Blog Archive

January 5, 2017

4 Tips Online Marketing



Berniaga dalam talian semestinya tak sama macam apa yang lakukan secara offline. Dengan persaingan yang banyak, kita kena kreatif dan pandai menarik minat bakal pembeli. Hari ni Attiey nak kongsikan apa yang  Attiey pernah baca dan tahu dari seorang sifu dan Attiey fokuskan kepada laman sosial facebook.

1. Cipta dan wujudkan identiti/branding
Setiap kali kita muncul, biasakan dengan satu cara atau tagkine atau apa sahaja yang boleh menyebabkan orang ingat dan bolek mengaitkannya dengan kita. Semestinya cari sesuatu yang positif. Sebagai contoh kita menjalankan perniagaan yang sangat mesra pelanggan dan tidak syok sendiri apabila bercerita tentang sesuatu produk.


2. Setiap info dan sharing disertai dengan imej
Pembaca akan lebih tertarik dengan post bergambar. Lebih-lebih lagi gambar yang mampu bercerita. Kurangkan menulis pos dan meletakkan hanya gambar produk sebaliknya pilih gambar model yang sedang menggunakan produk atau membawa produk. Ini bukan sahaja menarik pembaca tetapi boleh meningkatkan keyakinan juga.


3.Pos sesuai dengan masanya
Bukan setiap masa tu sesuai untuk kita buat promosi. Contohnya waktu pagi ketika ramai orang sedang bersesak di jalanraya, mereka mungkin akan berkesempatan melayari facebook tetapi pada masa tu mereka biasanya mahukan sesuatu yang agak enjoy dan fresh. Mungkin berita atau motivasi pagi. Waktu minum pagi dalam jam 10 dan waktu lunch adalah waktu yang ramai penjual membuat marketing dan ketika itu orang-orang kita lebih relaks untuk menerima input-input sedemikian.


4.Tetapkan sasaran
Bila kita menetapkan sasaran, kita boleh fokus kepada siapa kita nak tujukan iklan kita, pemasaran kita dan lebih menjimatkan masa. Kalau kita nak buat fbads pun memang ada ruangan untuk kita tetapkan dan pilih sasaran iklan kita.


Pesanan saya, dalam berniaga online ni sayangilah "kedai maya" kita. Mulakanlah seawal pagi dan pastikan ia aktif. Jika kita memang dah tahu satu-satu hari tu kita akan off, jadualkan pos kita melalui application "Buffer" di android/ smartphone.


Semoga berjaya

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...