan lupakan B Complex jugak. Boleh bantu hilang stress dan bagi tenaga dengan segera. Sebelum tidur ambik Ostematrix untuk tidur yang nyenyak dan bangun dengan rasa yang segar.

 Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih! Attiey : 0139218084

Perkongsian: Boleh Ke Berpantang Dengan Vivix?

Assalamualaikum. Saya Amanie, seorang ibu yg masih lagi dalam tempoh berpantang semasa testimoni ini ditulis. Saya ingin berkongsi mengenai Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee yang saya amalkan semasa hamil dan berpantang anak pertama pada 2 May baru2 ini.
.


Sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang, produk2 shaklee yg saya ambil ialah Esp, Sustained Released Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Ostematrix, B-Complex, Omega Guard, Alfalfa, Lecithin, Gla Complex, dan Zinc Complex.
.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya hamil dan berpantang, alhamdulillah banyak Shaklee Effect yang saya dapat yang boleh dikatakan agak seronok bagi saya.
.

Saya dijangka bersalin pada 11 May. Tapi mungkin baby tak sabar nak keluar agaknya. 1 May pukul 10.45 malam saya dgn suami ke hospital memandangkan contraction makin kerap dan ada darah dengan lendir dari tengah hari. Kami terus ke emergency exit, sambil2 tunggu suami settlekan deposit dan apa2 yg patot, sempatlah layan Facebook sekejap.
.

Kemudian nur…

Perkongsian: Pesakit Slip Disc dan Prolong Period Usahakan Kesihatan Dengan Vivix

Assalamualaikum wbt.
Saya Siti Roziana Bt.Alias, berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya seorang WAHM dan kini menetap di Puchong. .
Saya seorang yang agak aktif ketika di universiti dahulu. Bola jaring, kayak dan aktiviti rekreasi lasak menjadi pilihan ketika itu. Pendek kata..jatuh terseliuh, lebam dan injured dah jadi rutin saya. Akibatnya belakang mula rasa sakit hingga ke tapak kaki. .
Pernah juga saya pergi mengurut kerana kecederaan yang saya alami tetapi kerana tempat mengurut itu agak jauh dari Universiti itu sekali sahaja saya kesana. Dan saya pendam sakit itu kononnya tak mahu terlalu memikirkannya dan berharap ia akan baik sendiri suatu hari nanti .
Tuntutan kerjaya saya sebagai Jurutera Rangkaian memerlukan saya banyak keluar pejabat dan pergi ke tempat pelanggan kami. Oleh kerana kerja saya melibatkan pemasangan kabel, perkakasan IT dan computer..makanya kebanyakan barang itu saya akan angkat sendiri selagi terdaya. Tanpa saya sedari sakit it…

Perkongsian : Jerawat Batu Hilang Selepas Amalkan Vivix

Ini adalah sharing daripada pengguna yang telah menggunakan Vivix untuk masalah kulit muka yang teruk dan  jerawat batu yang senang tumbuh. 

Assalamualaikum..Hai.. Saya Sarah..berumur 33 tahun. Sebelum ni saya pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk. Muka saya jenis muka yang berminyak. Jadi, jerawat senang sangat tumbuh dan kadang-kadang bernanah seperti jerawat batu. Boleh dikatakan hari-hari ada je jerawat baru menyebabkan muka saya penuh dengan bekas-bekas jerawat terutama di bahagian pipi.
.

Kulit saya sangat sensitif pada pencuci muka terutama yang mengandungi alkohol dan bahan kimia kerana ia menyebabkan kulit saya bertambah kering. Disebabkan itu, saya tak pakai langsung mana-mana pencuci muka.
.

3 tahun yang lepas saya mula mengamalkan Vivix. Vivix ni produk Anti Penuaan dan Antioksidan. Saya jadi teruja nak cuba sebab fungsi Vivix nie sendiri yang membantu memperbaiki sel DNA kita. Bila sel kita sihat InsyaAllah kulit kita juga akan sihat.
.

Baru-baru nie saya …

Perkongsian : Supplemen Wajib Bawa Ketika bercuti

Assalamualaikum..baru-baru ni saya dan keluarga bercuti ke Perth, Australia. Kami pergi pada musim bunga. Suhu memang sejuk di sana sekitar 10 darjah celcius. .
Saya memang jenis tak tahan sejuk termasuklah anak kedua saya yg baru berusia 1 tahun 4 bulan. Saya pula memang ada masalah paru-paru dari kecil. Bila sejuk sangat saya akan terkena batuk gatal tu sampai berbulan-bulan.  .
Setiap kali musim hujan saya akan cepat-cepat ambil Vitamin C dan Nutriferon supaya saya tak terkene batuk atau selsema. Macam anak saya yang kecil, bila musim hujan memang senang berair hidung dan berlarutan berhari-hari. Biasanya saya akan suapkannya Omega Guard atau Nutriferon supaya antibodi jadi kuat. .
Jadi, sebelum ke sana saya memang dah prepare siap-siap Vitamin C, Nutriferon dan Omega Guard. Saya tambah lagi satu suplemen iaitu Vivix. Vivix nie memang bagus untuk tingkatkan sistem imunisasi kita. .
Sesampai je di sana, malam tu saya terus minum vivix. Sambil-sambil tu saya suap kan pada anak-anak …

Perkongsian; Hilangkan Sakit-sakit dan Lenguh-lenguh Badan Dengan Vivix

Assalamualaikum.
Saya Wan Zainab Bt. Wan Muhammad berusia 29 tahun. Mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki. Saya suri rumahtangga yang bekerja dari rumah. Saya merupakan ibu yang aktif dan sibuk dengan aktiviti luar. .
Selepas melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh, sakit belakang dan kerap letih. Situasi ini saya sedar sewaktu anak kedua berusia 7 bulan. Anak sulung pula jenis yang aktif. Tambahan pula sekarang anak kedua dah berusia 1 tahun. Adik dan abang sama-sama aktif. .
Saya rasa hari-hari ingin diurut belakang badan. Memang rasa tak selesa bahagian belakang. Waktu tidur, saya alaskan bantal pada bahagian belakang. Selain sakit belakang, kaki juga sering sakit terutamanya pada bahagian buku lali. Suamilah yang selalu jadi tukang urut tak berbayar. .
Sehinggakan saya rasa ingin jumpa doktor, risau jugak kalau bahagian belakang bermasalah.Takut slip disc atau lain-lain masalah. Tapi saya batalkan hasrat kerana ingin mencuba Vivix. .
Jun 2016, p…

Bila Ayah Tanya Vivix

Dah baca cerita dalam gambar atas ni? Terharu ada, gembira ada, sebak pun ada. Yelah, bila kita dapat bagi sesuatu yang boleh buat ayah kita lebih sihat dari sebelumnya, bahagia rasa.

Selagi mak ayah ada, jomlah kita berkhidmat kepada mereka walaupun apa yang kita buat sebenarnya tak setimpal dan takkan mampu untuk membalas jasa mereka.


Mak atieypun dah try Vivix ni. Alhamdulillah, nampak perubahan dari segi bacaan kolestrol mak. Muka pun nampak berseri-seri.



Anda perlukan Vivix sebagai hadiah mereka? Boleh hubungi atiey untuk dapatkannya.

...atau boleh klik pada link Esell di bawah ni untuk pembelian terus secara online. Jika ada sebarang masalah dan perlukan bantuan, hubungi Atiey.



Hp; 013.921.8084
Email; attieymohamad@gmail.com

Ubat Darah Tinggi Tanpa Dadah

Darah tinggi ni jangan buat main-main. Bila doktor dah bagi ubat tu, kena makan ikut aturan dan jangan skip. Atiey sangat risau kalau tiba-tiba rasa sakit kepala dan atas leher sebab orang kata boleh jadi antara sipmtom atau petanda tekanan darah sedang tinggi.

Cerita yang mungkin boleh dijadikan teladan untuk semua. Ada seorang saudara terdekat atiey, ambil lewa dengan pengambilan ubat darah tinggi. Sebabnya beliau fikir tekanan darahnya dah stabil. Suatu hari, tekanan darah terlalu tinggi dan tiada bacaan dapat diambil. Boleh faham tak macam mana panic keadaan masa tu? Mungkin Allah dan tetapkan perkara tu jadi asbab untuk beliau dipanggil “pulang”. Al- Fatihah.

Untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ramai juga yang berusaha dengan mengambil sumber-sumber makanan tambahan seperti minyak ikan, bawang putih dan vitamin B.

Bawang putih …